Sabtu, 22 Oktober 2011

ustaz azhar 2011 -jeput

Sampai bila cerita PORNO jadi 'senjata' UmNO

Oleh Sofi Wahab

Di saat dunia mengamalkan politik terbuka, telus, fakta dan berakhlaq, Umno terus memilih politik PORNO a.k.a LUCAH untuk mengaut sokongan rakyat.

Mereka tidak menghiraukan DOSA, PAHALA dan undang-undang. Mereka tidak menghiraukan samada rakyat rosak atau tidak.

Mereka tidak kisah negara malu dengan cerita PORNO ini yang penting kuasa dan kedudukan mereka sesuai dengan amanat Presiden Umno iaitu Umno akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya.

Saya menggesa rakyat Malaysia menolak pengamal politik porno ini demi masa depan negara, maruah negara dan masa depan anak bangda.

Sebelum ambil tindakan ke atas Prof Aziz Bari, ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu

Oleh Aspan Alias

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja_Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.

Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Apabila saya sebut isu ini ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu.

Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil.

Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau.

Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran.

Jika pun Aziz Bari hendak di ambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacorkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu. Pihak yang memegang kuasa perlu ingat mereka yang menyaksikan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu masih ramai yang hidup dan masih ingat betapa beratnya nesta yang dilemparkan terhadap Raja-Raja Melayu oleh pemimpin UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO semasa itu.

Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu. Saya tetap berharap supaya nasib Aziz Bari akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar dan Mahasiswa seluruh negara kerana isu ini bukan setakat melibatkan mahasiswa UIA tetapi juga masyarakat mahasiswa seluruh negara.

Saya berharap agar seluruh masyarakat kampus termasuk kakitangan akademik universiti-universiti seluruh negara memberikan desakan supaya tokoh akademik di bela secara optima untuk memastikan tidak ada pihak yang akan di ambil tindakan secara tidak adil di masa-masa yang akan datang semata-mata kerana memberi pandangan yang berbeza.

Jika kali ini tindakan di ambil terhadap Aziz Bari, selepas ini tidak ada sebab kakitangan akademik yang lain tidak akan menerima nasib yang sama pada masa yang akan datang. Saya mengikuti hampir semua pandangan Aziz Bari dan saya tidak nampak apa-apa sebab kenapa beliau cuba di sabitkan dengan isu seditious seperti yang di tuduh terhadap beliau.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang telah melanggar institusi Raja-Raja dahulu kemuka pengadilan dahulu sebelum berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap Aziz Bari. Ini penting jika pihak berkuasa ingin membuktikan yang semua orang tidak kebal dari segi undang-undang.

Jangan hanya pandai mengaku yang pihak berkuasa adalah adil kepada semua sedang pemimpin besar UMNO lah yang telah melakukan kesalahan yang paling besar terhadap institusi demokrasi negara.

Pemuda Kedah bantah kezaliman terhadap Prof Dr Aziz Bari



Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan Professor Undang-undang terkemuka dan kritis negara Professor Aziz Bari. Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita. Penggantungan beliau selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

Pertama. Beliau adalah pensyarah kanan Universiti Islam Malaysia yang sudah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau adalah antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan. Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau.

Kedua. Beliau terkenal berani dan kontroversi. Beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang. Beliau sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan.

Ketiga. Alasan yang diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa ialah kerana "membuat kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Ia adalah satu alasan yang sangat subjektif bagi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa. Masyarakat tertanya-tanya, bertentangan dengan kepentingan universiti itu juga bermaksud bertentangan dengan kepentingan pemerintah lanjutan laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Keempat. Penggantungan ini akan menjatuhkan lagi imej universiti Malaysia di mata dan ranking universiti di dunia. Sudahlah para mahasiswa dan pensyarah terpaksa berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kali ini pensyarah pula berdepan dengan pelbagai akta dan halangan 'kepentingan' universiti.

Kelima. Selepas peristiwa ini, DPPNK dapat merasakan pendemokrasian ilmu akan semakin terhakis dan akan menyebabkan kebebasan bersuara akan semakin kelam. Imej universiti sebagai menara ilmu dan harapan ummat sebagai lubuk kebijaksaaan akan semakin dipandang sinis. Autoriti seorang sarjana akan semakin diperlekehkan. Alangkah malangnya negara ini.

