Sabtu, 26 November 2011

25 petugas kebakaran tertipu dengan angsa plastik

TEMPO Interaktif, Straubing – Suatu malam, seramai 25 petugas pemadam kebakaran di Staurbing, Jerman mendapat tugas: menyelematkan seekor angsa. Angsa berwarna hitam atau black swan dikhabarkan terperangkap di tengah tasik.

Seorang warga menelefon 999 untuk memberitahu khabar tersebut. Dengan cepat, operasi penyelamat dimulakan. Seramai 25 petugas turun mencari angsa itu, mereka menaruhkan nyawa, sebab, air tasik yang membeku masih tipis sehingga rapuh bila dipijak.

“Informasi yang kami dapat sangat samar, kami harus mencarinya dalam masa yang lama,” kata seorang petugas. “Setelah mencarinya di tasik, akhirnya kami menemukannya, dia ada di tengah tasik.”

Tapi betapa terkejutnya para petugas pemadam kebakaran, setelah dipegang, ternyata angsa itu angsa mainan yang terbuat dari plastik. Setelah diperiksa rupanya angsa itu dipakai untuk menakuti burung yang suka makan ikan di tasik tersebut.

“Syukur tidak ada yang cedera, kami anggap ini adalah sebuah latihan,” kata petugas yang menolak disebut namanya itu
itmesaiful

amacam, sama tak?



sama tak burung tu?
mungkin dia tau kot ada orang letak gambar dia



yang ni pula..amacam sama tak?
anak michael jackson dengan usahawan terkenal?
azizulhakim91

Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan keluar tidak lama lagi, iaitu pada 1 disember 2012...

dari apa yg di lontarkan oleh Ketua Setiausaha Negara semasa perjumpaan dgn pegawai tinggi kerajaaan selasa lepas, macam-macam pekara baru akan di wujudkan dalam skim ini.

antaranya

1. "Exit Policy"
mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti

2. Pengredan semula jawatan
akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi. maksudnya kalau ambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yg sekarang ini hanya bertugas sebagai Pemandu, kena la ada multiskill, jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip tukang angkat telepon lepas ni....

3. Penilaian Markah Penjawat Awam

markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

apa pun, kita tengok 1 disember nanti bila pekeliling baru akan keluar bersama borang opsyen....

pentingnya borang opsyen ni, sekiranya penjawat awam terima, mulai 1 januari 2012, kerja akan di nilai spt di atas, dan hanya pencen wajib pada umur 60 tahun...

sekiranya tak nak terima opsyen ini, akan di minta berhenti....
v12gether

Zakat Emas dan Perak

Zakat Emas Dan Perak

Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Kenapa Di Kenakan Zakat ?

Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:

"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya."

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-


1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas





Nisab Zakat EmasSabda Rasullullah S.A.W. :
"Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham."


Peringatan

Ijmak Ulama' mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.



ZAKAT EMAS SIMPANAN
Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.


Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.

Nilai emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.



Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gmBaki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5% = RM 255.17

Zakat Perak


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak

Ijma' ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).
Dalil zakat perak Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62 Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%= RM 15.50

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

    Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
    Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
    Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
    Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
    Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
    Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
    Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
    Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
    Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
    Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
    Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
    Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
    Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
    Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
anda dah selesai zakat untuk tahun ini
putrideeha

Ubur-ubur Paling besar Di Dunia

Ubur-ubur Paling besar Di Dunia - Nomura adalah nama ubur-ubur Jepun dan tercatat yang terbesar di dunia. Ukurannya adalah 2 meter (6 kaki 7 inci) dan beratnya mencapai 220 kg, Nomura hidup terutama di perairan antara Cina dan Jepun. Ubur-ubur ini telah  melanda dan menyerang lautan Jepun dari tahun 2005 sampai sekarang.  Serangan yang tak sengaja dilakukan oleh makhluk seperti ini telah memberi masalah pada industri perikanan daerah serta mengganggu keseimbangan rantai makanan di laut. Jom lihat gambar seterusnya.. : )
blogepal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WOW!. KERUSI PINTAR KAWALAN MINDA BUATAN MALAYSIA!

GEORGETOWN 24 Nov. - Bolehkah manusia gerakkan benda dengan hanya menggunakan kuasa minda sepertimana dalam filem-filem sains fiksyen?

Perkara itu bakal menjadi realiti berikutan sekumpulan penyelidik Malaysia sedang giat membuktikan kehebatan sains dan teknologi untuk mengerakkan benda dengan kuasa minda sahaja.

