Sabtu, 29 Oktober 2011

Kita makan kuah...depa makan isi..

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Terasa benar kenaikan harga barang menghimpit ekonomi harian kita. Terutama orang yang macam SM..gaji tak seberapa..tanggungan ramai. Rasanya bukan SM saja malah ribuan di luar sana yang senasib dengan SM, yelah di Malaysia ni berapa kerat saja yang kaya...lainlah kalau macam Tok Najib dan Cik Mah..Cik Mah kaya sejak kecil...menabung sejak kecil hingga boleh beli cincin 2.4 juta...kita ni bukan kata nak beli cincin 2 ribu...tabung ayam yang dok ada tu pun tak pernah penuh-penuh..apa taknya...nak masuk tahun baru je...kena korek..habuan nak beli kasut sekolah dan buku-buku...

Sekarang ni kalau tukar duit RM50 dah tak jadi makna..sikit sana...sikit sini..alih-alih tinggal RM2. Belek beg ditangan..hasil belian 2-3 barang saja. Apa tidaknya kalau dah ayam dah mencecah RM10 sekilo..ikan termenung pun RM8 sekilo...tak termasuk sayur..beras..minyak..cabai..gula..garam..wah!! pening kepala SM dok fikiaq..!

Jengah pula perbelanjaan lain..petrol..persekolahan anak..tambang menambang anak ke sekolah..makan di pejabat...susu anak, pampers, bil air..letrik..telefon..internet...tak termasuk..kasut koyak..sakit demam..kereta buat hal.dan lain-lain perbelanjaan semasa..hai..bukan saja pening malah..boleh pengsan dibuatnya...cukup bulan gaji masuk...seminggu habis licin...

Tapi masalah yang SM sebut tu hanya menyerang spesis yang macam SM saja..tidak termasuk yang kaya raya, jutawan..hartawan..dan macam wan..wan..( tapi bukan tok wan)..kehidupan mereka mewah..ada jet peribadi...ada kereta mewah...keluar negara seperti ke pasar malam saja. Beg tangan silih berganti..owh! bukan yang harga RM50 yang macam SM guna..ini sebuah saja sama harga dengan sebuah rumah kos rendah . Itu tak termasuk baju....kalau kumpul semua baju SM dan baju kawan-kawan SM pun tak sama nilai dengan sehelai baju mereka...

Kalau SM setiap bulan kelebek bil api bil letrik...membebel juga kat anak-anak kalau setiap satu mencecah RM30...kira banyak dah tu....tapi ada orang tak kisah..penggunaan bil-bil di rumahnya menjejah ratusan ribu..Yelah..'Apa Ku Kisah' semua tu ditanggung rakyat...aircond 24 jam...rumah melebihkan istana...tidak termasuk barangan eletrik yang digunakan...hai..! takkan Tok Najib dan Cik Mah nak guna barang letrik murah macam SM guna..mestilah yang terbaekkkkk...! kalau dah terbaekkkkk...kosnya juga terbaekkkkk..!
Siapa kena tanggung..hermmmmmm...SAPA LAGI ...SM DAN KITA SEMUA-SEMUA LAA!

SM nak ulang lagi..' Apa Ku Kisah'...rakyat nak menderita atau tidak..yang penting tembolok aku penuh dan kenyang..soal hampa...PUNYA PASAI LAA..yang penting..AKU TETAP JADI ORANG NOMBOR SATU DI MALAYSIA DAN MEM AKU JADI ORANG NOMBOR SATU ATAS PADA AKU.

SM kesian.( termasuk dekat diri SM sendiri )...orang-orang susah yang hidup kais pagi makan pagi..kais petang makan petang...( kais malam tu..tak da pulak peribahasanya...mungkin kalau nak kais pun tak nampak..gelap )..orang-orang yang gaji tak seberapa macam SM ni...hidup terhimpit..tetapi terpaksa diteruskan...segalanya perlu dibayar...perlu makan..perlu belanja...hakikat hidup tersiksa...membilang hari menunggu gaji masuk...mengira duit siling bila penghujung bulan...Ini realiti...di sana sini..rakyat mengeluh...kos sara hidup semakin meningkat...

SM..apa nak jadi dengan Malaysia sekarang...apakah kita akan menjadi seperti negara India..yang kaya..terlalu kaya..pemimpin menindas rakyat..polis makan rasuah..rakyat yang susah terus terhimpit..melarat..universiti banyak tapi tiada peluang pekerjaan...ijazah tiada nilaian....