Keenam. Apa yang kebih besar ialah kesan terhadap para mahasiswa yang sedang menyiapkan tesis serta mengikuti kelas yang dipimpin oleh beliau.

Ketujuh. Apapun alasannya termasuk alasan beliau menghina raja, DPPNK mengharapkan agar penggantungan beliau sebagai sarjana dan pensyarah ditarik balik terlebih dahulu. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis yang menyiasat beliau susulan isu ini juga akan menjadikan ahli akademik semakin terkongkong dalam menyampaikan ilmu dan menegakkan kebenaran.

YB MOHD NASIR ZAKARIA
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP
KETUA PENERANGAN DPPNK

ustaz azhar 2011-cubit punggung

Laporan SPRM terhadap MB Perak

Oleh K Pragalath
 | October 21, 2011

NONE
PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.

Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak”, kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.

“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar,” kata beliau lagi.

Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.

Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.

24, 500 hektar

Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.

Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.

Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.

ustaz azhar 2011 -keris joget

Kota Mekah Dah Mula Sesak!


                                                  Selepas solat tadi...
                                             ramai skg jemaah dah masukkk
                     mai jemaah duk beratur tuhh nak kucup Hajarul aswad..."                               sementara menunngu masuk waktu zuhur tadi.....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sekali tepuk RM50,000 lesap

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.

“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

“Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam.

Plat Kereta RM99,000 dibeli atas AIR MATA RAKYAT

19 October 2011

Oleh Mutaligat


Tergamak seseorang menggunakan plat kereta MCC 1 dengan harga RM99,000. Siapalah gerangan insan yang 'berhati mulia' itu yang sanggup menghabiskan duit rakyat sebanyak itu semata-mata untuk mendapat plat yang 'macho' itu.

Tidak terfikirkah oleh insan tersebut bahawa dengan duit RM99,000 banyak perkara yang kita boleh lakukan. Antaranya membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin; bantuan untuk anak-anak yatim; bantuan untuk fakir miskin, bantuan untuk pelajar dan macam-macam lagi.

Bayangkan berapa ramai rakyat yang fakir dan susah di dalam negeri ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada yang rumah mereka hampir hendak roboh, tiris sana tiris sini bila hujan, ada anak-anak yang tidak dapat sekolah kerana kesempitan hidup dan masih ramai rakyat yang hidupnya di paras garis kemiskinan.

Ada anak-anak yang menangis kerana lapar, menangis tidak dapat ke sekolah dan sebagainya lantaran keluarga mereka miskin tiada wang.

Ada pekan-pekan dalam negeri Melaka yang kedai-kedainya menanti masa untuk roboh namun terpaksa digunakan oleh peniaga kerana tiada wang untuk dibuat baru.

Tapi mengapa ada insan yang sanggup menggunakan duit kerajaan untuk bermewah dan bermegah ke hulu ke hilir dengan plat MCC 1 yang tiada nilai tersebut. Apa manfaat plat itu kepada rakyat?????

Ikuti link ini untuk ulasan lain http://adlyzahari.blogspot.com/2011/10/siapa-punya-mcc1.html

Sam diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid UIA.


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.


Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

“Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

“Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini,” katanya.

Menurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di subuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.


Malaysiakini

Berkuasa Ikut Nafsu Sebab Tak Takut Allah

Oktober 21, 2011  

PONTIAN – Manusia hari ini boleh bertindak sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu adalah disebabkan tidak tumbul rasa takut kepada Allah swt, kata Bob Lokman, bekas selebriti terkenal. 

Menurutnya lagi, akibat terpesona dengan pangkat, wang dan saham maka penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah berleluasa tanpa mengira batas dan pantang larang agama.
Malah paling menyedihkan lagi apabila dibacakan ayat suci al-Quran berkenaan soal syurga-neraka maka ada yang mempersenda-sendakannya kerana tidak merasai kekuasaan Tuhan pada diri masing-masing.

