Isnin, 5 Disember 2011

PELIK! - Budak Ketagih Makan Ubat Nyamuk

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif gemar memakan ubat nyamuk. Selera aneh ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat.


Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
 
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.

“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
  “Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

Bahaya betul... itu la ibu ketika mengandung jgn la buat keje yang bukan2 bukan ...kan da menurun ke anak... berigat korang sebagai seorang ibu...
taotauajer

Bunga-Bunga Cantik Di Dunia

Setiap manusia pada hakikatnya menyukai keindahan, dan keindahan-keindahan biasanya di ekspresikan melalui bunga. Nah, ternyata di Thailand terdapat bunga yang unikdengan paduan warna yang cantik dan serasi. Bunga tersebut bernama Parrot Flower.

Nama Parrot Flower diberikan kepada bunga ini kerana bentuknya yang menyerupai burung kakak tua. Unik bukan? Namun anda hanya boleh mengaguminya tanpa boleh untuk memegangnya kerana spesies bunga ini cukup jarang ditemui dan dilindungi, sehingga bunga Parrot Flower ini tidak boleh di eksport ke luar negeri.

att0000821



att0001131

Dan ini pula ialah bunga cantik yang di hasilkan di Belanda dari hasil kajian bertahun-tahun.  Warna-warna indah yang dihasilkan di setiap kelopak , dibentuk secara natural melalui pewarnaan semulajadi melauli batangnya semasa pertumbuhan.



isuhangat

UMNO berdoa banjir datang, rakyat Solat Hajat minta jauhkan bencana

Banjir Tak Jadi Tahun Ni ...Insya Allah
Nak jawab sikit komen Blogger Pak Teh yang lebih prihatin soal banjir daripada perkara besar dalam Bajet Negeri Kedah 2012. Terima kasih jugalah kerana itu. Tapi Pak Teh tentu tahu juga, selama berlaku banjir di mana-mana, PAS terkehadapan untuk bantu mangsa termasuk di Johor bila Unit Amal Pemuda PAS mendapat jolokan tentera merah. Tak kira parti, tak kira bangsa... khidmat pemuda PAS sentiasa di depan.

Bukan saja banjir, apa saja bencana yang menimpa, pemuda PAS atas nama Unit Amal, Yayasan Amal, Sukarelawan dan tanpa apa-apa tanda akan sentiasa di hadapan tanpa mengharapkan publisiti di TV, radio akhbar, apalagi upah dan elaun.

Sekarang inipun, di Kedah, pegawai-pegawai di semua daerah sudah diarahkan menghadapi kursus dan latihan menghadapi bencana banjir. MB pun telah mengagihkan sebuah bot kepada daerah2 yang kekurangan peralatan itu. Kita pun telah bersedia jika ia datang juga... Petugas parti juga siap menerima arahan dari masa ke semasa...cuma tak masuk TV saja.
Dalam hal negeri kita dilanda musibah tahun lepas, nampak sangat-sangat UMNO bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat untuk menaikkan imej parti. Dipecahkan belahkan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, sampai pegawai naik pening.

Untuk makluman, bagi sebuah kerajaan yang dipandu berdasarkan undang-undang dan peraturan - di bawah MKN 20 - prosedur tetap menghadapi bencana seperti banjir, semua agensi kerajaan diletakkan dibawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat negeri, dan Pegawai Daerah di peringkat Daerah. Bilik-bilik gerakan banjir di peringkat negeri dan daerah di ketui oleh pegawai-pegawai ini. Ini yang dipatuhi oleh kerajaan negeri dan para pegawai.

Belum sempat tumit kasut basah, Menteri yang datang cepat-cepat mengutuk kerajaan negeri yang dituduh lambat dan lemah. Padahal, pegawai dan agensi yang sepatutnya berada di bawah arahan SUK dan Pegawai Daerah selaras dengan kehendak MKN 20, dipecah belahkan untuk berada di bawah UMNO dan pemimpinnya.

Tahun lalu, saya saksikan sendiri kerajaan pusat melalui menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua parti politik dalam BN membelakangkan sama sekali MKN 20. Pusat dan negeri seolah-olah dua buah wilayah berasingan. Habis kelam kabut sekelian pengarah agensi-agensi bantuan. Di sini MKN 20, di sana bapak dan mak menteri...termasuk yg tidak menghormati MKN 20 ialah Timbalan Perdana Menteri.

Bilik gerakan dibuka berasingan dan dikelola oleh pemimpin parti, meggunakan dana agensi-agensi kerajaan yang terpecah dua. Apakah contoh teladan yang sedang ditunjukkan dalam negara yang menerima pakai sistem federalisme ini?

Hanya kerana Kedah diperintah oleh PAS dan PR, bilik gerakan banjir negeri yang dikelola dibawah prosedur tetap MKN, tidak dijengok oleh Menteri Kerajaan Pusat, malah diperlekehkan pulak. Pengarah JKM Kedah menghubungi saya mengadu kecelaruan dan belah bagi yang terpaksa beliau hadapi. Saya faham situasinya ketika itu, dan saya serahkan kepada budi bicaranya sendiri apa yang perlu diikuti.