Sekumpulan saintis dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu sedang membuat penyelidikan untuk merekacipta kerusi pintar khas bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) cacat anggota mengendalikan peralatan elektrik dengan menggunakan kuasa minda.

Ketua Penyelidik Bahagian Penyelidikan Sains Tingkahlaku dan Otak (BSBS) USM, Jahangir Kamaldin berkata, kerusi pintar itu akan dilengkapi teknologi electrooculogram (EOG) yang boleh menghubungkan minda manusia dengan peralatan elektrik di rumah.

"Teknologi EOG sama berfungsi seperti alat kawalan otak akan dipasang pada peralatan elektrik di rumah seperti peti televisyen, pendingin hawa dan suis lampu yang akan dihubungkan kepada kerusi pintar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SUMBER: BERNAMA

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin ( berdasarkan ayat Quran )


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.


Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


Juruterbang Terkunci dalam Tandas Pesawat


NEW YORK: Penerbangan pesawat Delta Airlines dari Carolina Utara ke New York kecoh seketika apabila juruterbangnya terkunci dalam tandas kira-kira 30 minit sebelum mendarat.
Media tempatan melaporkan, juruterbang terbabit bergegas masuk ke tandas selepas tidak dapat menahan dirinya membuang air sehingga selamat mendarat.
Insiden itu menjadi gempar apabila pembantu juruterbang menyangka berlaku rampasan pesawat selepas seorang penumpang “dalam loghat asing” meminta izin masuk ke kokpit.

Dia segera menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Selepas beberapa ketika, penumpang terbabit berjaya menyampaikan mesej mengenai keadaan juruterbang itu kepada pembantunya, sekali gus meredakan keadaan.
Tidak dapat dipastikan bagaimana juruterbang berkenaan selamat keluar dari tandas dan pesawat itu berjaya mendarat

uptomu

Azab Bagi Wanita ( Peringatan Azab Allah yg Amat2 Pedih ini )


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab :


“Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

• “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

• Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

• Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

• Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

• Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

• Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab,
• “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

• Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

• Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

• Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

• Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

• Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh melakukan solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

• Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

• Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
#### Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal
putrideeha

Dengar lagu sebelum tidur

            .


.....dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 sampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..

....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohii
m, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
loveislam

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi...

Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Maria tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu.

Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kash sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.


budakbotak

Pemandangan Luar Kawasan Istana Negara Jalan Duta












Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ini just nak kongsi dengan korang semua pasal foto! Foto Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tapi aku nak kongsi foto yang diambil di bahagian luar istana sebab aku rasa sangat menarik si Engineer tu main dengan landform kawasan tu. Mana yang kena retain, kenalah retain kan.

















Foto ni yang paling aku suka sebab tunjuk kawasan keseluruhan istana tersebut. Korang tengoklah, kawasan hijau kat keliling tu sebagai barrier & sebenarnya kan, pembangunan yang berlaku di sekeliling kawasan istana mestilah tidak boleh lebih tinggi daripada istana atas sebab-sebab keselamatan. Maksudnya, dalam radius yang telah ditetapkan (contoh 1km daripada kawasan istana), tak boleh ada bangunan yang lebih tinggi daripada bangunan istana. Jap lagi kang, ada pengganas yang cuba nak tembak orang-orang kat istana tu.
















Inilah pandangan dari udara kawasan Istana Negara yang dikelilingi oleh kesibukan Jalan Duta.














Tengok kat belakang istana tu, itulah kawasan apartment mewah yang aku raca macam cendawan lepas hujan. Kalau korang nak tengok view yang menarik kawasan apartmen tu, korang boleh tengok dari Plaza Tol Jalan Duta. Mesti anda teruja dengan pemandangannya walaupun just rumah sahaja. Tapi, bagi aku cantik (^__^)















mohdkhairi

Jumaat, 25 November 2011

Bagaimana Jika Sedang Memandu Tiba-tiba Ular Muncul di ...

Seni Pensil Kontot

Seni Pensel Kontot 


Siapa cakap seni hanya sekadar mencanteng pensel diatas kertas putih jer. Kini pensel juga boleh dijadikan bahan untuk berkarya. Sungguh kreatif dan menakjubkan, pelbagai ukiran dapat dilakukan pada hujung mata sebatang pensel kontot. Jom kita layan.




























v12gether

Kenderaan Baharu Teroka Marikh



Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan baharu sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh.


Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu di planet tersebut.

"Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin Vasavada.

Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada Ogos tahun depan.

Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh.

Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi dua meter.
manmala

KAPAL LAYAR PALING BESAR DIBINA DI DUNIA BERNILAI RM71 BILLION!!


Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich (gambar) membina sebuah kapal layar mewah berperisai yang lengkap dengan sistem radar pengesan peluru berpandu bagi memberi amaran awal sekiranya diserang oleh lanun atau pengganas.

Kapal sepanjang 167.64 meter itu dan bernilai lebih £200 juta (RM1.21 bilion) menjadi kapal layar paling besar pernah dibina.
Kapal layar yang dianggap sebagai kubu itu dibina secara rahsia di sebuah limbungan di Jerman yang sebelum ini pernah menjadi tempat pembinaan beberapa kapal perang ketika era Perang Dunia Kedua.

Kapal layar Abramovich, 41, yang memiliki kekayaan berjumlah £11.7 bilion (RM71 bilion) itu juga dilengkapi dengan tingkap kalis peluru dan plat berperisai.
Kapal yang dinamakan Eclipse itu juga dilengkapi tempat pendaratan helikopter berkembar dan mempunyai seramai 70 krew yang terdiri daripada bekas anggota pasukan tentera elit.
Sekiranya penceroboh berjaya juga menawan Eclipse, Abramovich dan teman wanitanya, Daria Zhukova, 26, boleh melarikan diri dengan sebuah kapal selam berwarna kuning yang mampu menyelam sedalam 48.76 meter
duniajunko

1001 KEBAIKAN MEMAKAN BUNGA TERATAI ATAU LOTUS!

Tumbuhan akuatik ini sangat unik. Tiada tumbuhan lain sepertinya. Hidup di dalam air, memekarkan kuntuman bunga yang indah, tetapi kebaikannya bukan sekadar menawarkan suasana romantik bagi pasangan bercinta. Atau simbol kepada kesucian atau digunakan dalam ritual keagamaan.

Ada yang lebih senang memanggilnya lotus dan ada pula yang menggelarnya teratai. Tetapi yang pasti apa jua panggilan anda untuk tumbuhan daripada famili nymphaeaceae, ia sebenarnya menawarkan khasiat perubatan dan kesihatan yang sangat besar.
Daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya mempunyai khasiat tersendiri. Tetapi bahagian rahsianya yang menawarkan khasiat yang lebih pelbagai terletak pada rizom atau ubinya.
Menurut Ong Hean Chooi dalam bukunya Vegetables for Health and Health, rizom segar lotus mengandungi 80 hingga 85 peratus air, 10 hingga 12 peratus karbohidrat, dua hingga tiga peratus protein, 0.5 hingga satu peratus fiber, asid askorbik, riboflavin, kalsium dan thiamine.
Walaupun teratai dikatakan berasal sama ada dari Timur Tengah atau India, yang jelas, kebaikan teratai menyebabkan populariti tumbuhan akuatik itu tersebar ke seluruh dunia. Orang Jepun dan Cina antara yang sudah sekian lama mengeksploitasi nikmat kesihatan teratai.
Buktinya dalam kebanyakan mereka terutamanya sup, teratai menjadi bahan utama. Malah, kini penggunaan ubi teratai itu dipelbagai termasukkan digoreng, diperap masam atau dijadikan tepung.

Dalam buku Vegetables for Health and Health juga menyatakan, daun teratai baik untuk merawat cirit-birit, pening dan demam manakala bunga teratai baik untuk merawar pendarahan dan impetigo (jangkitan kulit kerana bakteria). Tidak kurang menariknya bunga teratai juga didakwa baik untuk kaum lelaki kerana ia merawat ejakulasi pramatang.
Sementara itu, antara khasiat yang diberikan rizom teratai kepada tubuh termasuklah pendarahan usus, kolera, cirit birit, pendarahan hidung dan demam. Kemampuan teratai merawat beberapa penyakit itu dikaitakan dengan fungsinya yang menghilangkan panas dalam tubuh.
Menurut Dr. Setiawan Dalimartha, sifat khas pada teratai ialah menyejukkan tubuh. "Salah satu kegunaan biji dan rizom teratai ini ialah menghilangkan panas dalam tubuh. Tetapi pengambilannya tidaklah boleh terlalu berlebihan kerana ia tinggi dengan protein," kata Setiawan.
Mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji tertai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.
Mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.
Merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.
Merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu
duniajunko

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...