”Hari ini bila tak bersyukur, bila baca Quran, kita tak rasa gerun dan takut seperti ayat neraka. Sampai ada yang tanya. Panas sangatkah api neraka? Sudah rasakah? Mari nak cucuh api rokok. (ucapan sebegini) jahanam akidah.

”Semua percaya ada Allah tapi kenapa buat (ingkar suruhanNya) sebab tak ada rasa Allah ada. Orang tak rasa kehadiran Allah.” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, kesedaran yang timbul bermula dari melihatkan perkembangan anak-anaknya yang mula membesar. Hari ini ujarnya suasana yang tidak kondusif tidak wujud bagi melentur sahsiah anak-anak menjadi insan yang soleh menjadikannya lebih berhati-hati. Sehingga suatu ketika apabila beliau terlantar sakit di Hospital barulah disedari bahawa sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakan Allah selama ini mula berkurangan.

”Atuk saya ajar waktu kecil dahulu. Saya makan banyak. Dia tanya. Kenyang? Sebab apa kenyang? Saya kata, makan banyak. Dia kata bukan. Itu Allah yang bagi. Bertahun-tahun dia ulang perkara yang sama.

”Bila besar, saya sakit masuk wad. Teringat pesanan atuk. Kat Hospital nampak makanan sedap-sedap, tapi tak ada selera. Suruh isteri masak sedap-sedap. Isteri orang jawa Muar. Masak pula masakan kampung. Tapi bila saya cuit sikit, Tak berselera. Allah tarik rasa (sedap).” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Kuliah Maghrib di rumah Saiful Amri, Ketua Penerangan Pemuda PAS, di Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, Isnin lepas.

Kira-kira seratus orang yang kebanyakannya anak-anak muda berpeluang mendengar penyampaian bersahaja beliau pada program tersebut.

ZULKIFLI NORDIN “Jahil Murakkab” Tentang HUDUD

Oleh  Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Nordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa’zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “ Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa’zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno” Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ). 

/peguampas.blogspot.com

Rompak Pasir : Salah guna kuasa libat wakil rakyat?

 Oleh: Nusajayakini

ULU PULAI 14 OKTOBER : Penduduk Kampung Ulu Pulai semakin tertekan lantaran kerja-kerja mengorek dan mengangkut pasir yang diberi permit oleh Pejabat Tanah Pontian kepada sebuah syarikat swasta. Aktiviti ini meninggalkan kesan buruk kepada struktur tebing sungai di kawasan tersebut yang sebenarnya telah 'memakan' tanah penduduk kampung di situ.


Salah guna permit korek pasir


Lebih menyedihkan lagi, aktiviti mengorek pasir yang tidak terkawal itu menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan telah mengakibatkan runtuhnya sebuah rumah penduduk kampung dan dibawa arus sungai. Perkara ini semakin dibimbangi terjadi kembali kerana kawasan pengorekan pasir sudah pun menyebabkan hakisan serta runtuhan tanah di tepi rumah sesetengah penduduk kampung, sehingga jarak runtuhan berada dalam lingkungan dua meter dari dinding rumah.

Kunjungan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya, Tuan Haji Sr. Dzulkefly Bin Ahmad ke Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah untuk membantu penduduk kampung telah berjaya merungkai beberapa kecelaruan maklumat dan penindasan yang didalangi oleh pemimpin setempat dan syarikat swasta terbabit.

Tuan Haji Zulkefly meninjau tempat kejadian.


Aktiviti pengorekan pasir kali kedua yang dijalankan hampir empat bulan ini dimaklumkan kepada penduduk oleh pemimpin setempat sebagai projek kerajaan di bawah Jabatan Pengairan Dan Saliran Johor (JPS Johor) dalam usaha untuk memperdalam sungai di kampung tersebut bagi mengatasi masalah banjir.

Setelah kajian  terperinci dijalankan pada hari tersebut, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusajaya akhirnya telah membongkar suatu bentuk penipuan dari wakil rakyat kawasan terbabit. Projek itu sebenarnya mendapat permit dari Pejabat Tanah Pontian dan bertujuan hanya untuk mengorek pasir di dasar sungai bagi tujuan penjualan pasir.