Dalam saat-saat genting seperti itu, Kerajaan Kedah terus bekerja mengenepikan semua sentimen parti dan politik...mereka sebaliknya. Pusat-pusat pemindahan dipantau oleh pegawai daerah dan dikelola oleh penghulu dan agensi yang masih ada pertimbangan. Pemuda PAS dan seluruh jentera memberikan kerjasama penuh kepada pegawai bertanggungjawab. Kita tidak memacak bendera dan melihat warna untuk menghulurkan bantuan.

Rumah saya pada hari pertama..air naik separas pinggang di hari kedua...
MB dari pagi sampai tengah malam ke hulu ke hilir melawat, memantau dan mempengerusikan mesyuarat2 penting untuk menghadapi bencana. Rumah saya sendiri dimasuki air sedalam 4 kaki dan saya tak sempat mengambil apa-apa untuk diselamatkan. Mujur anak isteri disuruh balik kampung lebih awal dengan dua buah beg untuk ke Mekah. Rumah MB masuk air separas lutut. Diwaktu kita patuh dan akur dengan peraturan, mereka di sebelah sana sibuk menghentam dan membina tembok memelihara kepentingan... demikianlah yang sedang dimulakan sekarang. Saya akan terus bermunajat untuk Allah menjauhkan banjir daripada kita semua pada tahun ini. Seluruh ahli dan pimpinan PAS juga begitu. Cuma beberapa kerat pemimpin yang sedang 'kering' segala hal berharap air melimpah untuk mereka menangguk di air bah!!
Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor/KedahLa

CIPTA REKOD DUNIA MAKAN 51 CILI PALING PEDAS DI DUNIA!

Seorang wanita India melumurkan matanya dengan sebiji cili hantu yang paling pedas di dunia sebelum memakan 51 cili dalam tempoh dua minit sekali gus mencipta rekod baru dunia, kata penganjur Guinness World Records.

Wanita itu, Anandita Dutta Tamuly melakukan aksi tersebut kelmarin sambil menerima sorakan hangat chef selebriti, Gordon Ramsay yang berada di Jorhat, Assam, timur laut India bagi menyertai satu program televisyen mengenai sajian dunia.
Cili hantu sebesar ibu jari itu diterima Guinness World Records sebagai yang paling pedas di dunia pada tahun 2007.
Ia dimakan oleh penduduk timur laut India untuk menyembuhkan sakit perut dan sebagai cara untuk menahan diri daripada kesan buruk akibat cuaca panas.
Cili hantu jauh lebih pedas daripada sos Tabasco dan lada Jalapeno.
duniajunko

Insya'Allah UMNO akan hancur lebur lepas PRU13 macam Komunis di Soviet Union


 Perhimpunan Agung UMNO kali ini yang terakhir?

 Pemimpin Libya Muammar Ghadafi menjelang hari-hari terakhirnya di persada kuasa bersumpah akan mempertahankan kerajaannya hingga ke titisan darah terakhir. Tetapi kematiannya agak tragis kerana dikeronyok dan dibunuh sewaktu cuba bersembunyi ketika melarikan diri.

Dua bulan menjelang kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir semua media milik negara masih memaparkan perihal pemimpin tua itu kononnya masih mendapat sokongan padu dari rakyat jelata. Ke mana Presiden Mesir itu pergi dia diraikan macam hari ini rakyat Malaysia meraikan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila Hosni dijatuhkan, ramai rakyat Mesir sendiri berkata, “Semalam bagaikan satu mimpi, beliau masih disanjung seolah-olah kuasanya tiada berpenghujung.”

Banyak lagi para pemimpin Arab edisi lama telah dijatuhkan dengan kuasa rakyat. Mereka berkuasa dengan kemegahan dan jatuh dengan penuh kehinaan. Macam juga pemimpin legenda Arab, Saddam Hussien. Kali pertama Amerika menyerang Iraq beliau berkata, “Ibu segala peperangan telah bermula.” Kata-kata keramatnya yang tidak dapat dilupakan tentulah tekadnya menjadikan bumi Iraq sebagai “kubur besar tentera Amerika.”

Hari ini giliran pemimpin Syria, Bashir Al-Assad pula melakukan jeritan retorik sambil bergelut dalam nafas nazak kekuasaannya. Cakapnya tetap besar, angkuh dan seolah-olah boleh terus pertahankan persada kuasa untuk seribu tahun lagi.

Naik dan jatuh bukan perkara pelik dalam politik. Ia macam hidup dan mati, setiap yang hidup pasti akan merasa mati. Sejak Allah menjadikan Nabi Adam a.s. tiada satu kuasa dunia yang tidak pernah berakhir. Tapi yang menarik untuk diteliti ialah teriakan terakhir menjelang kehancuran kuasa mereka.

Hari ini apabila kita mengikuti ucapan para pemimpin Umno dalam perhimpunan agung mereka, ia mengingatkan kita akan tingkahlaku para pemimpin negara Arab yang hilang kuasa membuat ‘teriakan terakhir’. Mereka kononnya masih mampu untuk menang besar di Pusat di samping menawan kembali Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor serta menang mutlak di Perak.

Sekalipun teriakan retorik dan bombastik dibuat untuk cuba meyakinkan ahli-ahli mereka agar terus berjuang namun ia tidak dapat menyembunyikan rasa gusar akan kehilangan kuasa di Pusat. Najib mengerahkan tiga juga ahli Umno agar berjuang habis-habisan dalam PRU13 kerana ia menentukan hidup mati Umno. Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi meminta ahli Umno tidak menganggap mudah PRU ke 13. Ia satu cabaran yang sangat getir. Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin mengancam ahli Umno bahawa parti itu tiada pilihan selain dari menjadi kerajaan dan tidak mampu untuk menjadi pembangkang. Ayatnya itu sangat menakutkan para pemimpin Umno.