Harga makanan asasi turut meningkat harganya...harga padi tetap rendah..tapi harga beras melonjak....petani tetap susah..tokey beras kaya melana...adilkah...begitu juga nelayan...pertaruhkan nyawa ditengah laut...harga ikan yang diambil tak seberapa..peraih dan penjual dipasar..lebih untung dari mereka...begitu juga nasib penanam sayur dan buah-buahan...walau pun harga barang meningkat namun pengeluar barangan terbabit tidak merasa bahangnya..

Malaysia negara pengeluar kelapa sawit..tapi minyak masak..harganya melambung...bukan tu sahaja..Malaysia juga ada minyak..tapi harga rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos petrol yang tinggi.
Memang tak habis kalau kita berbincang kenaikan harga barang sekarang..tapi mentaliti kita kena cerdik dan kehadapan...rakyat kena cerdik berfikir...jangan biarkan mereka menggunakan kita semahu-mahunya.....kita hanya dapat kuah..mereka melantak isinya..

Macam lagu yang dinyanyikan oleh ND La La yang di siarkan di television...' rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita duduk dilantai....kita kena duduk diatas...rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita makan kuahnya..kita kena makan isinya..' ( macam tulah lebih kurang..tak berapa tepat lirik tu )
Kena ambil positif dengan senikata lagu tu...INI NEGARA KITA...KITA ADA HAK MEMILIH SIAPA..JGN BIARKAN ORANG MENGAMBIL HAK KITA..RAGUT SEMAHUNYA..KITA DUDUK DILANTAI..MAKAN KUAH ,ORANG LAIN DUDUK DIKERUSI..MAKAN ISI..

Malaysia ni kaya sebenarnya..adik kakak...tapi kemana kekayaan negara di bawa pergi..kemana aliran wang negara....kalau di Selangor...rakyat diberi air percuma...di Kedah...untung balak semakin meningkat..2011 mencecah RM80 juta...cukai tanah diturunkan sehingga 50 peratus, guru-guru agama dan bidan-bidan diberi sumbangan, anak-anak ke Universiti di beri habuan, skim kafalan RM500 setiap kematian tidak mengira agama, bangsa mahu pun fahaman politik asalkan dia layak mengikut syarat-syaratnya. Perkahwinan beramai-ramai..pasangan diberi intensif RM1000...rakyat merasa hasil kekayaan negeri...ini apa jadi dengan Malaysia..canang saja makmur..kaya...tapi yang kaya bukan negara tapi pimpinan negara UMNO/BN...rakyat kayap...hidup merempat...

Oleh itu...buatlah PERUBAHAN..DONT LET THEY THINK YOU STUPID...KASI TUKAR PRU 13 NI.....KITA TENGOK PULAK...MACAMANA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH..
Orang tua-tua kata..' Tak Kenal Maka Tak Cinta'...maka kenai dan bercinta-cintalah dengan Pakatan Rakyat.

Masa untuk kejatuhan REJIM TUA sudah sampai

Oleh: Enggang Qadha

Selang beberapa hari selepas Muammar Qadafi dijatuhkan serta dibunuh dengan kebangkitan rakyat Libya, sebuah parti Islam Tunisia bernama An-Nahdhah pimpinan Abd Rashid Ghannusi mengisytiharkan kemenangannya dalam PRU yang diadakan di negara itu baru2 ini.

Tunisia adalah negara terawal berlakunya kebangkitan rakyat sehingga tersingkirnya Presiden Zine El-Abidin dan isterinya Laila. Sekutunya Hosni Mubarak juga tumbang. Hampir semua negara Arab di mana pemimpinnya berkuasa terlalu lama mengalami nasib yang sama.

'Kerajaan tua' menjadi kebencian kepada golongan muda di dunia hari ini. Di Malaysia kira-kira separuh dari jumlah pengundi adalah berumur 40 tahun ke bawah. Golongan muda nampaknya akan jadi undi penentu dalam PRU nanti. Tanyalah orang muda mana pun, rata-rata mereka sudah menyampah dengan kerajaan BN yang terlalu lama memerintah di Pusat. Untuk rekod BN adalah satu-satu parti tua di dunia ini yang belum pernah kalah sejak merdeka, semua parti lain di dunia ini yang berkuasa sejak merdeka pernah tumbang, walaupun sebahagiannya kembali berkuasa semula.