Wakil JPS Johor turut serta dalam tinjauan setelah mendapat laporan dari PAR Nusajaya dan arahan untuk memberhentikan gerak kerja pengorekan telah dikeluarkan secara serta merta kepada pihak Pejabat Tanah Pontian untuk disampaikan kepada syarikat terbabit tetapi malangnya kerja pengorekan tetap dijalankan seperti biasa.

Dalam masa yang sama, Pihak PAR Nusajaya turut mengadakan perbincangan berkenaan urus tadbir projek semasa tinjauan bersama JPS Johor .

Melalui perbincangan secara tidak formal yang diadakan, pihak JPS telah mengesan banyak salah laku urus tadbir projek pengorekan pasir yang telah dilaksanakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pihak syarikat dan wakil rakyat langsung tidak memaklumkan kepada JPS Johor berkenaan aktiviti pengorekan pasir yg dijalankan di kampung tersebut. Oleh yang demikian, garis panduan kerja pengorekan pasir tersebut tidak dapat dipantau dan syarikat terbabit telah banyak melakukan pelanggaran tatacara garis panduan yang ditetapkan.

Antara kesalahan yang ketara dan dianggap biadap adalah  papan tanda projek yang dipasang khusus untuk mengelirukan penduduk kampung tentang status projek dan tidak meminta pemantauan dari pihak JPS Johor.

Selain itu, menurut prosedur yang ditetapkan, kerja-kerja pengorekan hanya boleh dilakukan di bahagian tengah dasar sungai sahaja yang melibatkan kedalamannya hanya kira-kira satu meter dari permukaan dasar sungai asal di samping kerja pengorekan tidak boleh menghampiri tebing sungai sehingga dua meter bagi mengelakan kejadian tebing runtuh. Kerja-kerja pengorekan juga tidak dibenarkan menggunakan pam pasir.

Tambahan lagi, pengorekan pasir yang tejadi di kampung berkenaan adalah bersifat setempat dimana ianya dilarangkerana ianya hanya bermotifkan keuntungan jualan pasir yg banyak dan membahayakan struktur sungai berkenaan dan member kesan yang amat buruk dalam masa panjang.

Pihak JPS Johor memaksa pemberhetian projek serta merta dan kerja-kerja penilaian kerosakan terhadap sungai terbabit serta jumlah keseluruhan kerugian akan ditaksir semula.

PAS tergugat 3 kerusi DUN, BN hilang 4 termasuk Bakar Bata

Oleh: Tok Senapi

Sebuah badan bebas yang terdiri dari sukarelawan IPT selesai menyiapkan sebuah kajiselidik berhubung 'Sikap Politik Terkini Rakyat Kedah' pasca Bajet 2012 di seluruh negeri Kedah. Kumpulan yang menamakan diri mereka Istiqlal Center itu telah menemui 1440 rakyat Kedah secara rambang tetapi masih mengikut peratusan kaum yang terdapat dalam satu-satu kawasan DUN.

TS tidak dapat menyiarkan keseluruhan laporan tersebut kerana ia boleh mendedahkan kepada manipulasi pihak lawan dan pendedahan maklumat yang merugikan. Hanya beberapa maklumat terpilih yang akan disiarkan dari masa ke semasa.






 Antara beberapa penemuan agak menarik dalam kajiselidik tersebut ialah:

1) PAS 'kalah' di 3 kerusi DUN iaitu Jeneri, Bukit Lada dan Ayer Hitam, di samping mengekalkan kesemua yang dimenangi pada PRU 12.

2) BN 'kalah' di 4 kerusi DUN iaitu Derga, Gurun, Guar Chempedak dan Bakar Bata, di samping mengekalkan semua kerusi yang dimenangi PRU 12.

3) Sekali imbas faktor 'luar bandar dan bandar' dan 'komposisi kaum' menjadi faktor yang ada hubungkait. Misalnya BN amat sukar memenangi kawasan di mana majoriti bukan Melayu melebihi 20%. Bakar Bata misalnya mempunyai bukan Melayu 30%, meletakkan Datuk Bashah dalam keadaan sukar kalau masih mahu bertahan di situ.