Selepas 54 tahun berkuasa dan selepas 12 pilihanraya umum dilalui, Umno bagai berada di hadapan bilik gantungan, menunggu hakim mahkamah rayuan menarik balik hukuman gantung atau meneruskannya.

Terdapat empat faktor utama yang semua orang tahu mengapa Umno yang mendekatkan Umno dengan kehilangan kuasanya di pusat. Faktor yang paling utama ialah, Umno berkuasa terlalu lama. Bukan setakat tiga, empat penggal tetapi 12 penggal. Bukan setakat 10, 20 tahun tetapi 54 tahun! ‘Terlalu lama’ adalah faktor yang tidak perlu diperincikan, cukup untuk memberitahu bahawa terlalu lama akan membangkitkan rasa muak, bosan dan benci rakyat.

Faktor kedua ialah hilangnya sokongan bukan Melayu secara besar-besaran yang selama ini golongan tersebut menjadi talian hayat Umno. Umno pernah kehilangan sokongan majoriti orang Melayu dalam PRU tahun 1999. PAS memperolehi 27 kerusi di semua kerusi majoriti Melayu. KeADILan yang baru dilahirkan ketika itu juga menang di semua kerusi majoriti Melayu. Tapi BN masih mampu mempertahankan majoriti dua pertiga kerana sokongan pengundi bukan Melayu. Hari ini sokongan orang Melayu terhadap Umno tidaklah sepadu mana, manakala undi bukan Melayu sudah beralih dari BN secara besar-besaran.

Faktor ketiga, perpecahan dalaman Umno yang teruk. Apabila semua pemimpin Umno dari semua peringkat menyebut dan mengingatkan perkara yang sama berulangkali, maka ia bermakna penyakit perpecahan sudah menjadi barah dalam Umno, tak mampu diubati lagi.

Faktor keempat ialah penolakan secara besar-besaran pengundi muda terhadap Umno mutakhir ini. Ia dibantu oleh sikap anti establishment terhadap ‘barang lama’ yang menjadi naluri mana-mana golongan muda di dunia ini. Di samping peranan media baru yang membantu golongan tersebut mendapat maklumat kedua. Hari ini golongan muda adalah penghuni utama media maya. Mereka mendapat pelbagai maklumat yang tidak tersiar dalam Utusan Malaysia dan TV3. 40 peratus pemilih yang akan membuat keputusan dalam PRU13 nanti ialah golongan muda. Ia sangat menakutkan BN.

Secara peribadi, saya sangat yakin insya Allah buat pertama kali dalam sejarah negara, Umno/BN akan tumbang di Pusat. Apabila Umno kalah di Pusat maka rangkaian parti mereka di seluruh negara akan musnah satu demi satu macam berkuburnya parti komunis di Soviet Union selepas Mikail Gorbachev dijatuhkan. Mengapa? Kerana Umno tidak mempunyai kekuatan di akar umbi. Mereka kuat dan gagah selama ini kerana berkuasa sebagai sebuah kerajaan di Pusat. Mereka memperalatkan semua jentera kerajaan untuk gerakerja parti. Umno tiada markaz cawangan di kampung-kampung, hanya bertenggek di balairaya atau pejabat Kemas milik kerajaan. Umno bahagian dan cawangan tidak perlu mencari sumber dana sendiri kerana duit datang dari atas. Ia berbeza dengan PAS.

Satu lagi, apabila Umno kalah di Pusat maka wakil rakyat mereka yang menang akan berpusu-pusu melompat menyertai parti yang memerintah kerana benar ucapan Khairy Jamaludin, Umno tidak mampu menjadi pembangkang. Jadi ada logiknya Umno akan berkubur selepas PRU13 dan perhimpunan agung kali ini adalah yang terakhir sebelum dunia qiamat.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA/KedahLa

Pelabur berpindah minat datang semula



SUNGAI PETANI -  Tahap kondusif yang tinggi di kawasan industri mampu menarik minat pelabur asing yang sudah berpindah ke negara lain untuk melabur semula, seterusnya memilih lokasi terbabit bagi membangunkan perindustrian sekiranya ia berpotensi dimajukan.



Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah, selain kos berpatutan, mampu bersaing dan pulangan yang menguntungkan, aspek kebersihan kawasan perindustrian  turut menjadi perhatian pelabur supaya tidak menjejaskan operasi.

“Sekiranya kawasan industri dalam keadaan selesa, tahap kebersihan terjamin, keselamatan dipertingkatkan dan berpotensi untuk dimajukan, ia mampu menarik perhatian pelabur luar kembali turut serta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-Royong Kawasan Perindustrian Miel Sungai Lalang (Bukit Makmur), di sini.

Amiruddin memberitahu, masalah penyelenggaraan seperti longkang tersumbat yang mampu menyebabkan banjir, selalu terputus bekalan elektrik dan lampu jalan tiada juga mampu menjejaskan perjalanan indsutri.

