Selasa, 17 April 2012

Ucapan Tan Sri Kadiaq.Kupang,Baling,Kedah

Terbaru - Kerja2 Baik Pulih Sekitar Masjidil Haram...

 di dalam masjid
 

Antara Sebab Kenapa Mayat firaun Masih Terpelihara


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
 
 

Katak Yang Beraksi Seperti Bruce Lee

Katak ini mampu menendang dengan lompatan seperti Bruce Lee. Katak daun dengan mata berwarna merah ini mengangkat kaki kanannya seperti menendang, gambar ini diambil oleh jurugambar amatur Shikhei Goh yang berasal dari Pulau Batam di Indonesia.

 
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....






Antara 10 Batu Paling Seimbang Di Dunia


10. Balanced Rock Colorado



Sama seperti namanya, batu ini terletak di the Garden of Gods dekat Pike `s Peak di Colorado springs , Colorado.
 

Serban-Serban Rasulullah SAW


Pelindung Kepala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi sewaktu peperangan.



Ibunya Ditembak Oleh Tentera israel, Tembus Hingga Ke Janin.

Assalamualaikum,

Subhanallah.......kejamnya....tak dan nak keluar mai kat dunia ni lagi dah kena tembak.........


 
ROZISALEHIN
OPEN : Terkedu  dan sebak jiwa ini ........ lalu air mata ku turun melihat gambar ini.  LAKNAT kau israel

Kanak 2 China Menaiki Kabel Buatan Sendiri Merentasi Lembah Untuk ke Sekolah


Pergi ke sekolah pada masa yang tepat boleh menjadi sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi kanak-kanak ini mempunyai alasan yang wajar jika mereka lewat - mereka perlu menyeberangi lembah di dalam kereta kabel buatan sendiri hanya untuk sampai ke sekolah.

Mereka tinggal di kampung Decun di Provinsi Guizhou di barat daya China, dan bersedia untuk mengambil risiko setiap hari untuk menerima pendidikan mereka.

Pokok Gharqad @ Pokok Yahudi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar semua? semoga sihat sentiasa. hari ni  nak cerita tentang pokok gharqad. korunk tahu tak pokok apa ni? pernah dengar hadis Nabi s.a.w tentang kedatangan hari kiamat? sebelum hari kiamat berlaku, akan ada perang antara orang Islam dengan Yahudi yang diketuai oleh Dajjal.Ketika peperangan, Allah yang Maha Kuasa telah menjadikan semua tumbuhan dan pokok-pokok bercakap.  semua pokok akan membantu orang Islam dengan memberitahu kewujudan orang Yahudi yang bersembunyi dikawasan berdekatan atau belakang mereka (pokok).  CUMA.. ada satu pokok yang tidak akan bersuara dan membantu orang Yahudi dengan memberi perlindungan kepada mereka. 

 

Tips Menahan Diri Dari Memarahi Anak

 
Assalamualaikum...

Hai uolsss....bila start berblog nie memacam la aku nak share kat korang, mcm aku yang dah ade anak nie..tipu la kalu aku cakap aku tak pernah marah anak2 aku tu...kekadang kat umah tu suara aku tu dah sama macam suara tarzan...kekadang laki aku pun rimas..time aku ler dia rimas...time dia jerit...ngalahkan aku..hehehe...



Isnin, 16 April 2012

Pokok Di Temui Dalam Paru- Paru

IZHEVSK, Rusia – Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Zahra – Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais

Zahra - Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais 

DARI padang pasir Rub al Khali ke puncak yang diselubungi salji di Dolomites di Utara Itali, gadis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Zahra Lari telah mencipta sejarah dalam sukan luncur ais berbunga pada minggu ini.

Gadis berusia 17 tahun itu bukan sahaja menjadi peluncur ais berbunga (figure skating) pertama dari rantau teluk itu yang bertanding dalam pertandingan antarabangsa tetapi juga yang pertama melakukannya dengan memakai tudung.


