Selasa, 30 April 2013

Kembalilah Kepada Allah



Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus" 
 
 

Kisah Puteri Rasullulah Saw Dengan Buah Delima.




Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
 
“Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya.
 
 

Koleksi Kasut-Kasut Unik

Ade sape-sape nak pakai?

Kalau Lady Gaga Malaysia Didie Alias tengok ni mesti dia akan pakai rekaan pelik-pelik ni. Aku tak tau la memang ade wujud atau sekadar rekaan je kasut-kasut tu semua. Korang layan je lah.
  
 
 
 

Kos Untuk Menjadi Seorang Iron Man!

 
 
Ade sape yang teringin nak jadik Ironman? Ha, ingat senang ke, korang kena jadik jutawan dulu baru boleh tau. Jangan bermimpi di siang hari ok? Kepada yang tak tengok lagi Ironman, aku bagi 9/10 rating untuk movie ni. Perghhh.. bunyik macam awesome kan? Ha, kena tengok dulu baru tau, memang epic. Kalau nak tahu berapa kos nak jadik Ironman ni, sila lihat infografik dibawah. 
 
 

Ketahui 7 Personaliti Seorang Wanita Menerusi Cara Berjalannya...!!!

Info ini adam peroleh dari sebuah portal informasi. sejauh mana kebenaranya adam sendiri tidak pasti, bagaimana pula yang anda rasa? kongsikan bersama kami di sini

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
 
 

Kreatif : Gambar Lesen Memandu Paling Unik

Pemandu Paling Kreatif
Lelaki ini cuba membuat sedikit pembaharuan pada gambar lesen memandu, jadi tengok apa yang dia buat. 

  




Kecantikan Burung Setanding Keistimewaannya

Kita kenali dan nikmati kecantikan makhluk Allah yang menarik ini. Relaks Minda anda dan nikmati kecantikan burung-burung yang pelbagai warna dan rupa... Haiwan yang boleh terbang ini mempunyai kecantikan bulu yang cukup menawan. Disamping kita menikmati keindahannya, ketahuilah jua keistimewaan haiwan yang bernama burung ini.
kecantikan burung
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.
 
 

20 Perkara yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”…Betul kan?


 Anak..Permata hati ibu dan ayah

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
 
 

Petua - Mengatasi Bekas Jerawat Dengan Baking Soda?

Mengatasi bekas jerawat sebenarnya mudah, cukup mengambil dari bahan-bahan alami di sekitar kita. Namun, ada beberapa hal yang harus diperhatikan dalam mengatasi jerawat, iaitu tekstur kulit akibat bekas jerawat dan warna kulit yang berbeza.
 

Untuk memperbaiki sel kulit yang luka akibat munculnya jerawat, diperlukan perawatan eksfoliasi [pengelupasan] rutin untuk mengangkat sel kulit mati. Namun, yang perlu diperhatikan, jangan terlalu kerap menggunakan scrub secara ekstrem. 
 
 

Penemuan Baru Mengejutkan, Dari Bahagian Pesawat Yang Melanggar Bangunan World Trade Centre

Pihak polis New York mengesahkan, telah menemui potongan logam yang disyaki bahagian roda pendaratan pesawat yang melanggar bangunan World Trade Center pada 11 September 2001. Potongan logam itu ditemukan secara tidak sengaja oleh sepasukan juruukur pada Rabu (24/04) di celah dua bangunan bertingkat di New York. Pada potongan logam yang berukuran sekitar 1.52 meter itu terdapat tulisan Boeing serta nombor sirinya, kata polis. "Ini adalah bukti kongkrit dari aksi teroris yang mengerikan, satu setengah blok dari tempat kita berdiri sekarang," kata Ketua Polis New York, Ray Kelly, kepada wartawan, di dekat lokasi penemuan. "Penemuan potongan pesawat ini membawa kembali kenangan buruk kepada siapa saja yang ada di sini, yang terlibat dalam peristiwa itu."
 