“Kita mahu pastikan kawasan perindustrian berada dalam keadaan selamat, bebas jenayah, cukup kelengkapan elektrik dan kemudahan lain kerana ianya faktor pelabur cenderung memilih lokasi untuk melabur,” katanya.

Tambahnya, acara gotong-royong yang melibatkan MIDF Property Berhad, MIDA, Kedah Investment Centre, FMM Kedah/Perlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Enviroment Idaman, pihak polis dan bomba mampu menghidupkan kawasan indsutri supaya lebih segar.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghadapi kekangan peruntukan melakukan penyelenggaraan di kawasan industri perlu memaklumkan perkara itu kerana kita boleh cuba dapatkan peruntukan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar MIDF Property Berhad, Mohd Yusoff Abdullah berkata, pihaknya akan menyediakan kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan indsutri berkenaan selain mempertingkatkan kemudahan pencahayaan bagi mengurangkan kejadian jenayah terutama bagi pekerja industri yang sering berulang alik pada waktu malam.
wartakedah

RAKYAT MALAYSIA HANTAR 80 BILLION SMS DAN MMS SETAHUN!


Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.

Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya.
duniajunko

Keadaan bila lori bawa telur terbalik

04 DISEMBER 2011







borakosong

Artis Terkenal Filipina Peluk Islam Dan Berjilbab


Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.

“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya, tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilapurkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuat nya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah
blogepal

Ahad, 4 Disember 2011

Lagi gambar: Peristiwa Banjir kilat yang melanda Kajang (10 gambar)



Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.


Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.



mediamalaya

Mangsa Banjir Di Kajang Di Selamatkan

Rahsia di tapak tangan....Sekadar ilmu ........


Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.Bagi yang minat bab tilik menilik..so boleh la menilik skrg..hehehe..

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia tidak rapat dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.

Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya
informasi

9 SEBAB-SEBAB HATI YANG TIDAK BAHAGIA

http://www.fadhilza.com/wp-content/uploads/2008/02/kekuatan-kelemahan-hati.jpg
Antara Mazmumah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah:

1. PEMARAH paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak orang didendam itu.Sebab orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. TAMAK orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut…walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak selalu rugi

***Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain disitu)Biarkan rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan…Contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue wlu kerja bertimbun atas meja…heh…heh…heh)

7. EGO – Ibu segala Mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.

8. RIAK terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.

9. CINTA DUNIA – tidak dapat menderita…padat pun menderita kerana bila sudah dapat susah atau menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka Dunia”kerana dunia itu ‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KESIMPULAN;

Jadi yang merungut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukkan dllnya,tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.ANDAI KITA TERLEKA DENGAN DUNIA BURUKLAH PADAHNYA.
aidanatasya

MENGHUKUM ANAK HENDAKLAH SEPADAN DENGAN KESALAHAN

MEMANG sudah fitrah anak yang masih kecil terutama yang nakal dan hiperaktif ada kala amat menggusarkan ibu bapa. Maka timbul rasa kurang senang sehingga bertindak secara keterlaluan dalam menghukum.

Islam melalui panduan yang diperturunkan Rasulullah SAW banyak memberi gambaran jelas bagaimana kita boleh bertindak secara tepat dalam permasalahan menghukum anak.

Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka?

 Lalu kata Baginda: Maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Baginda mengatakan: Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

 Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka. – Hadis riwayat at-Tabrani

Seboleh-bolehnya gunakan pendekatan memaafkan kesalahan dilakukan ahli keluarga khususnya anak. Namun, Rasulullah SAW tidak melarang menggunakan kaedah hukuman. Bagaimanapun hukuman seharusnya sepadan dengan bentuk atau tahap kesalahan serta dilarang memukul bahagian muka.

Sebenarnya panduan Rasulullah SAW itu tersirat dua makna iaitu dari perspektif psikologi dan fisiologi. Ditinjau dari aspek psikologi, pendekatan memberikan kemaafan adalah kaedah berlemah lembut dalam memberi teguran.

Dengan cara demikian, perasaan anak yang masih kecil tidak akan terguris. Ini penting supaya jiwa anak tidak terkongkong yang kemungkinan akan menyebabkan terbantutnya perkembangan minda positif.

Zaman sekarang ini, banyak sudah terjadi anak yang bertindak lari dari rumah. Seharusnya ibu bapa mengambil berat isu ini. Salah satu penyebabnya, tindakan membabi buta dalam menghukum dan seterusnya jiwa anak berasa tertekan.

Selain itu, dari sudut ilmu psikologi juga pernah dinyatakan bahawa anak yang kerap dihukum akan menjadikan hatinya keras dan berkelakuan kasar semasa bergaul dengan rakan sebaya.

Untuk membimbing anak beristiqamah pada jalan benar dan menepati kehendak agama, tidak hanya terletak pada kaedah merotan dan memukul saja. Sebaliknya ibu bapa seharusnya mampu mempelbagai teknik khususnya teknik dorongan dalaman.

Mendidik anak perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang berterusan contohnya dengan memberikan pemahaman jelas, tepat, pengajaran dan peringatan supaya akidah anak bertapak kukuh dalam jiwa mereka.
Kaedah secara kekerasan akan hanya mengundang rasa dendam kesumat dalam hati anak dan jika perasaan itu dibiarkan bersarang di jiwa mereka, akan menjadi sebati dengan diri. Keadaan itu sangat berisiko tinggi untuk menjerumuskan anak ke kancah yang negatif.