10 Sungai Terpanjang Di Dunia


Mungkin anda sekalian sering melihat senarai ini di dalam buku-buku. Jadi mungkin sudah ramai yang tahu. Tapi sekadar untuk mengingatkan semula senarai sungai-sungai terpanjang dunia. Berikut ini saya senaraikan 10 Sungai terpanjang di dunia. Semoga kita dapat hayati bersama keindahan dan kebesar Allah swt ini.
10. Sungai Zaire / Sungai Congo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya bermula dari jalur pertemuan sungai Lualap dan Sungai Luapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 batu.

FHI - Khasiat Watercress Atau Selada Air Anti Kanser

 
Watercress hijau dan Watercress Merah sama khasiatnya
Assalamualaikum guys... Percaya atau tidak daun watercress atau selada air ini adalah anti kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat. khasiat watercress sangat tinggi serta sumber vitamin yang terbaik kandungan B1, B2, B6, C, E, dan Karotena. Selain itu watercress mempunyai sumber kalsium yang baik, serat besi dan tembaga. Disini aku kongsikan serba sedikit kebaikan dan khasiat memakan daun watercress.
KHASIAT WATERCRESS ATAU SELADA AIR
 

Tips Memilih Barang Mainan Untuk Bayi

Kali ini PCB nak memberi tips berkaitan parenting (keibubapaan). Isu yang dibangkitkan ialah tips untuk memilih barang mainan untuk bayi. Mainan merupakan elemen penting dalam meningkatkan minda dan fizikal bayi. Di pasaran kini terdapat banyak jenis mainan yang sangat sesuai untuk bayi. Namun begitu, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam memilih mainan untuk bayi.


Kali ini, PCB akan memberikan beberapa tips untuk memilih barang mainan yang sesuai untuk bayi.


 


Muzium seni Islam Doha, Qatar

Muzium  Seni  Islam di Doha, Qatar. kalau tengok senibinanya, memang cantik. kebersihan pun terjaga. ianya mula beroperasi semenjak 2008 dan kini menempatkan lebih 800 artifak seni islam dari pelbagai benua. Direka oleh jurubina terkenal I M Pei dan rekabentuknya diinspirasikan oleh sebuah pancuran wudu kurun ke 13 yang dipanggil "Sabil". Muzium ini sebesar hampir 400 000 kaki persegi dan dibuka 7 hari seminggu. Kalau anda ke Qatar silalah melawat Muzium Seni Islam ini.

Jom tengok.


Ketahui Rahsia Dan Khasiat Ayat- Ayat dalam Al Quran


1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

 

Ahad, 15 April 2012

Cabaran Islam Menghadapi Tentangan Di Korea


Demi menunjukkan jati diri sebagai muslim, komuniti Muslim di Korea Selatan sedang Berjuang untuk mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh pihak media.

"Ada sinar Islam yang sebenarnya, tetapi tidak terlihat di media," kata Shariq Saeed,penduduk yang telah  sembilan tahun menetap di Seoul dari Pakistan, mengatakan pada Korea Times Umat, 13 April.

Wow, Pelangi Berwarna Putih

Ini merupakan kejadian yang jarang berlaku dan amat mengagumkan, di mana sebuah pelangi berwarna putih menghiasi langit di Kutub Utara. Fenomena yang amat aneh ini dikenali sebagai lengkungan kabus, dan berjaya dirakam oleh Sam Dobson dalam ekspedisi terbarunya ke Kutub Utara.

 
 

Lukisan Makanan Yang Tampak Seperti Nyata - Sangat Hebat

1




FHI - Khasiat Dan Kelebihan Daging Kambing

Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaik!
 
Kelebihan Daging Kambing
 
 

 
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.



Cara Mengubati Penyakit Malas Menurut Islam

Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude negatif yang wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).


UNDANG-UNDANG PELIK DARI SELURUH DUNIA

LAW

1.Anda tidak dibenarkan mati di Houses of Parliament, London

2. Mengepam tandas selepas pukul 10 pm untuk orang yang tinggal di sebuah apartmen adalah salah di sisi undang-undang di Switzerland

3. Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil dimana-mana dia mahu, termasuk jika diminta, dalam topi seorang anggota polis


Subhanallah.. Wahai Ibu Dan Ayah Sekalian, Dengarlah.

saya mengambil kata-kata ini dari page Dr Muhaya di FB.