 

Sampaikanlah kebenaran

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi s.a.w bersabda: 


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً


Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 


Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan sifat ego dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
 


Lagenda pengusti Jepun yang pernah berlawan dengan peninju Muhammad Ali masuk Islam

 

Ahli gusti ini pernah bertanding dengan Juara Tinju dunia Muhammad Ali, dengan berakhir seri atau berimbang, Inoki terkena 1 hook dari Ali, dan Ali juga sekali dihumban oleh Inoki, dalam pertandingan 15 pusingan.
 
 

Muhasabah - Antara Sebab Hati Tidak Bahagia

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak ada dalam diri manusia



Isnin, 29 April 2013

Mengapa Kita Mengigau?

Bila kali terakhir anda mengigau? hehe. Kenit jarang mengigau tapi mak cakap masa Kenit kecik2 dulu Kenit  kerap gak mengigau. Tu pasal la tiap kali nak tido mak cakap, "Nim, nak tido gi basuh kaki tu dulu...kang mengigau kang". Dengan penuh kemalasan dek kemengantukan Kenit pun 'merangkak' la gi basuh kaki hehe. Tapi, kadang2.....alaaaaaaa ngantukkkkkk! gedebush krohhhh krohhhhh muahaha~


gambar hiasan




 

[KISAH BENAR] Kisah Sheikh Sudais dan Budak Perempuan Algeria!

Tidak terlintas dalam fikiran seorang ibu dari Algeria untuk menghubungi At-Tarbawi, Dr Mohammaed Ast-Thanwiyy hos rancangan mingguan di tv bahawa dia ingin memenuhi impian anak perempuannya. Beliau menghubungi hanya  untuk menceritakan masalah anaknya kepada doktor terbabit agar mendapat pendapat dan nasihatnya untuk membimbing beliau.
 
Beliau berkata, "Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 8 tahun. Dia peminat Sheikh Sudais (Imam besar Masjidil Haram dan Nabawi) dia meniru cara bacaan beliau dan pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan di Algeria dengan meniru cara bacaan Sheikh Sudais Surah Al-Qiyama.
 
 

Motosikal Perang Dunia KE 2

WelBike adalah Motorsikal jenis Single Seater buatan British yang digunakan ketika Perang Dunia ke 2, WelBike merupakan Motorsikal terkecil yang pernah digunakan oleh British Armed Forces.Dikirim ke Medan Perang dengan cara dijatuhkan melalui Kapal Terbang Pengangkut Perang.
 
 
 

Gambar - Gambar Jambatan Terpanjang Di Dunia

10. Seven-Mile Bridge, Panjang 10,887 meter menghubungkan antara Teluk Mexico dengan daratan di Florida Amerika Syarikat

  

Lif-lif Ini Paling Pelik Di Dunia!

Kalau time lif rosak, memang 'bernanah' jiwa ni hehe. Nak 'mendaki' tangga sampai ke tingkat lapan cukup menyeksakan apatah lagi kalu tengah membawa barang! Tu kalau duduk tingkat 8, kalau duduk tingkat 17??? 

Lif rosak takpa lagi...tapi kalau KITA yang terperangkap dalam lif rosak tu acaner tu?

Tekan butang 8, lif naik smooth je, tetiba lif berhenti....pintu tak buka....tekan2 butang buka pintu tak buka2, lampu terpadam....jantung dap dup dap dup...oksigen tak cukup! What to do??? Aiyaaaa scary hoh?? Kenit dah kena..Kenit tau la hehe.

La ni Kenit nak tunjuk antara lif-lif paling pelik di dunia. Sanggup tak korang naik, dan kalau lif tetiba berhenti buat hal, korang nak buat acaner?hehehe.



Negara Paling Rendah di Dunia Dengan Puncak Tertinggi Hanya 2.3 Meter

Republik Maldives adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada kumpulan atol (suatu pulau karang yang mengelilingi sebuah lagun) di Lautan Hindi. Maldives terletak di sebelah selatan-barat daya India, sekitar 700 km sebelah barat daya Sri Lanka. Negara ini memiliki 26 atol yang terbahagi kepada 20 atol administratif dan 1 pusat bandar.

 Male', Ibunegara Republik Maldives
 
 
 

Tahukah Anda Bahayanya Jika Lipas Dibunuh

                                   
Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati KERANA isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.