Rafi’ bin Amru al-Ghifari pernah menceritakan: “Saya seorang kanak-kanak yang sering membaling pokok tamar kepunyaan orang Ansar. Saya kemudian ditangkap lalu dibawa menemui Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya kepadaku: Kenapa kamu selalu membaling pokok tamar kepunyaan orang lain? Lalu saya jawab: Untuk memakan buahnya. Baginda SAW memberi nasihat kepadaku: Jangan baling pokok tamar kepunyaan orang lain. Kamu boleh makan setiap buah yang jatuh di bawahnya.

Seterusnya Baginda Rasulullah SAW mengusap kepada saya sambil berkata: Ya Allah, Ya Tuhanku. Kenyangkanlah perutnya (dengan tamar yang gugur itu).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Lihatlah betapa halus dan lembutnya teknik pendidikan Rasulullah SAW. Kanak-kanak yang bersalah ditegur dengan pola psikologi sangat menyentuh jiwanya kerana disamping memberi nasihat Baginda juga menggunakan teknik sentuhan.

Sebenarnya, teknik sentuhan terhadap badan anak akan memautkan keakraban utuh seterusnya berkeupayaan menjana penyerapan fahaman terhadap apa yang diajar.

Bagaimanapun, Islam tidak pernah menghalang teknik menghukum tetapi dengan bersyarat hendaklah dilakukan pada masa bersesuaian. Ingatlah, kaedah pukulan tidak sesuai untuk semua anak, semua situasi atau semua kesalahan.

Kaedah menghukum dengan rotan misalnya digunakan selepas kaedah penjelasan pemahaman dan nasihat dilakukan terlebih dulu. Pesan Nabi SAW: “Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber : islamituindah.my

POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W


Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita  serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua  isterinya.

 Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya “Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi”. Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.” Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan  supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana  menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa  diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat  suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka“.Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
SUAMI YANG DAYUS
Semakin memuncaknya kemajuan dunia, semakin meningkatlah jumlah manusia yang terlibat dalam kancah kemaksiatan. Rata-rata manusia hari ini berlumba-lumba mengejar  kemewahan materialistik, pangkat dan nama. Bagi mereka itulah tiket kebahagiaan dan kepuasan hidup. Tidak peliklah bila si isteri sama-sama berganding bahu dengan suami di luar rumah.

Secara automitik melibatkan diri dengan dunia sosial yang terpaksa  lincah ke sana ke mari.
Ada setengah suami yang bangga bila isterinya aktif berkecimpung di dalam berbagai pertubuhan luar, alasannya untuk menambahkan amal jariah. Apa yang sedih, perlaksanaannya berlawanan dengan syariat dan bercampur aduk pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.
Kadang-kadang, untuk menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, mereka sanggup meluangkan masa keluar bermain tennis atau berjogging suami isteri. 


 Bertukar-tukar pasangan merupakan suatu perkara yang lumrah bagi mereka. Isteri si A dengan suami si B, suami si B dengan isteri si A dalam satu gelanggang. Hinanya mereka ini kerana langsung tidak ada perasaan cemburu, lebih menyedihkan lagi bila aurat terdedah sesama sendiri. Ada juga suami yang bangga bila isterinya dapat berkenalan atau berdamping rapat dengan orang-orang ternama.


Sayang seribu kali sayang. Dayuslah seorang suami yang bersifat begini. Kemanakah dicampakkan sifat “gentleman” yang Allah s.w.t. kurniakan itu? Isteri bukannya barang dagangan yang boleh diperagakan ke sana sini. Sekiranya pasangan suami isteri itu hadir di dalam sesuatu majlis kemudian dibiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain, tunggulah!


 Ancaman dan balasan dari Allah s.w.t amat pedih sekali. Adalah mereka itu di dalam laknat Allah Taala, Rasul dan malaikat-Nya sehingga dia kembali ke rumah. Sebuah peringatan dari Rasulullah s.a.wbemaksud:


Barangsiapa memenuhi akan matanya dengan memandang yang haram nescaya memenuhi Allah Taala akan matanya itu daripada bara api neraka.”


Sebenarnya seorang isteri itu tidak ada masa hendak berhibur hati mencari ketenangan dengan mengadakan persatuan itu dan ini yang belum tentu terjamin berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Lainlah, isteri pergi ke majlis kuliah-kuliah fardhu ain, majlis tahlil atau hal-hal bersangkutan dengan rumahtangga di mana boleh menambahkan keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t, Rasul dan keluarga. Berazam mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. 


Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat wanitanya yang taat kepada suami mereka. Allah s.w.tsuka kepada tiga perkara iaitu:


1. Mata yang menangis kerana Allah s.w.t.. 
2. Orang yang berjaga malam kerana berjihad kepada Allah s.w.t.
3. Isteri-isteri yang solehah.



Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang bermaksud:


Telah meminta ampun bagi segala perempuan yang mengikut perintah suaminya oleh segala burung yang terbang di udara dan ikan di air dan segala malaikat yang di langit dan matahari dan bulan selama perempuan itu di dalam keredhaan suami.