"Kami celik mata ke dunia ni.. yang kami tahu BN yang jadi kerajaan sampai sekarang, sudah tak ada parti lain ke?" ujar seorang Pemuda sambil menjuihkan bibir mulut apabila diuji dengan kenyataan 'hanya BN yang layak perintah Malaysia'.

Komputer Selamat..Anak Kita Pun Selamat

WOW!. VOLKSWAGEN CIPTA KERETA PALING JIMAT MINYAK!

DOHA - Pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen mempamerkan kereta paling jimat minyak di dunia dalam Pertunjukan Kereta Qatar malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.
Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.
Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.
Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.
Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).
Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.
Pengerusi Volkswagen, Dr Martin Winterhorn menyatakan XL1 akan mula dijual di Britain dan Jerman pada harga yang berpatutan.
Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek
duniajunko

ANEH!. NYAMUK BANTU POLIS BERKAS PENCURI


HELSINKI - Polis Finland berjaya memberkas seorang pencuri hanya dengan menggunakan sampel DNA daripada seekor nyamuk yang ditemui di sebuah kereta yang dicuri suspek.


Kereta itu dijumpai tersadai di Seinaejoki, utara ibu kota Helsinki, dan kebetulan pihak polis menemui seekor nyamuk yang dipercayai mungkin menghisap darah si pencuri itu.


Hasil ujian makmal forensik, pihak berkuasa memadankan daftar DNA seorang lelaki yang pernah ditahan kerana rekod jenayah, menurut inspektor polis Sakari Palomaeki.


"Ini kali pertama polis guna nyamuk sebagai saksi kes dan biarpun dinafikan suspek pihak pendakwa bakal menjadikan darah nyamuk itu sebagai bukti mahkamah," katanya


duniajunko

Artis Malaysia bertudung apabila ke Kelantan

Kami seperti culture shock apabila melihat ramai artis bertudung di Jom Heboh, Kelantan semalam. Rasa macam heaven apabile SMS pertama yang diterime pagi semalam, Maria Tunku Sabri bertudung! Fasha Sandha bertudung! Jari-jemari sudah bersedia untuk menaip di keyboard sehingga SMS kedua diterima, mereka bertudung kerana di Kelantan jika tidak bertudung akan di denda. Betul ke?
Apa yang jelas dan nyata, kita saksikan aksi pura-pura artis bertudung hanya kerana menyertai event ini di Kelantan yo
  mediamalaya

TIDAK ADIL : Semua bangunan DIROBOH, PEJABAT BN SELAMAT

Oleh Sofi Wahab


Penyelia DUn Bukit Baru, Yusof Wahab mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang jelas menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan BN. Ketika bangunan lain habis dirobohkan bangunan kayu (gambar) yang menempatkan  Pejabat BN Bukit Baru terletak berdekatan dengan masjid Bukit Baru tetap berdiri teguh tidak diganggu. 

"Sehingga ke hari ini, bangunan ini masih lagi teguh berdiri walaupun bangunan di sebelah dan belakangnya telah dirobohkan."

"Sepatutnya bangunan di kawasan tersebut perlu dirobohkan atas arahan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut,  yang menjadi persoalan sekarang mengapa ia tidak dirobohkan serta apakah kelebihan bangunan itu kepada kerajaan negeri?"

Yusof berkata ketika bangunan lain telah ranap dimamah jentolak, bangunan istimewa ini seakan-akan dibiarkan dan kemungkinan ia akan digunakan dalam pilihan raya ke-13 nanti.

"Bangunan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini tidak pun beroperasi tetapi 'kuasa' yang ada padanya terus gah berdiri."

Menurutnya perkara ini tidak adil kepada mereka yang dipaksa berpindah semata-mata ingin memenuhi kehendak kerajaan negeri, namun pada masa yang sama ada bangunan yang dibiarkan tidak dirobohkan. 

"Adakah pihak kerajaan Melaka bimbang sekiranya Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini dirobohkan, maka Barisan Nasional Melaka akan turut tumbang pada pilihan raya yang akan datang."

"Keistimewaan itu juga menyerlahkan sikap talam dua muka kerajaan negeri terhadap rakyat."