10 Sebab Menderma Darah

01. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 
 
 

Jenis-Jenis Bunga Sakura

Bunga Sakura adalah bunga yang paling banyak dijumpai di Jepun sekaligus menjadi bunga kebangsaannya. Asal-usul perkataan “sakura” adalah kata “saku” (bermaksud “mekar”) ditambah akhiran yang menyatakan bentuk jamak “ra”. Dalam bahasa Inggris, bunga sakura disebut cherry blossoms.    


 
 
 

Menjaga Iman



Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap Mukmin untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut.


1. Menuntut Ilmu.

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan di dalam perjalanan hidup untuk Hari Kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan. Imam Al-Ghazali menyatakan:


Janganlah Mencemuh dan Merendah-rendahkankan Orang Lain.KENAPA??

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.



Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.



Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.


Alhamdulillah,pada posting kali ini saya akan menulis tentang tanda-tanda seseorang itu takutkan atau dengan maksud yang lebih mudah taqwa pada Allah S.W.T.

perkara-perkara ini harus disemak dalam diri kita sendiri dan ummat islam keseluruhan khusunya.dan di sini saya ingin menyatakan saya pun masih di dalam proses pembelajaran dan pembaikan diri.saya bukanlah orang yang alim dan ahlinya di dalam ilmu agama Allah S.W.T ini,tetapi saya belajar dari mereka dan mengambil rujukan dari mereka,yakni para pewaris Nabi,iaitu para ulama-e-kiraam.semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.wallahu`alam.


Ketahui 5 NIKMAT BERJEMAAH

Jemaah khusus yang mempunyai organisasi, sistem serta manhaj perjuangan yang tersendiri itu hanya bersifat lokal.  Apa-apa dan di mana-mana sahaja jemaah lokal itu bertapak, semuanya bernaung di bawah prinsip jemaah global umat Islam.

nikmatnya-berjemaah 

Di antara nikmat berjemaah adalah seperti berikut:


Ahad, 28 April 2013

Gerhana Bulan Separa Dan Planet Zuhal 26 April 2013 Di Malaysia

Admin ingin kongsi gambar-gambar Gerhana Bulan Separa Dan Planet Zuhal yang berlaku pada 26 April 2013.

Beberapa lokasi telah dipilih antara oleh pihak Angkasa Malaysia ialah Planetarium Negara, Langkawi National Observatory dan di Hin Hua High School, Klang.
Tetapi keadaan agak tidak baik kerana faktor cuaca.
Begitu juga di Planetarium Negara Kuala Lumpur…agak kurang bernasib baik untuk menyaksikan gerhana…TERIMA KASIH semua warga yang terlibat….suksess…..
Gambar Gerhana Bulan Separa Dan Planet Zuhal 26 April 2013 Di Malaysia
 

Photobomb Days - Gambar Yang Mempesonakan

Tiba-tiba banyak lak idea yang nak buat untuk blog ni..hehe..nak berkongsi dengan pembaca gambar-gambar yang menarik..kalau kita yang tangkap gambar ni memang lain jadinya..hehe..boleh buat jadi wallpaper lagi..

Glacial Waterfalls by Keenpress Photography
 
 

7 gunung tertinggi di dunia

Aku nak share sikit info pasal 7 gunung tertinggi di dunia... Aku tahu korang mesti dah alah dengan benda ni tapi aku share je, nak simpan dalam blog ini kot2... Kewujudan gunung-gunung tertinggi ini merupakan bukti kebesaran Allah yang tidak terhingga. Dia sangat luar biasa dan manusia harus menghormati Dia selama-lamanya.

1. Gunung Everest - Gunung Tertinggi di Dunia

Everest ialah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian yang mencecah 8,850m. Gunung ini terletak banjaran Himalaya, di sempadan Nepal dan Tibet. Sherpa Nepal adalah kelompok etnik yang tinggal di pergunungan itu dan bekerja sebagai pemandu serta penunjuk arah bagi para pendaki. Dua pendaki yang paling terkenal di dunia ialah Edmund Hillary (Selandia Baru) dan Tenzing Norgay (Sherpa). Mereka adalah orang pertama mencapai puncak Everest pada tahun 1953.