Dapatlah kita fahami bahawa sekelian makhluk di dunia ini sentiasa bertasbih dan berdoa supaya isteri-isteri yang mentaati suami itu menjadi wanita yang solehah bakal penghuni syurga-syurga. Imam Ghazali r.a ada berkata:


Apabila keluar segala perempuan maka sayugia dia memejamkan matanya dari melihat akan sekelian lelaki ajnabi.”


Maksud memejamkan mata di sini ialah menundukkan pandangan dari melihat lelaki yang bukan muhram. Bukannya meliarkan mata memandang ke sana sini biarpun telah memakai purdah. Tanpa disedari kita telah mengenali mereka, serba sedikit apa yang tidak kena  pada mereka juga diketahui contohnya, “Mulut si fulan ini lebarlah, badan si fulan ni gemuklah, hidungnya pesetlah dan macam-macam lagi,” tanpa disedari kita telah mengumpat mereka.


Bagi suami hendaklah pastikan supaya anak isterinya terhindar dari perangai di atas. Zina mata boleh membawa kepada zina hati. Berdosa besarlah jika suami membiarkan ahli keluarganya bersikap demikian. Allah s.w.t akan mengharamkan mereka dari mencium bau syurga.
Telah diceritakan oleh perawi hadis, Imam Ahmad dan Nasai dan hakim daripada Ibnu Umar, “Ada tiga orang yang telah Allah s.w.t haramkan dari memasuki syurga iaitu:


1. Orang yang mengekali minum arak. 
Ada diceritakan, bagi umat Islam jika ia meminum walau seteguk sekalipun arak tersebut, maka akan pecah berkecailah kalimah tauhid yang tertulis di dahinya. Zahirnya memanglah kita tidak nampak, tapi itulah keistimewaan yang Allah s.w.t. berikan kepada umat Islam.
Sebuah kalimah tauhid yang meng-Esakan-Nya. Sebuah tempat yang mulia, tempat kita sujud syukur ke hadrat Ilahi demi membuktikan bahawa kita ini insan yang serba lemah dan dhaif.



2. Orang yang menderhakai ibu bapa 
Ada diceritakan juga, pada malam Lailatul Qadar terdapat empat perkara yang boleh menyebabkan terhijabnya doa seseorang di malam tersebut bila ada padanya:
A- Orang yang derhaka dengan ibu bapanya.
B- Orang yang meminum arak
C- Dua orang yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain selama 3 hari.
D- Orang yang memutuskan silaturahim



Cuba kita kaji dan teliti ke empat-empat perkara di atas, jika ada salah satu yang berkait dengan diri kita maka berusahalah untuk terus memperbaiki diri. Mungkin tiga perkara itu dapat kita atasi tapi bagaimana pula pertautan hati dengan ibu bapa kita selama ini? Tidak ada gunanya kita bertungkus lumus mengerjakan amal ibadah yang lain yang dirasakan sewajarnya mendapat balasan dari Allah s.w.t, sedangkan hati ibu bapa kita dilukai. Kita biarkan hidup mereka melata tidak berhaluan atau kita menjadi tuan kepada mereka.


Terhijabnya segala doa dan amal kebajikan kita selagi kita menderhakai mereka. Tidak hairanlah kita menjadi seorang yang keras hati, angkuh dan ego dengan apa yang kita perolehi. Jangan bangga dapat menawan hati-hati manusia lain dengan apa yang kita lakukan atau apa yang kita perkatakan tapi kita perbudak-budakkan emak ayah kita. Selagi perintahnya tidak bercanggah dengan syariat, kita kenalah taat dan berlemah-lembut serta berhikmah dalam mengatur sesuatu tindakan jika ada yang tidak kena pada hati mereka. Yakinlah bila kita berakhlak dengan mereka segala apa yang kita laksanakan semuanya mendapat rahmat dan bantuan Allah s.w.t.. Anak yang soleh itu ialah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah bondanya. 


3. Suami yang dayus.
Membiarkan ahli keluarganya melakukan zina. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, “Suami yang membiarkan isterinya dengan lelaki lain.”
Setengahnya pula menyifatkan begini:
“Orang yang membeli jariah (hamba) yang pandai menyanyi untuk menghiburkan orang lain.”


Maka tersuratlah di depan pintu syurga yang bermaksud:
Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus.
Tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya nescaya adalah dosanya di atas lelaki dan perempuan di dalam kubur itu sangat azab.


Maka apabila datangnya hari kiamat nescaya menghukum Allah s.w.t akan si suami terlebih dahulu dalam segala hal kebajikan berbanding lelaki yang kemudian itu. Bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tidak tahunya. Maka jika mengetahuinya dan dia berdiam diri nescaya Allah s.w.t mengharamkannya dengan tersurat di atas pintu syurga, yang bermaksud:
Engkau haram yakni masuk atas segala orang yang mengatahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan dia diam serta tiada rasa cemburu.


Akhir kata, wahai para suami, jagailah ahli keluargamu supaya sejahtera selalu di dalam iman dan didikan Islam yang sejati sebab orang yang pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak ialah suami yang menjadi teraju di dalam rumahtangga. Wahai isteri-isteri yang budiman, bantulah perjuangan suamimu di dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar
gilerkentang

Mai belajar '-Taktik Perang - Sembunyikan Pesawat Tempur Bawah Pasir..