Hati saya tersentuh. aduhaiii..

Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun.





Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
 

Sabtu, 14 April 2012

Pelbagai Koleksi Bunga Kaktus Yang Cantik Dan Indah

 
 

Koleksi Motorsikal Perang Dunia Ke 2

Berikut dibawah ini adalah motorsikal yang digunakan pada perang dunia kedua di seluruh dunia merupakan antara pengangkutan penting pada perang tersebut, selain kereta kebal, kapal dan kapal terbang.


The Second World War Motorcycles Seen On www.coolpicturegallery.net
German
 

Kenali - Burung Beracun di Dunia

Bismillahirahmanirahim  dan Assalammualaikum w.b.t


Hati-hati ya kawan-kawan kalau nak tangkap burung.  pastikan dan kenal asal-usul burung tersebut. takut ada yang beracun. kita selama ni mana pernah tahu burung pon beracun kan? okay,mari kenali burung itu......
Hooded Pitohui

Wajah Budak Rosak Teruk Akibat Kemalangan

Wang Xiaopeng mempunyai wajah yang hampir hilang sifat selepas kemalangan ngeri dua tahun lalu.

Kejadian ini berlaku apabila dia menyalakan timbunan jerami jagung dengan rokok - dan kebakaran menakutkan berlaku dengan cepat di luar kawalan.


10 Produk Yang Terbuat Daripada Kokain Morfin Dan Heroin

 1. Ubat Sakit Gigi
 
 
Obat sakit gigi titis Cocaine ini (1885) dulunya popular untuk kanak-kanak.Tidak hanya dapat menyembuhkan sakitnya,tapi juga membuat mood penggunanya menjadi lebih baik.
 

FHI - Sakit Kepala Teruk

SAKIT... kerap sakit kepala antara simptom awal barah otak

PERNAHKAH anda berasa sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa? Jika ya anda harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia mungkin antara gejala awal barah otak.
Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  
Menurut Perunding Pakar Bedah Otak Stereotaktik Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic, Dr Chee Chee Pin, terdapat dua jenis barah yang diklasifikasikan sebagai Tumor Benigna dan Tumor Malignan.

Negara Negara Yang Tidak Pernah Dijajah






1. Thailand

Asal mula Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang didirikan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang didirikan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar dibandingkan Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh Tiongkok dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropa dimulai pada abad ke-16 namun meskipun mengalami tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropa, meski pengaruh Barat, termasuk ancaman kekerasan, mengakibatkan berbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi pedagang-pedagang Britania.

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

 

Senyum Satu Sedekah


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.
 

Adab Bersin Tambah Rahmat & Elak Penyakit


Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.


Jumaat, 13 April 2012

Gambar2: Fenomena Halo.. Yang Terjadi Di Ibu Negeri Kedah Darul Aman Tengah Hari Kelmarin..



http://speakerpecah.blogspot.com


ALOR SETAR -  Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Ia yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.
 
 

Percetakan AL-QURAN Di Madinah Dengan Teknologi Canggih

Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibangun untuk menjaga kemurnian kitab suci Alquran. Dengan pekerja berjumlah 1.700 orang, setiap tahunnya, percetakan mampu mencetak 10 juta Alquran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset.

GB

Soalan Sukar – 98% Orang Di Dunia Tak Dapat Jawab?

Soalan ni sebenarnya dah lama dan mungkin ramai yang dah tahu agaknya, tapi takpalah apa kata kita berkongsi soalan ni..


Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Solat Dalam Air

Inilah gambar2 yang menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi.....


Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah dasar lautan selama 4-5 jam sehari. sekiranya pada waktu tersebut masuknya wakttu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam jer... serius ni!!! sebab kalau nak keluar ke permukaan dulu, tikur2 baju sangat tak sempat.. dah laa nak tenggelam timbul pun makan mana... jadi memang mereka digalakkan terus jer bersolat di situ.. ada tatatertibnya.... 

Tak salah taw! Lagi digalakkan... Sebab hanya solatlah yang membezakan antara umat Islam dan bukan islam...

FHI - Proses Kejadian Manusia Peringkat Demi Peringkat

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.
 Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2 :
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

Saat-saat Terakhir Rasulullah SAW

 

 Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.

Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:

"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggalkan dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
khalifah

Inilah 7 Pedang Milik Nabi Muhammad S.A.W

Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah menyebarkan agama islam dan berperang di jalan Allah melawan kaum kafir. Jumlah keseluruhan pedang yang pernah digunakan adalah 7 pedang.
 
1. Pedang Al Ma’thur

 
 

Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para PELACUR

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?”
Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.


Khamis, 12 April 2012

Check List Diari Seorang Muslim

Assalamualaikum....

Sebelum apa-apa akak nak ucapkan terima kasih  pada yang sudi singgah blog akak ni.
Oklah..hari akak nak ajak you alls semua menyemak diari harian kita sebagai seorang muslim.  Ok..jom kita renungkanlah dahulu diri seikhlasnya dan berusahalah agar hari esok akan lebih baik dari hari ini.


10 Taman Paling Unik Di Dunia

Alam selalu menjadi sumber terbaik dari energi dan kesegaran. Taman ini adalah tempat yang sempurna untuk mengagumi alam dalam segala kemuliaan dan akal manusia! Warna, aroma dan desain yang dekat dengan surga sebagai bayangan manusia.

Taman adalah tempat yang damai, kudus dan keindahan. Semua berjalan melalui taman dengan kekasih membangkitkan perasaan asmara yang menyenangkan. Berjalan sendiri juga dapat membantu Anda membersihkan pikiran Anda. Langit biru jernih, ladang hijau lembut dan perlengkapan bunga-bunga indah membuat Anda merasa seolah-olah hidup yang di surga.

Air Laut Di Pulau Phuket Dan Batu Ferenggi Surut,Mungkinkah Tsunami Bakal Berlaku?

Assalamualaikum dan salam blogger,

kalau anda ingat,sebelum berlaku tsunami besar yang melanda beberapa negara pada 26/12/2004 dulu air laut mula menyusut dengan kadar yang besar dan sekarang di katakan air laut di pulau phuket dan juga Batu Ferenggi pulau pinang sedang mengalami situasi yang sama.

Lihat gambar dibawah.

-Petikan dari mutaligat.blogspot


Masjid Baiturrahman Jadi Tumpuan Selamatkan Diri Oleh Warga Aceh.

Gempa 8.5 SR yang melanda Aceh membuat warga di Bumi Serambi Makkah itu panik. Di pusat Kota Banda Aceh, sejumlah warga tampak berbondong-bondong menuju Masjid Raya Baiturrahman, Rabu (11/4).

Warga tampak berdesakan masuk ke pintu utama masjid yang dulunya adalah bagian Kesultanan Aceh ini. Beberapa warga yang sudah masuk ke dalam masjid juga tampak menangis. Beberapa ada juga yang sudah naik ke jendela masjid.


Binatang Yang Mengeluarkan Cahaya Sendiri

Sungguh Indah Maha karya Tuhan. Dibawah ini  beberapa jenis binatang yang mengeluarkan cahaya sendiri

1. Kunang-kunang
 

Kisah Pengajaran - Abdullah DeLancey Hampir-Hampir Menjadi Paderi

Abdullah DeLancey
 



Kerana mempunyai sifat terlalu ingin mendalami ilmu agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian untuk menjadi seorang paderi terbantut dan tidak kesampaian. 
 

8 Makanan yang Mengandung Kafein Selain Kopi

kopi babi
Kebanyakan orang berfikir bahwa hanya kopi saja yang mengandung kafein. Ternyata hal itu salah. kali ini disenaraikan 8 Makanan yang Mengandung Kafein Selain Kopi. Orang yang terlalu banyak bekerja dan kurang tidur dapat menggunakan kafein sebagai penopang energi. 250 miligram kafein per hari dapat membuat otak tetap terjaga, meningkatkan konsentrasi dan mengurangi stres.


Resepi: Ayam Celup Tepung

Resepi: Ayam Celup Tepung Mudah dan Ringkas

 

FHI - Jabal Uhud Membentuk Kalimah ‘Muhammad’..