Yusof berkata rakyat terpaksa mengikut kehendak kerajaan namun pada masa yang sama menjadikan kerajaan jelas menggunakan mandat yang diberi rakyat untuk kepentingan diri dan parti mereka.

Beliau berharap rakyat di negeri Melaka membuka mata terhadap segala kepincangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini yang mementingkan diri sendiri dan memangsakan rakyat.

Ketirisan amat parah di Kementerian Pertahanan...

Oleh Anak Sg Derhaka




Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga pada awal perjanjian dimeterai ialah RM1.7 Billion?


Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion) jauh lebih mahal dari mana-mana kapal yang serupa diseluruh dunia?

Apakah pula perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Kesalahan bukannya terletak pada Kementerian Pertahanan tapi Menteri yang meluluskan peruntukan itu..

Aku tanya perasaan pembayar cukai kerana hanya 1.7 Juta rakyat Malaysia yang kena bayar cukai, lagi 12 Juta pekerja tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk membayar cukai..

*********************

Ketirisan amat parah di Kementah

Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk “merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama ‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

- Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

- Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?


Free Malaysia Today





Ustaz Azhar - Syaitan Muntah

ustaz ahar 2011- belah dacing

Kerajaan Johor Labur RM1.78 Juta Tetapi Website Tidak Aktif

Oleh Addin


Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit untuk menubuhkan e-portal yang masih belum aktif sejak empat tahun lalu.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, Portal ‘e-nikah Cerai-Rujuk’ (e-NCR) yang menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam itu sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008.Namun, pemindahan atau migrasi data masih belum siap, meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan itu.
“Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja,” petik laporan itu seperti disiar media. Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.

Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan. Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

Kerajaan juga digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi. “Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran. Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8. Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu. 
 
Kementerian Pertahanan juga sebelum ini dilaporkan membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu. Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja.

Oleh Ustaz Saiful Bahri


Pada 31 Disember 2010, pelaburan yang dicatatkan oleh Negeri Selangor berjumlah RM668 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM900 juta. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memperlihatkan lonjakan jumlah pelaburan dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri. Pada Suku Tahun Kedua 2011, pelaburan telah mencapai RM557 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri meningkat kepada jumlah RM1.2 bilion.
Kalau dilihat perkembangan negeri Pulau Pinang pula dalam menguruskan kewangan. Kumpulan Wang Disatukan Negeri Pulau Pinang telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion. Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Manakala Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja

Bagaimana pula negeri Terengganu. Negeri tanah airku yang diperintah oleh Datuk Mat Said. Kalau bab berbini, kita orang pas memang tabik spring kat Mat Said ni. Ikut sunnah Nabi..lah katakan… tinggal satu saje tunggu kuota penuh. Tapi bagaimana menguruskan kewangan negeri???

Audit ketika melapurkan bahawa, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. Umno ni memang tak tahu bayar hutang. Buat hutang tau le. Kalau Kerajaan Kedah ditinggal tahik hutang kepada rakyat 2 billion tanpa pernah membayarnya tetapi bermula zaman Ustaz Azizan ni dah start bayar 10j. Orang cakap ulama Pas tak pandai memerintah. Nak urus ekonomi macamana??? Tetapi tengoklah sendiri prestasi negeri-negeri diperintah oleh PR berbanding negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Klau kata haprak… berasa hati.

Zaman Pas memerintah meskipun sebelum itu Kerajaan Terengganu dah mempunyai limpahan royalti tetapi Terengganu masih berhutang melebihi 700j tanpa berbayar dan apabila Pas memerintah yang ketika itu Tok Guru Hj Hadi sebagai MB mula membayar 37j hutang yang dibuat zaman Umno-BN. Bahkan semasa Pas dijatuhkan, kerajaan masih lagi mempunyai simpanan tunai yang ditinggalkan oleh pimpinan Pas melebihi 400j. Habis bila ia nya diperintah kembali oleh pimpinan Umno-BN kemana hasil ini semua bahkan kini rakyat Terengganu menanggung hutang hampir mencecah 1 billion.