Mesti korang jarang tengok fenomena macam ni kan? Betul la apa yang dikatakan orang, kalau nak simpan pesawat tanpa dikesan oleh pihak musuh tanamkan bawah pasir. Selalunya negara2 Arab la selalu buat macam ni sebab sana banyak padang pasir. Mungkin ni salah satu sebab US takut nak serang Iran sebab diorang takut dengan kekuatan ketenteraan Iran.

P/s: Malaysia nak simpan bawah apa ye? He3...













ok tak.
budakbotak

Kreatif.......Rumah Berbentuk Kasut Di Pennsylvania, USA.

Rumah Kasut ni telah dibina pada tahun 1948 sebagai gimik pengiklanan oleh Mahlon N. Haines yang mempunyai syarikat membuat kasut. Ia berukuran 48 kaki panjang, 17 kaki lebar di bahagian yang paling luas dan 25 kaki tinggi. Bahagian dalam terdiri daripada lima tingkat yang berbeza dan mengandungi tiga bilik tidur, dua tab mandi, dapur dan ruang tamu.

Apa yang menarik adalah rumah tersebut pernah menjadi checkpoint dalam rancangan The Amazing Race musim ke 8 kira-kira dua tahun lalu. Pemilik sekarang adalah Carleen dan Ronald Farabaugh yang membelinya pada tahun 2004.

P/s: Sempoi jugak rumah nie, he3...





bestnya kalau ni rumah kitekan............
-budakbotak

Lindungi tulang anda


KEASYIKAN menonton televisyen kadangkala membuatkan kita keberatan berganjak daripada tempat duduk kerana bimbang ketinggalan babak menarik. Tamat menonton satu cereka, baru kita menggerakkan tubuh, sama ada ke dapur untuk membasahkan tekak mahupun ke tandas.
Kemudian, kita sambung pula dengan cereka lain yang tidak kurang menariknya, terutama drama bersiri, sudahnya seharian duduk menghadap televisyen.

Bagi kanak-kanak dan remaja, menghadap komputer berjam-jam menjadi gaya hidup masa kini. Jika bukan untuk mencari maklumat, mereka bermain permainan komputer yang menyebabkan ketagihan.

Tanpa disedari, tabiat menonton televisyen berjam-jam, menggunakan komputer dan tidur menyebabkan kita tergolong dalam kelompok mengamalkan gaya hidup sedentari atau kurang aktif.


Cukup mengejutkan apabila 74 peratus rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup kurang aktif iaitu amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang aktiviti fizikal. Ia menjadi fenomena global yang semakin meluas bukan saja di negara maju, tetapi juga di negara membangun.

Penggunaan mesin dan sistem automasi yang semakin meningkat dalam kehidupan harian memudahkan dan melancarkan urusan seharian kita, namun pada masa sama ia turut mengurangkan keperluan melakukan aktiviti fizikal.

Teknologi moden abad ke-21 membolehkan kita melakukan hampir segala-galanya dengan hanya menekan butang. Meskipun ia menyenangkan hidup, kemudahan ini membawa kesan kurang sihat.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II melaporkan, hanya 11.6 peratus (%) daripada responden dewasa di Malaysia kerap melakukan aktiviti fizikal secara bersenam dengan secukupnya, dengan dua kali ganda bilangan lelaki (16.2 %) melakukan senaman secukupnya berbanding wanita (7.7%).

Kajian selanjutnya mendapati rakyat dewasa Malaysia menghabiskan 41% daripada hari mereka dengan duduk dan 33% lagi dengan tidur atau berbaring.

Hasil kajian itu membimbangkan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika perkara itu dilihat sebagai satu budaya atau perkara normal tanpa langkah pencegahan hingga mengancam kesihatan.

Walaupun ada usaha ketara untuk mengamalkan tabiat sihat, hakikatnya ia tidak mencukupi bagi melindungi mereka daripada kesan negatif gaya hidup tanpa aktiviti fizikal dan pemakanan tidak seimbang.

Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma di Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Chin Chee Howe berkata, gaya hidup sedemikian mengundang pelbagai masalah kesihatan serius serta melemahkan badan.

Katanya, antara masalah mungkin timbul ialah penyakit kardiovaskular, obesiti serta diabetes dan ia turut dikenal pasti sebagai faktor risiko keempat bagi kadar kematian global selain penyumbang kepada masalah tulang lemah.

“Tulang kita adalah tisu hidup. Ia membentuk struktur paling asas dalam badan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sungguhpun ia nampak keras, tulang kita sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula.

“Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang. Kita perlu mula mengambil langkah melindungi tulang sejak muda, sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya. Proses pembentukan semula tulang menggantikan tisu mati atau rosak membolehkan kita hidup sihat dan aktif,” katanya.

Menurutnya, kekurangan jisim tulang yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses yang tidak boleh dikembalikan.

“Satu-satunya cara untuk melindungi tulang kita sekarang ialah dengan mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat. Kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan kita memenuhi keperluan kalsium harian diri.

“Hanya dengan berjalan 30 minit sehari dan mengambil makanan yang kaya kalsium, kita dapat membantu proses penguraian dan pembentukan semula tulang kita. Contoh cara paling asas ialah minum susu kalsium tinggi atau mengambil pelbagai produk tenusu,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti fizikal penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang serta membolehkan kita meregang dan menggunakan kemampuan tulang dengan sepenuhnya.