Pelantar Minyak Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia..

Troll platform adalah satu platform gas luar pesisir semula jadi dalam bidang gas di luar pantai barat Norway. Pada 1.2 juta tan ballasted , 472 meter tinggi, dengan struktur konkrit dalam air di 369 meter, dan berat kering 656,000 tan, Troll platform adalah sebahagian reka bentuk hebat dalam pembinaan. Bukan sahaja Troll A antara projek kejuruteraan terbesar dan paling kompleks dalam sejarah, ia merupakan objek terbesar yang pernah digerakkan oleh manusia di seluruh permukaan bumi. Platform ini adalah sensasi televisyen apabila ia ditarik ke Laut Utara pada tahun 1996, di mana ia kini dikendalikan oleh Statoil.
 
 

Bahasa Paling Ramai Penutur

01. Mandarin
Anggaranpengguna: 1.4 bilion
Digunakan sebagai bahasa komunikasi harian utama oleh semua suku kaum cina.
 
 

Seni Di Atas Pinggan

Hong Yi, berasal dari Malaysia dan kini tinggal dan berkerja di Australia. Dia telah menghasilkan banyak seni kreatif diatas pinggan daripada bahan makanan termasuklah sayur-sayuran dan banyak lagi.


 
 
 

Masjid Pertama Direka Bentuk Oleh Wanita..

Zeynep Fadillioglu, interior designer terkenal di peringkat antarabangsa, adalah wanita pertama yang pernah mereka bentuk sebuah masjid di Turki. Terletak di Istanbul, Masjid Sakirin adalah benar-benar cantik. Ia mempunyai keseimbangan yang sempurna antara masa lalu dan masa kini, di antara timur dan barat, terutama lampu yang begitu indah sekali ' Fadillioglu' .Seorang wanita boleh menawarkan pengalaman yang berbeza dan lebih estetika menyenangkan:
 
 

Teka-Teki Menguji Minda

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais


Daging BlackPepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni cuaca sgt memuaskan. DJ masak malam Ahad lepas. Barulah sempat nak tayang. Masakan ni sgt sedap dan mmg dah menjadi salah satu makanan favorite DJ. Sesiapa yang belum pernah makan stail gini, sila2lah cuba resepinya yer. Ini adalah salah satu resepi mengikut versi DJ. Banyak lagi versi lain dlm internet ni kalau rajin meng'google'. Jom layannnn!
 
 

Kebesaran Allah - Bentuk-bentuk Pulau Yang Unik dan Pelik


Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandung hikmah. Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 3,;

Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka persekutukan
 Mari kita lihat 13 buah pulau yang yang berbentuk pelik dan unik di seluruh dunia …. Subhanallah!
 
 

Cara-Cara Mendapatkan CINTA ALLAH!

Cinta Allah
Berikut adalah cara-cara mendapatkan CINTA ALLAH!

Pertama, membaca Al-Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini boleh dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku.


Keluar seekor binatang besar dari neraka mencari 5 orang yang.....

Di hari kiamat, akan keluar seekor binatang dari neraka jahannam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya; "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab; "Aku mahu mencari 5 orang:

• Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
• Kedua, orang yang tidak mahu membayar zakat.
• Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
• Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
• Kelima, orang yang suka minum arak."
detikislam

Buah Ketaqwaan

The fruits of Taqwa.
(Nata’ij Taqwa/Buah ketaqwaan)

Manusia adalah makhluk yang mulia kerana Allah telah memuliakannya dan memberikan kelebihan kepadanya. Untuk menjaga kemuliaan itu, Allah memerintahkan agar manusia hanya beribadah kepadaNya.
Manusia yang sentiasa beribadah, ia akan menjadi orang yang bertaqwa. Kemuliaan berkadar terus dengan ketaqwaan, semakin tinggi ketaqwaan seseorang maka semakin besar kemuliaannya.