Mat Said juga gagal membuat asset serta simpanan wang tunai dua tahun berturut-turut dengan kadar ‘kosong’ bagi tahun 2009 & 2010. Dahlah simpanan tunai kerajaan Negeri Terengganu menyusut pada tahun 2008 ketika beliau mula memerintah dengan kadar 6 juta sahaja daripada 89 juta dizaman Idris Jusoh bagi tahun 2007. Nampaknya rakyat Terengganu ditinggal telur sahaja oleh Datuk Mat Said. Itupun sebab bininya dua sebelum ini… boleh le sebutir sorang dan kita berkeyakinan setelah tambah bini sorang lagi ni… dan kalau beliau diberi kuasa untuk memerintah lagi.. nescaya sebijik ‘0’ lagilah wang tunai kerajaan Terengganu hasil kebijaksanaan Mat Said memerintah Terengganu meskipun mendapat royalti serta bajet negeri yang diluluskan sebanyak 6 billion semenjak 3 tahun beliau memerintah. Yelah sejak makan ubi gadung ni.. Nampak sangatlah ‘kebijaksanaan’ beliau.

Dah le buat hutang makin banyak… tak reti nak bayar pulak tu, sumber selain royalti hanya mampu dicari 150j sahaja dan asset tunai hanya kosong berturut-turut. Cakap berdegar-degar meluluskan bajet melebihi Selangor!!! Macam tu nak kekalkan Mat Said lagi ke??

Menteri BN dak mula bungkuih fail.. tak yakin lagi bertahan PRU13

Oleh Che Nad

Satu hari, Che Nad bersembang dengan salah seorang rakan yang sememangnya ahli UMNO tegar. Rakan Che Nad ni dulu, mula-mula BN menang banyak kerusi di Malaysia PRU12 beliau punyalah tersenyum lebar sampai ke telinga.

Cakap pun bukan kemain kuat dan jalan pun macam merak yang ekornya kembang kesemuanya...Katanya BN boleh tadbir Malaysia 1000 kali ganda lebih baik dari Pakatan Rakyat.

Hari Che Nad cakap ngan dia, punyalah terkejut Che Nad bilamana rakan ini menyebut parti UMNO bukan lagi dengan UMNO yang dullu dia sebut. Dah tak ada dah... Dia dah sebut UMNGOK.

'Aku malaih nak sebut dah dua tiga kali lagi..UMNGOKlah senang!'

Che Nad terlopong mulut..Terkejut..'Awatnya hang kata lagu tu? Parti hang kan?'

'Parti memanglah parti aku tapi toksah cakap banyaklah Ned..Malas aku nak cakap pasal politik Malaysia ni.

Rakan Che Nad terus diam. Che Nad faham diamnya kenapa? UMNO Be End sudah tak ada 'value' yang benar-benar kuat untuknya bertahan dalam PRU13! 

pssst: Dengar kata, ramai gak MENTERI BN dah mula semak barang dan 'file' yang mana satu nak kena bawa balik. Persediaan selepas PRU13! Boleh tak kita cetak kad ucapan Sayonara BN? Boleh dah kot....

Ujian perlanggaran paling pantas di dunia!

Oleh Milo Suam


INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.



Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.

Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya...



Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini, klik sini [Free Malays].




ReJaM© "Kepada yang suka pandu kereta laju-laju di Highway tu, ingat sebelum kena..."

“Terima Kasih UMNO, selesaikan masalah dalam PAS"

Oleh Kedah La


KENYATAAN AKHBAR

'Selamat Tinggal PAS' adalah program 'ahli UMNO masuk UMNO'


'Tidak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pokok bergoyang', begitulah digambarkan dengan program 'Selamat Tinggal Pas' anjuran UMNO Kampung Padang Limau yang telah disiarkan didalam suratkhabar Sinar Harian keluaran 25hb Oktober, 2011 yang lalu.

Bagi kepimpinan Pas Cawangan Padang Limau kami merasakan 'gimik politik' murahan UMNO ini sekali lagi dimainkan bagi meraih sokongan penduduk setempat padahal keadaan sebenar adalah disebaliknya.

Kenyataan dalam akhbar seperti yang digambarkan bahawa 20 orang ahli dan penyokong Pas menyertai UMNO adalah satu pembohongan besar. UMNO cawangan Padang Limau hanya menyebut '20 orang ahli PAS' tetapi tidak dapat memberi senarai nama 20 individu yang dikatakan menyertai UMNO tersebut kerana pembohong tidak mungkin dapat memberi bukti.

Kami merasakan program tersebut lebih sesuai digambarkan sebagai 'UMNO masuk UMNO '.

Untuk makluman semua, individu yang bernama Mohd Khir bin Hasssan bukanlah ahli Pas tetapi hanya penyokong sahaja. Mohd Khir tersebut adalah individu yang bermasalah yang melibatkan 'personaliti' dan juga 'masalah peribadi'. Kami lebih mengetahui tentang 'peribadinya' luar dan dalam.

Disebabkan rasa tesisih dan tak ada tempat lagi bersama kepimpinan Pas Cawangan maka beliau cuba meraih simpati daripada UMNO Padang Limau untuk menerimanya.

Dalam hal ini kami kepimpinan Pas Cawangan Kg Padang Limau amat 'berterima kasih' atas kesudian UMNO untuk menerima keahliannya yang kami rasakan 'personaliti'nya amat bertepatan dengan cara UMNO yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata.

Individu bernama Mohd Khir tersebut bukanlah merupakan anak jati Kampung Padang Limau tetapi orang luar yang berhijrah ke kampung ini.

Satu persoalan yang timbul di sini dikalangan ahli-ahli Pas sendiri ialah kenapakah beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Pas tetapi sekadar 'penyokong' sahaja. Semakan oleh pejabat pentadbiran Pas Kawasan Sungai Petani telah didapati bahawa beliau tidak pernah pun menjadi ahli Pas.

Kenyataan Mohd Khir yang melahirkan kekecewaan kononnya Pas tidak pernah memberikan bantuan, tidak menunaikan janji, dsb yang menyebabkan beliau menyertai UMNO menunjukkan bahawa 'niat' sebenarya adalah kearah kebendaan. Jadi apabila merasakan tidak mendapat habuan kebendaan maka beliau rasa kecewa lalu ambil keputusan untuk menyertai UMNO.

Sebenarnya kenyataan tersebut juga tidak benar sama-sekali. Sudah banyak bantuan yang disalurkan oleh Pas terutamanya melalui Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) kepada penduduk Kampung Padang Limau, antaranya sumbangan khemah & kerusi meja bagi kegunaan penduduk kampung dalam urusan kenduri, sumbangan kepada tenaga pengajar guru Qur'an tajwid kampung, sumbangan dibawah skim kafalah, malahan Mohd Khir sendiri pernah menerima bantuan Pas dalam majlis yang diadakan di Pantai Merdeka akhir tahun 2010 lalu bagi sumbangan anaknya yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

Seorang lagi yang dikatakan menyertai UMNO kononnya dari kalangan ahli Pas ialah Mohd Rizal bin Ramli yang juga mengatakan Pas tidak memberi perhatian kepada golongan muda kampung ini dan juga kecewa dengan pentabiran pucuk kepimpinan Pas. Mohd Rizal memang ahli Pas yuran keahlian dan yuran tahunan ahli juga tidak pernah dibayar.

Bagi menyangkal dakwaan bahawa Pas tidak pernah memberi perhatian kepada golongan muda, sebenarya Pas telah memberikan sumbangan berupa T-Shirt kepada Pakatan Pemuda Kampung Padang Limau / Kampung Nangka sebanyak 100 helai, sumbangan daripada YB ADUN Pantai Merdeka untuk kejohanan liga futsal tertutup yang telah dianjurkan oleh Pakatan Pemuda Kampung Pdg Limau / Kg Nangka bagi tahun 2010 & 2011 dan juga pertandingan bolasepak persahabatan antara Pemuda Kampung Padang Limau Luar dan Dalam yang pernah diadakan di padang Hicom.

Kami sedikitpun tidak rasa tergugat dengan 'mainan' politik murahan UMNO tersebut yang sekadar 'gimik politik' orang yang terdesak bagi meraih sokongan. Kepimpinan Pas Cawangan Kampung Padang Limau. Melalui maklumat yang diperolehi, kami dapati bahawa sebahagian besar yang datang ke program tersebut adalah daripada 'orang luar' yang cuba digambarkan seolah-olah penyokong dan ahli Pas kampung ini, tetapi yang sebenarnya kebanyakannya adalah penyokong dah ahli UMNO sendiri.