Menurutnya, kesan kemerosotan tulang adalah benar dan menjelang 2050, lebih 50 peratus keretakan tulang pinggul diramalkan berlaku di Asia. Jumlah keretakan tulang pinggul akan meningkat disebabkan populasi penduduk dunia semakin meningkat.

Berikutan itu, kos keseluruhan untuk mengurus dan merawat keretakan tulang yang dikaitkan masalah osteoporosis semakin meningkat.

Pengurus Insights Fonterra Brands Malaysia, Sheue Yea berkata, hasil penyelidikan pihaknya yang dijalankan secara berterusan untuk pelbagai kempen komunikasinya mendapati, wanita Malaysia memandang ringan masalah kemerosotan tulang.

“Ramai wanita sedar bahaya osteoporosis tetapi tidak menghiraukan dan membuat komitmen ke arah penyelesaian jangka panjang. Ada yang beranggapan mereka masih muda, jadi tidak terdedah bahaya osteoporosis.

“Disebabkan tidak merasa sakit di tulang, ada yang menyangka tiada masalah kesihatan. Malah, ada yang yakin tiada masalah osteoporosis kerana mendapat kalsium mencukupi melalui diet setiap hari.

“Ramai juga menganggap penyakit berkaitan tulang tidak membawa maut berbanding penyakit kardiovaskular atau kanser,” katanya.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar tanggapan itu boleh membawa kesan pada masa depan. Hasil penyelidikan dijalankan baru-baru ini menunjukkan wanita dalam usia pertengahan hingga lewat 60-an yang mengalami masalah patah pinggul lima kali ganda lebih berkemungkinan mati dalam masa setahun.

Wanita Malaysia yang lebih muda terus percaya kemerosotan tulang hanya dialami orang tua. Oleh itu mereka tidak menghiraukan peringatan untuk mengambil langkah pencegahan.

“Kebanyakan orang didapati menunggu hingga melihat tanda amaran atau merasai kesakitan sebelum mengambil tindakan. Malangnya, kadangkala pengalaman pertama retak tulang adalah amaran pertama,” katanya.

Osteoporosis ialah penyakit tulang poros yang mengundang peningkatan risiko patah.

Kekuatan tulang mencerminkan integrasi dua ciri utama iaitu kepadatan tulang dan tulang kualiti.


Gaya hidup tidak aktif:


  • 74% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Ini dapat dilihat daripada waktu bekerja yang lebih panjang dan kurang aktiviti fizikal




  • Hanya 14.2% rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman mencukupi

    -metro
  • Wow...Pehhh... Besarnya!......

    Ikan pari jenis ekor pendek terbesar sungai air tawar berjaya ditawan oleh pemancing veteran dari British Jeremy Wade, 53 tahun di Sungai Parana berhampiran Buenos Aires. Mr Jeremy terpaksa memerah tenaga selama 4 jam sebelum berjaya menunda dan mendaratkan ikan pari dengan berat lebih 120 kg itu ke tebing sungai. Umpan yang digunakan ialah belut.
    Ikan pari berbentuk flat ini adalah antara salah satu jenis ikan air tawar yang paling besar di dunia yang hidup di sungai-sungai air tawar dan telah diketahui mampu membunuh manusia dengan penyengat beracunnya yang boleh membawa maut
    orangmou

    Musa Hassan Bukan Suami Syella Kamaruddin

    Hi semua!
    Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin tidak memerlukan perbincangan lebih lebar lagi.
    Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

    Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

    Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.

    Tetapi yang menarik perhatian Hani ialah petikan kenyataan Tan Sri Musa:
    Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama.
    MUSA HASSAN
    Haa, tengok foto ni. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe.
    Tan Sri Musa adalah seorang pegawai kanan polis yang memiliki sikap ‘no nonsense’ ketika kepimpinannya. Pernah pada ketika menjawat jawatan Ketua Polis negeri, beliau sendiri menyamar memasuki pusat hiburan untuk mendapatkan maklumat sehinggakan berjaya mencekup anggota yang tidak amanah. Itu bukan urban myth tetapi kisah benar yang jika ditanya pegawai yang pernah bertugas dengan beliau, tentu tahu betapa seriusnya Tan Sri Musa.

    Berbalik kepada kisah perkahwinan Syella ini, pada pendapat Hani, dalam Islam sendiri menyuruh kita memaklumkan tentang perkahwinan kita agar tidak menjadi fitnah. Tetapi kisah Syella ini harus dijadikan pengajaran. Dah kahwin, terbit pulak fitnah. Silap haribulan, mahu jugak berantakan rumahtangga orang cik kak oii !
    Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.
    Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

    Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

    Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.
    Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.

    Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

    Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan ‘mari teka siapa’.

    Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

    Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.
    Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.

    Hani Marissa.
    -beautifulnara

    13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985



    KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

    Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

    Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

    Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

    Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

    Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

    Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

    Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

    Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

    “Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

    Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.
    mstar

    9 Binaan Hebat Hanya Dengan Duit Syiling (Menarik!)

    Duit syiling merupakan matawang jenis kepingan yang dibuat daripada besi, timah dan sebagainya. Namun di dunia ini, luar biasa, pelik itu satu perkara yang jarang kita dapat melihat. Antaranya duit syiling yang sering kita gunakan, mereka mempunyai daya kreativiti untuk menjadikan duit syiling sebagai satu bentuk binaan yang menarik!









    Melayukini

    Anda Berkenan .

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...