‘Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling taqwa.”
Al-Hujurat:13
Di antara kelebihan yang hanya diberikan kepada mereka yang bertaqwa itu adalah:


Buktikan kesyukuran kepada ALLAH SWT


Pada zaman Sayyidina Umar Al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:
 
"Ya ALLAH! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"
 
Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:
 
 

Sabtu, 27 April 2013

Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumbernya Menurut Islam

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN SUMBERNYA MENURUT ISLAM
1. Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)


Enaknya Buah Markisa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan
Pohon markisa di depan rumah

Tanda cinta dan kasih zauj, cinta yang mendalam terhadap tumbuhan, kali ini zauj menanam pohon markisa untuk ummi.Depan belakang rumah ummi dihiasi dengan pohon markisa. Di depan rumah pohon markisa tumbuh di luar pagar dan memanjat tiang dan menjalar ke pargola. Di belakang, pohon markisa tumbuh di dalam petak yang berisi tanah dan mejalar memanjat kayu yang disediakan dan tinggi mencapai pagar besi hingga ke wayar telefon.



AMALAN PELINDUNG DIRI

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengahasihani. 


Kala papan kekunci ini diketuk, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Saya memasang niat mahu menulis sehingga jam 1.30 pagi. Tidak akan saya lebihkan lagi, esok saya perlu mengembara melihat alam. Seawal pagi sudah perlu bersiap dan semuanya perlu diatur dengan rapi supaya setiap minit dapat digunakan dengan semaksima mungkin. Dua tiga hari yang lepas, saya mendapat mesej pesanan ringkas daripada salah seorang pelajar. Mesejnya berbunyi “Salam ustazah, maaf menggangu malam-malam. Saya nak tanya, ada tak ayat al-Quran untuk mengelakkan kena pukau?” 


Jumaat, 26 April 2013

JANGAN MENGELUH

* Memang kita semua selalu mengeluh tanpa sedar semua yg Allah takdirkan itu 
adalah yang terbaik untuk kita... Hanya Dia yg lebih mengetahui...



Assalamualaikum………. 

Ya Allah ! bukalah hikmahmu dan turunkan lah rahmat daripada khazanahmu itu kepada kami, 
Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . amin.. 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN? 

 

QURAN MENJAWAB 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216 



9 Kelebihan Kota Suci Madinah




Banyak hadis Rasullulah saw yang menyebut tentang kelebihan Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larang-larang daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadis mengenai serta beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua. 
 
 

Penjara Yang Mewah Untuk Pengganas Di Arab Saudi

Pengganas yang ditangkap di Arab Saudi akan ditempatkan di sebuah pusat mewah yang meliputi spa dan juga pusat kaunseling untuk memastikan mereka tidak lagi menjadi ekstremis. Di dalam pusat ini, pengganas boleh menikmati kemudahan seperti kolam renang, gym, sauna serta pusat hiburan.
  
 
 

Serius Klasik - Convair R3Y Tradewinds : Pesawat Amfibia Pengangkut Kereta Kebal

Marines!

Pertempuran D-Day di persisiran pantai Normandy Perancis ialah antara hari paling bersejarah ketika Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan titik tolak kekalahan askar Nazi Jerman di tangan tentera berikat. Ratusan ribu askar dan senjata milik tentera berikat mendarat di Perancis menggunakan kenderaan amfibia. Usai Perang Dunia Kedua, pegawai tertinggi kor Marin Amerika Syarikat merasakan mereka perlu mempunyai pesawat amfibia yang mampu mengangkut askar dan senjata mereka terus ke medan perang. 


 Convair R3y Tradewinds dibina bagi memenuhi keperluan mereka pada tahun 1946. Empat buah enjin turnoprop dengan 1500 kuasa kuda digunakan dan setiap satunya memutarkan 6 bilah kipas. Ia mampu terbang sepantas 624 kilometer sejam dengan muatan kargo maksimum 33 tan ataupun 80 orang penumpang. Sebanyak 13 buah pesawat ini dibina dan digunakan sehingga 1956 bagi tujuan pengangkutan kargo.


Boyfriend Yang Patut Anda Tinggalkan!

Assalamualaikum..