Sebenarnaya kalau diukur dari segi kepimpinan dan pentadbiran, Pas Cawangan Kampung Padang Limau adalah jauh lebih baik kehadapan berbanding dengan UMNO. Ketua cawangan Pas Pdg Limau di pimpin oleh seorang yang berkelulusan Ijazah sarjana Muda Undang-Undang dan merupakan seorang peguam yang amat disegani dan dihormati oleh penduduk kampong ini. Tambahan pula kami mempunyai sebuah bangunan markas Pas yang begitu stratejik yang terletak ditepi jalan masuk utama berbanding dengan UMNO yang sehingga sekarang tidak mempunyai apa-apa bangunan operasi sendiri.

Faktor ini sebenarnya yang telah menyebabkan UMNO rasa begitu tersisih dan tercabar sehinggakan mengadakan program “UMNO masuk UMNO” bagi tujuan memburukkan kepimpinan Pas. Kami mengucapkan 'terima kasih' kepada UMNO cawangan Padang Limau kerana telah 'menyelamatkan' Pas kerana sanggup menerima keahlian 'individu' bermasalah tersebut kedalam UMNO.

Kenyataan akhbar oleh:

Mohd Fikri bin Osman
Setiausaha Pas Cawangan Kg Padang Limau
Kawasan Sungai Petani.

" PaDaT Dataran KaaBaH..."


padat jemaah skg ni...alhamdulilah
masyallah....
subhanallah....

manzlie-makkah.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Wajah lelaki yang menyerang kereta team Jingga 13!

Oleh Milo Suam


Oleh kerana kami sedar lelaki berbadan besar berkepala botak tersebut ingin menutup pintu pagar resort bagi menghalang kami keluar, kami segera menggerakkan kenderaan keluar dari kawasan resort tersebut perlahan-lahan.

Tiba-tiba, kenderaan yang dinaiki oleh wartawan TV Selangor di belakang kami sudah mula diserang ditendang, ditumbuk dan ditepuk oleh sekumpulan lelaki. Mereka berteriak mahu wartawan TV Selangor keluar dari kenderaan.

Saat itu kami berada di sebelah lelaki botak yang dilihat belum sempat sampai ke pagar untuk menutupnya. Lelaki itu menjerit sambil menghentak-hentak cermin kereta menjerit mahu kami keluar dari kereta Naza Citra yang kami naiki.

Saat cemas tersebut sempat dirakamkan melalui iPad2. Di bawah ini wajah lelaki botak itu yang sedang menghentak-hentak cermin kereta dan cuba membuka pintu. Mujur kami segera beredar dan sempat keluar dari Resort tersebut sebelum pagar ditutup.


Kami terus meluncur laju, dan kami dapati kereta kelisa wartawan TV Selangor juga sempat keluar dari Resort tersebut sebelum sebarang perkara buruk berlaku. Kami terus menuju ke Shah Alam kerana bimbang diekori oleh samseng tersebut.

Sampai di Shah Alam kami singgah di pejabat TV Selangor di Batu Tiga Shah Alam dengan harapan ada gambar atau video sempat dirakam oleh mereka saat diserang oleh samseng-samseng itu. Malangnya mereka kata tak sempat rakam.

Kami dapati kereta wartawan TV Selangor tersebut kemik di bahagian tepi hadapan dipercayai akibat ditendang. Di bawah ini gambar keadaan kereta tersebut.


Kenapa warga asing diberikan kursus keusahawanan? Apa perlunya kursus keusahawanan untuk warga asing dikawal oleh sekumpulan samseng-samseng ini? Laporan Polis tentang hal ini telah dibuat oleh pihak kami malam semalam.

ReJaM© "Demi mengekalkan kuasa, negara digadai di depan mata..."

Warga asing dapat IC, Jingga 13 dan TV Selangor diserang!

Oleh Milo Suam


SEMALAM Jingga 13 telah ke daerah Sepang, Selangor. Kami mendapat maklumat 4 bas pendatang asing dibawa ke sebuah Resort untuk diberikan kad pengenalan dan bakal diberikan hak mengundi.

Kami dapati 3 buah bas berada di jalan masuk Resort yang dimaksudkan berhampiran sebuah cafe (Coffee Village). Difahamkan sebuah bas lagi sudah beredar. Wartawan TV Selangor turut sama membuat liputan di lokasi tersebut.


Tiga orang pemandu bas yang ditemuramah mengesahkan bahawa memang benar mereka membawa warga asing, yang kebanyakkannya warga Indonesia. Di bawah ini gambar pemandu bas yang dimaksudkan ketika ditemuramah.