4) Umumnya sokongan rakyat terhadap PAS/PR dalam konteks memerintah Kedah adalah seperti berikut:







Semua ahli2 PAS dinasihatkan tidak terlalu terikat atau terpengaruh dengan hasil kajiselidik tersebut, kerana setiap kajian terdedah kepada ralat. Namun ia boleh dijadikan panduan umum untuk mengemaskan lagi strategi.

Nota : Klik 2 X untuk besarkan gambar



Bantai Duit Bakal Haji!! Tabung Haji Kena Jawab!!!

Oleh: laniismaa

"

Alhamdulillah ibu saya selamat berangkat ke Tanah Suci bersama dua kakaknya bersama Tabung Haji. Ada cerita yang nak diceritakan di sini.

Saya mendapat tahu ibu saya dan yang lain-lain terpaksa menambah bayaran RM2000 kepada 'pengurus haji' sebagai bayaran pengurusan. Kononnyalah!! Urus senarai termasuk senarai pergi haji. RM2000 seorang, bayangkan berapa yang dia dapat atas kesulitan bakal jemaah. RM2000 seorang, bayaran amatlah mahal.


Urusannya melihat kekosongan untuk memasukkan nama ke dalam senarai Tabung Haji , mengurus mereka di sana dan tak perlu lagi membuat apa-apa bayaran tambahan semasa di sana bersama RM2000 tadi, kononnya.[Di sana buat tahlil pun diminta RM100] Mungkin urusan ke sana ke mari menggunakan minyak 'emas' untuk keretanya, sebabnya dibantainya banyak-banyak.

Bayangkan tahun lepas ibu saya terpaksa mengeluarkan RM1000 walaupun tak jadi pergi. Adik saya berkata tukang urus memakai gelang RM54000 [diberitahu selepas di'jek' sedikit] di tangannya. Patutlah memakai gelang sebegitu mahal dengan memeras bakal haji. Bakal haji yang tersangat ingin pergi akan membuat bayaran tanpa banyak soalan. Penat-penat kumpul duit, senang-senang diperah!!

Jadi di sini timbul persoalan? Adakah orang Tabung Haji juga 'makan duit' supaya masuk senarai yang diberikan pengurus tadi. Tak kasihankah 'pengurus mereka' ke atas bakal haji. Kalau kos pengurusan, padan patutlah. Kos pengurusan haram jadah apa sampai begitu banyak.

Pengajarannnya juga jangan biarkan ibu bersendirian membuat urusan. Ambil tahu dan sekiranya 'pengurusnya' ada, kalau diminta berlebihan tanyalah sampai terduduk. Cerita mereka mudah, supaya senang dapat duit!! EkEle.Net

Marina Atas Darat Dan Penembatan Banjir Di Kedah

Oleh Anti Pecacai

PhotobucketIni lah tinggalan kerajaan BN kedah , terlampau cerdik memerintah sehingga membina marina di atas darat(berselut ). Kapal layar mana yg nak berlabuh di sini ?

Sekarang marina ini di diami oleh APMM, berbaloikah projek ini kepada rakyat kedah ?

Saya fikir rakyat kedah bijak menilai akan prestasi kerajaan terdahulu membazirkan wang rakyat.

Saya tak pernah jumpa di atas dunia ini marina di bina tetapi kapal layar tidak dapat berlabuh tetapi itulah hakikatnya yg ada di kedah darulaman .

Saya menyeru kepada seluruh rakyat kedah supaya mengekalkan kerajaan yg ada sekarang untuk mereka meneruskan segala projek yang telah di rancang demi rakyat kedah umpananya seperti projek insaniah di kuala ketil tanpa bantuan dari kerajaan pusat ( yg sememangnya zalim kpd kerajaan PR ). 


Masihkah rakyat kedah ingat bajet yang di bentangkan baru- baru ini , kedah di nafikan hak penembatan banjir oleh kerajaan pusat sedangkan cukai mereka kutip di negeri kedah. mereka tidak pulangkan kembali kepada yang berhak menerimanya.

Kerajaan BN wajib kita humbankan ke laut supaya menjadi iktibar kepada mereka yang bongkak ini.

Photobucket
 
 
Photobucket
 
 
Photobucket
 
 
Photobucket
 
 
Photobucket
 
 
Photobucket

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...