Haha..hari ni teringin nak bagi tips cinta pulak. Biasalah adik-adik, sebagai kakak yang banyak pengalaman dan terlebih dahulu makan garam kena la berkongsikan dan saling menasihati.. Agar adik-adik tak tersalah pilih. Entri ni ditulis dengan secepat kilat sebab kejap lagi nak balik kampung. 


 


Jon Kenali Seorang Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome Di Arab Saudi

Menurut sumber terdapat tiga orang dari Arab Saudi telah diusir dari satu majlis di Arab Saudi kerana terlalu kacak dan menawan. Salah seorang daripadanya adalah Omar Borkan Al Gala. Dia adalah jurugambar fesyen, pelakon serta poet dari Dubai. Dia telah dikeluarkan dari majlis itu kerana suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta dengan si Omar ini sekiranya dia terus tinggal di negara itu. 
Apa kata korang? 

  

  

Adab Menziarahi Makam Rasullulah Saw




Menziarahi Masjid Nabawi , makam rasullulah saw dan tempat-tempat bersejarah di Madinah ini ada adab dan peraturannya. Ini adalah supaya amalan kita menjadi lebih berkat dan sempurna serta mendapat pahala, tidaklah nanti segala amalan itu menjadi sia-sia bahkan menambah dosa serta mengurangkan pahala pula. 

Di samping itu, ziarah tidaklah pula terikat dengan solat dan ibadat yang banyak atau sedikit. Tuntutan ziarah ini sebenarnya sudah terlaksana dengan bersolat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat memberi salam kepada Rasullulah saw dan kedua-dua sahabatnya kemudian berdoa untuk kebaikan diri dan kaum muslimin seluruhnya. 
 
 

Asia Berjaga-jaga Penularan Selesema H7n9

 [Image: du_03.1.jpg]
 Pihak berkuasa di beberapa negara Asia mengetatkan saringan terhadap pelancong dari China dalam usaha mengekang penyebaran virus selesema burung H7N9 di negara masing-masing.

Sehingga kini, H7N9 telah menjangkiti 109 orang di China sejak virus itu mula dikesan pada Mac lalu dengan 23 orang maut.

Terkini, penyakit maut itu telah menjangkiti seorang warga Taiwan.


Gambar Gerhana Bulan Separa 26 April 2013 Terbaik Seluruh Dunia

Gambar Gerhana Bulan Separa 26 April 2013 Terbaik Seluruh Dunia
 
 
jom terjah  ........ melihat kebesaran ALLAH yang tiada tandingannya
 
 

Benarkah Leonardo Da Vinci Berbangsa Arab(Timur Tengah)?

Subjek berkenaan Leonardo Da Vinci memang cukup menarik untuk diperdebatkan. Manakan tidak, lelaki yang digelar The Renaissance Man ini cukup sarat dengan misteri yang belum terungkai. Bermula dengan kehidupannya sehinggalah kepada karya-karya agungnya, semua telah dikaji dan diperhalusi. Ia adalah semata-mata untuk mengetahui dengan jelas siapakah sebenarnya individu daripada Tuscan, Itali ini.

Sebenarnya, bukan saintis atau ahli antropologi sahaja yang berminat untuk menyelongkar misteri beliau. Novelis terkenal, Dan Brown juga turut mempunyai minat yang sama. Novelis terkenal daripada Amerika Syarikat ini telah menggunakan nama Da Vinci sebagai tajuk kepada novel terlarisnya, Da Vinci Code. Ini menggambarkan bahawa Da Vinci telah menarik ramai individu untuk menyelongkari sisi kehidupan dan misteri yang menyelingkari hidupnya.


Khamis, 25 April 2013

Hotel Di Tengah-Tengah Padang Pasir

 Sebuah firma arkitek Beijing membina sebuah hotel di tengah2 Gurun Gobi di Mongolia yang direka seolah sebuah kapal yang terapung di atas pasir.

Yang uniknya, The Xiangshawan Desert Lotus Hotel telah dibina tanpa menggunakan konkrit, tetapi hanya di dirikan diatas cecair pasir (macam katil air) dan dindingnya direka sepenuhnya dari pasir diharap dapat menanggung bebanan luar sebagai asas bangunan. Pembinaanya banyak menggunakan bahan2 tempatan terutama rekabentuk dalaman supaya para tetamu dapat merasakan pengalaman sebenar dipadang pasir.
 