Antara tempat paling utama dalam sirah nabawi adalah Jabah Uhud. Saban hari, ia sentiasa dikunjungi jemaah haji mahupun umrah. Bukit yang berada di Madinah ini merakamkan beberapa peristiwa penting sepanjang 23 tahun Rasulullah saw menjadi Rasul. Antara yang paling diingati sudah tentu peristiwa Peperangan Uhud. Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk. Perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim.

Tips - Perbezaan Ikan Keli Yang Halal Dan Haram

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal. Berguna kepada kita sebagai orang Islam .


Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia



Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Alhamdulillah: Tiada Tsunami – Semua Negara Menarik Balik Amaran

Menjelang tengah malam ini, kesemua negara yang terletak dalam zon risiko dilanda tsunami berikutan gempa di Utara Sumatera dan Aceh petang tadi menarik balik amaran bencana berkenaan.
 
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan situasi cemas petang tadi berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh .

Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran pada pukul 10 malam tadi.


Kewajipan Umat Islam


Tiada alasan... sebagai seorang mukmim.........

 
 
OPEN : Janganlah jadikan asalan sebagai punca kita malas melakukan solat. Satu contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada anak-anak untuk  dijadikan panduan kewipan menunaikan solat dalam kehidupan  seharian kitakita

Rabu, 11 April 2012

Jenis Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)

Kebergantungan masyarakat dunia pada bahan api fosil seperti minyak dan gas banyak mempengaruhi ekosistem bumi kita,kebanyakannya negatif dan mengakibatkan kesan yang buruk kepada hidupan. Ini semua menyebabkan negara2 mula sedar kepentingan tenaga yang boleh diperbaharui yakni lebih bersih dan selamat.Di Malaysia tenaga kitar semula yang utama digunakan adalah tenaga hidroelektrik namun tenaga yang terhasil adalah rendah berbanding arang batu dan gas.

 
 

Super Cantik: Tasik air biru Band-e-Amir di Afganistan


Subhanallah. More pix after le jump.


Saat Burung Menangkap Ikan...

Definitely antara gambar kegemaran ......amazing pictures...burung di bawah ini dikenali sebagai kingfishers, tinggal di habitat berdekatan tanah lembab wetland. Hidup dengan memburu ikan-ikan di sungai. Bayangkan betapa 'sharp' nya lens mata burung ini sehingga mampu fokus ke dalam air melalui hanya satu lubang kecil di permukaan sungai yang beku, dan dengan accuratenya menyambar beberapa ekor ikan. Menakjubkan...


 
 

Seni Ukiran Buah Labu

Ukiran pada buah buahan atau sayur sayuran merupakan perkara biasa dan selalu dilihat terutamanya di Hotel atau Restoran bertaraf 5 bintang.

Apa yang luar biasa pada ukiran ukiran dibawah ini adalah, ianya diukir membentuk eksperesi wajah manusia dan makhluk yang menakutkan. Mesti susah nak ukir sampai jadi macamtu.. :)


                                                                 JOM LAYAN

 
 

Lima Festival Bunga Terbaik Di Dunia

. Keukenhof, Lisse, Belanda

Taman yang terletak di Kota Lisse, Belanda, ini merupakan taman bunga tulip terbesar dunia, dengan lebih dari 4,5 juta bunga tulip menutupi area taman seluas 32 hektar. Setidaknya 100 jenis tulip mekar di taman ini. Untuk melihat indahnya taman ini ketika bunga tulip mekar, dan waktu yang terbaik adalah pada 22 Maret hingga 20 Mei. Selain itu di sana terdapat juga Pawai bunga tahunan akan diselenggarakan pada 21 April, mulai dari Noordiwijk ke Haarlem (di luar Keukenhof) dan akan melewati Keukenhof di sore hari. Pengunjung diperbolehkan kembali masuk ke taman setelah parade bunga pada hari itu.

Spoiler for Gallery Pict:
 

Daulat, Tuanku!

Upacara pertabalan  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan  Agong telah selamat disempurnakan. Sembah Tahniah dari kami OPEN  anak jati kedah untuk tunku........ Daulat Tuanku


                                               "Raja dan Rakyat, Berpisah Tiada

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...