Beberapa orang Angkatan Muda Keadilan dan seorang ahli Jingga 13 telah pergi ke Resort tersebut untuk menyiasat, dengan alasan mahu menempah bilik malangnya dihalang untuk masuk. Kononnya Resort tidak beroperasi.

Mereka dihampiri oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai urusetia program keusahawanan yang memaklumkan satu program keusahawanan sedang berlangsung dan mengarahkan pihak kami supaya beredar.

Selepas kira-kira setengah jam di cafe tersebut, kami Jingga 13 membuat keputusan untuk pergi sendiri ke Resort yang dimaksudkan bersama wartawan TV Selangor menaiki dua buah kereta. Resort tersebut terletak kira-kira 1 km dari cafe tempat kami menunggu.

Sebaik sahaja memasuki kawasan Resort tersebut kami memberhetikan kereta. Pada waktu itu keadaan hujan renyai-renyai. Kami lihat kira-kira 50 orang berkumpul di bahagian kiri resort, rupa mereka kelihatan seperti warga asing.

Saat kami ingin keluar dari kenderaan tiba-tiba seorang lelaki kepala botak berbadan besar berbaju putih meluru ke arah pintu pagar. Kami faham dia ingin menutup pintu tersebut supaya kami tidak dapat keluar.

Dalam masa yang sama, kereta kami telah diserang dipukul ditumbuk dan diterajang oleh beberapa orang yang berada di situ mereka mahu kami keluar dari kereta. Dalam keadaan panik tersebut sekeping gambar berjaya dirakamkan memaparkan wajah salah seorang penyerang.

MB Kedah Kecewa Di Atas Salah Tadbir Urus Kerajaan Pusat

Putera Nayef ,Putera Mahkota Arab Saudi Baru

Raja Arab Saudi Raja Abdullah melantik Menteri Dalam Negeri Putera Nayef sebagai putera mahkota yang baru, demikian menurut satu kenyataan diraja dibacakan menerusi televisyen awal pagi Jumaat.


Putera Nayef Abdulaziz

“Kami telah memilih Putera Nayef Abdulaziz sebagai putera mahkota,” kata kenyataan dibawakan oleh agensi berita negara itu SPA.

Putera Nayef menggantikan Putera Sultan yang mangkat ekoran kanser di New York minggu lalu.

Putera Sultan juga merupakan Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan hampir lima dekad.

Belum ada pelantikan bagi mengisi kedua-dua jawatan itu. — REUTERS

 

Wow..hebat bos guna robot untuk pantau pekerjanya dari rumah

Seorang pencipta video game telah menemukan cara untuk bekerja dari rumah sambil mengawasi kerja para pekerjanya secara langsung, iaitu dengan menggunakan sebuah robot .

Seorang pengusaha sukses Richard Garriott telah menjalankan urusan pejabatnya di Austin, Texas dengan menggunakan robot sejak Julai lalu.

Menurut laporan KXAN, robot beroda dua yang mirip R2D2 dari serial Star Wars ini mengelilingi pejabat perusahaan pengembang game milik Garriott. Dengan ini, ia dapat bergabung dalam rapat dan bahkan menemui stafnya untuk berdiskusi dengan mereka sementara Garriott bekerja dari rumahnya di New York.



Garriott mengatakan para stafnya merasa nyaman dengan robot tersebut di pejabat, meskipun ia berusaha untuk tetap menjaga keseimbangan privasi para pekerjanya.

Sumber : dailymail

Iktibar: Kisah Si Penjual Tempe

 Moga menjadi iktibar..

Ada sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau tealah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin“. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” 
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin“.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. 
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

 Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap“.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
MORAL:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat .

Bajet 2012, Kenapa Kedah Dianaktirikan?


Rakyat bayar cukai tetapi kerajaan pusat  tak beri peruntukan pada kerajaan kedah..sedangkan  semua itu adalah hak rakyat yg wajib di beri . Ayuh kita tumbangkan BN yg angkuh ini pada pilihanraya yg akan datang.

Ucapan DS Azizan Dalam program Mesra Rakyat Kubang Pasu

Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam

Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PERSATUAN BOLASEPAK TGANU DAN NS SUBAHAT NAIKKAN HARGA TIKET BOLA?


Oleh: WFAUZDIN NS

FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini.

Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.

Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan.

Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali.

Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...