Bekas Tapak Lombong Berlian Terbesar Dunia Di Russia


Sebelum ini saya pernah paparkan tentang kawah berapi di Turkmenistan yang seolah-olah seperti pintu ke neraka yang menyeramkan. Kali ini saya ingin paparkan mengenai lubang besar yang terdapat di Russia.

Lubang besar yang kelihatan seperti kawah yang terbentuk akibat hentaman meteorit ini adalah merupakan bekas tapak lombong berlian yang ditinggalkan bernama Mir Mine. Ianya terletak di Mirni, Eastern Siberia, Russia dan sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 2004 yang lalu. Ianya berkedalaman 525 meter dan mempunyai diameter sepanjang 1200 meter, menjadikannya sebagai lubang digali manusia kedua terbesar di dunia selepas Birmingham Canyon Mine di Amerika.
 
 

Kubu Perang Tengah Laut Yang Diubah Menjadi Hotel MEWAH...

Spitbank Fort yang terletak di Solent, England, adalah sebuah kubu yg dibina pada tahun 1861 dan siap dibina pada 1878. Ia asalnya adalah kubu untuk tambahan pertahanan dari kapal. Kubu ini dimiliki oleh Clarenco dan telah diubah suai menjadi sebuah hotel mewah dengan 8 bilik.
  
 
 

Kunikan Tumbuhan Fungus Yang Sangat Menarik

Dunia ni banyak perkara menarik boleh dilihat,seperti haiwan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya,dan setiap satunya mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri. antaranya tumbuhan fungus di bawah. Hanya terdapat di hutan amazon.
 
 
 

Lawak Man Tapah dan Cikgu Nashor

Assalamualaikum..

Haha..memang lawak la budak Man Tapah ni. Ada je alasan dia yang tak munasabah tapi melucukan. Hmm nasib la cikgu-cikgu yang ada anak murid terlebih bijak macam ni..



Minum Air Berlebihan Boleh Memudaratkan? Baca Kupasannya!


Minum Air Berlebihan Boleh Memudaratkan? Baca Kupasannya! | Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka
 
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.
 
 

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami

Assalamualaikum

Akhirnya saya yang otai ni telah berjaya ditumpaskan oleh kisah yang amat menyayat hati ni. Sungguh sedih sungguh pilu membacanya..

Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.


Cristiano Ronaldo dihadiahkan Al-Quran

Anda mungkin sudah mendengar khabar bahawa Cristiano Ronaldo mendapat hadiah Al-quran setelah menjadi duta perusahaan operator selular Arab Saudi, Mobily, tidak lama dulu. Tapi, tahukah anda, bahawa Al-quran itu ternyata sudah diterjemahkan dalam bahasa Portugal? Begitu laporan yang dipetik dari akhbar Al-Riyadh. Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah kerana menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal di dunia itu akan membintangi beberapa iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi penggambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.


Keikhlasan Arab Badwi itu amat mempesonakan

Salam perjuangan...bagaimana antum semua? sihat? ana harp antum semua dlm keadaan sihat. Alhamdulilah krn Allah bg kita kesempatan utk terus hidup dlm islam dan masih mempunyai iman. Allahuakbar...


Keikhlasan....memang sesuatu yg sukar utk diungkapkan dan susah utk dilakukan. Sememangnya apa yg kita lakukan sekiranya adalah ikhlas krn Allah maka insyaAllah ada ganjaran pahalanya.... Ana rasa takut apabila amalan2 yg ana lakukan ini menjadi sia-sia dan tidak dipandang oleh Allah...krn apa? krn niat ana...sekiranya tiada keikhlasan dlm diri ini...Ana takut sekiranya ana lakukan krn org lain, krn nk tunjuk hebat atau apa2 sahaja...ana rasa analah yg paling rugi sekali... Ya Allah, jagalah hatiku ini...
 
 

Untuk para isteri


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...