Selasa, 15 November 2011

Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia

Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar.


Halong Bay ,Vietnam
Air Terjun Iguazu, Argentina
Amazon Rainforest, South America
Jeju Island, South Korea
Puerto Princesa Underground River, Filipina
Table Mountain, South Africa
Komodo National Park, Indonesia
manmala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...