Bill Gates
Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut - nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu.

Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).

Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini.