Khamis, 31 Oktober 2013

Info sihat! 7 ragam gangguan tidur


GANGGUAN tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal pasti :
 
1. Delayed Sleep Phase Disorder – masalah ini ditandai dengan kesukaran tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi.  Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.
 

Istana pasir paling tinggi di dunia

ISTANA pasir yang dibina oleh Jarrett di pantai Point Pleasant, New Jersey kelmarin.- AFP

POINT PLEASANT, New Jersey - Seorang artis seni, Ed Jarrett mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana membina istana pasir paling tinggi di dunia.
Istana itu setinggi 11.63 meter (m) dan dibina di sini kelmarin.
Dia memecahkan rekod istana pasirnya sendiri yang dibuat pada tahun 2011 di Farmington, Connecticut, Amerika Syarikat yang mencatatkan ketinggian 11.30m. - Agensi
 http://helmdahl.blogspot.com

Rahsia warna lipstik

Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik meraj menambahkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.

Anak Soleh, Mengunyahkan Makanan Untuk Ibunya Yang Lumpuh


Ibu selalu menjadi ratu di hati anak-anaknya. Saat yang merawat dan membesarkan mereka saat mereka belum tahu apa-apa dan belum tahu banyak tentang kehidupan ini. Namun kisah yang satu ini, akan menyentuh hati nurani anda ..

Zhang Rongxiang adalah seorang ibu yang tengah hamil ,kemalangan telah menimpanya pada tahun 2010 lalu. Sejak saat itu, ia koma dan divonis mungkin tak akan pernah bangun lagi. Si suami, Gao Dejin, dan doktor yang merawat Zhang Rongxiang, mendapati bahawa wanita itu sedang hamil.
 

(8 Gambar) Kreatif Yang Menarik

Gambar yang menarik, hasil lukisan dan benda oleh Javier Perez. Walau pun tak seberapa…tapi seni…..
 
 

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi

  Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi [BACALAH...]

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi l Sakit gigi memang menyeksakan tambah lagi kalau orang penakut macam aku ni. Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk meredakan sakit gigi.
 

Resipi Ayam Goreng Tandoori

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Goreng Tandoori. Resipi Ayam Goreng Tandoori ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 

Fenomena Mawar Merah – Red Rose Nebula

Red Rose3 
Gambar ini berhasil diambil oleh Hubble Space Telescope NASA pada tanggal 31 hb. Oktober 1999, sebuah bintang berjarak 3000 tahun cahaya dalam proses hancurnya.

Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun yang lalu oleh Nabi Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran :


Cara Mudah Mengetahui Perempuan Suka Anda


Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur

Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur

Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur

Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur | Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
 

Salam yang mendapat 30 pahala

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1393518_638939109492124_161288699_n.jpg
Mafhum Hadis:
Sessiapa memberi salam dengan lafaz ” Assalamualaikum ” mendapat 10 Pahala, sesiapa memberi salam dengan lafaz ” Assalamualaikum  Warahmatullah “  mendapat 20 Pahala dan sesiapa memberi slam dengan lafaz ” Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh ” mendapat 30 Pahala.
‎حملة أبناء عائشة – رضي الله عنها -‎’s Photos/http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Rabu, 30 Oktober 2013

Kisah Seram Lelaki Berbaju Putih Tunjuk Arah Kiblat


 

Kisah Seram Lelaki Berbaju Putih Tunjuk Arah Kiblat

Kisah Seram Lelaki Berbaju Putih Tunjuk Arah Kiblat | Saya baru sahaja mendapat berita bahawa ibu telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1. Ibu saya telah dikuarantin hampir selama seminggu. Hanya dapat melihat dari lapisan dinding cermin melalui jarak dekat.
 

Infografik Keajaiban Al - Quran dari segi Matematik

Ta’riful Qur’an
Menurut bahasa, “Qur’an” berarti “bacaan”, pengertian seperti ini dikemukakan dalam Al-Qur’an sendiri yakni dalam surat Al-Qiyamah, ayat 17-18 :
“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Karena itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.
Adapun menurut istilah Al-Qur’an berarti : 
“Kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah”.

Berikut merupakan Infographic yang menggambarkan beberapa keajaiban matematik Al-Quran yang Mulia. Membantu membuktikan bahawa ia tidak dapat ditulis selain daripada Allah S.W.T sendiri.
 

Tuuuuuu Dia...Bil Astro Naik Lagi Bermula 24 November 2013


fff 
Mungkin terbeban dengan kenaikan harga gula, Astro dengan segera bakal menaikkan harga Bil diantara RM2 hingga RM6 bermula 24 November 2013. Bagi pengguna astro berikut info terbaru berkaitan caj untuk 2 pakej astro ( Pakej sukan dan pakej keluarga)
 

Kenapa Iklan Jarum Jam Menunjukkan Pukul 10.10?

Pernah tak korang jalan - jalan di shopping kompleks dan kemudian terpandang iklan jam tangan? Korang terpegun dengan reka bentuk jam tersebut. Pernah? Perasan tak apabila setiap kali korang memandang iklan jam tangan, jarum jam tersebut sentiasa menunjukkan waktu 10.10? Mungkin korang tak perasan atau terlepas pandang.

Ini terjadi kepada kami. Semasa kami berjalan - jalan merayau - rayau di satu shopping kompleks, terdapat banyak iklan dan banner jam tangan dan apa yang menjadi persoalan kat kami adalah setiap iklan tersebut jarum jam mesti menunjukkan waktu pukul 10.10? Adakah ini satu kebetulan atau ada mesej tersirat disebalik waktu itu. Keinginan kami untuk tahu membuak - buak. Jadi kami berusaha untuk mencari alasan kenapa iklan jam tangan selalu menunjukkan pukul 10.10.


 
 

Fakta menarik tentang Ais Krim yang kita tak tahu

Ais krim! Siapa yang tak suka ais krim terutama kanak-kanak? Memang menjadi salah satu makanan pencuci mulut paling digemari semua orang tak kira tempat. Tapi dalam syok syok kita makan ais krim, banyak benda mengenai aiskrim yang kita tidak tahu sebenarnya. Jadi hari ini saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang aiskrim yang kita tak tahu.
 
1. Kewujudan aiskrim bermula sekitar tahun 618 - 907 dan bermula di zaman dinasti Shang. Aiskrim menjadi hidangan khas untuk raja yang memerintah ketika itu iaitu raja T'ang. Baginda mempunyai 94 pekerja khas untuk membuat aiskrim di istananya. 
 

Rahsia Penduduk Mekah Berumur Panjang

Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi.


Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.


Selasa, 29 Oktober 2013

Pemandangan alam yang cantik

Penat buat kerja, penat melihat skrin komputer? jum ayu bawa melancong secara virtual hihik..seronoknya dapat melihat pemandangan alam tercantik di dunia. Betapa indahnya laut dan langit yang membiru, kombinasi warna alam semulajadi yang masih kekal hijau dan cantik..Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah SWT yang menghasilkan bumi kita yang indah untuk tatapan semua makhluknya..cantiknyaaa, takyah cakap banyak jum layan 10 gambar pemandangan alam yang cantik di muka bumi ini...most beautiful places in the world pilihan gue ok..hehe,,,..
Galápagos Islands South American continent 

PEMBONGKARAN! - Kenapa Neil Armstrong Dikebumikan Di Dasar Lautan?

  Neil Armstrong mengukir namanya sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan..Kematiannya angkasawan bernama Neil Armstrong sangat mengejutkan dunia.. Pilihan untuk mengebumikannya di dasar lautan kelihatan amat pelik sekali untuk Neil Armstrong..Tetapi itulah yang berlaku pada majlis pengebumiannya.. Kenapa dia di kebumikan di dasar lautan?
 
 

Kelebihan Samsung GALAXY Note 3 LTE N9005

Whoa! telefon pintar siri terbaru Samsung ini memang awesome gila. Kepada penggemar telefon pintar, sememangnya Samsung GALAXY Note 3 ini akan memberi kepuasan kepada anda. Berikut adalah 7 kelebihan Samsung GALAXY Note 3 ini berbanding siri lain yang sebelumnya.


Full HD Screen bersaiz besar 5.7"
Samsung GALAXY Note 3 mempunyai skrin AMOLED yang lebih besar berbanding siri sebelumnya. Bentuk ini akan membolehkan pengguna membuat banyak benda multitasking di samping view yang terbaik. Tambahan pula, skrin berdefinisi tinggi ini membolehkan anda melihat gambar dan video dengan kualiti yang hebat. Walaupun memiliki skrin besar dan berkualiti tinggi, telefon ini masih maintain reka bentuk body yang slim.
 

Kenali Jutawan Muda Berusia 6 Tahun

Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah! Isabella Barret bukan gadis cilik biasa. Di usianya yang baru 6 tahun, dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi pelbagai pertandingan kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan kecantikan membawanya menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.
 

Kasut Bola Adidas Limited Edition Berwajah Harimau

Dalam dunia bola sepak, kaki merupakan modal utama para pemain. Itulah sebabnya mengapa kasut sangat berperanan tidak hanya melindungi kaki, namun juga boleh menjadi motivasi tersendiri bagi para pemakainya.

Inilah yang cuba diangkat oleh pereka fesyen Yohji Yamamoto, orang di belakang jenama fesyen Adidas Y-3. Bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Jerman, pereka berasal dari Jepun itu mencipta kasut 'special' bertajuk Adidas Limited Edition Y-3 Adizero F50.
 

Resepi Ayam Buttermilk yang Mudah dan Sedap

ok jom buat Ayam Buttermilk yang sangatlah mudah untuk di masak
 
 

ISU KENYATAAN NASA MATAHARI TERBIT DARI BARAT



NASA BERI KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT | Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
 
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
 
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
 

Banjir Madinah 2013 – Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah

 Oleh :Dr Abu Anas Madani
Masya' Allah Lajunya!

Itulah yang mampu kita ucapkan bila dapat maklumat dari Malaysia orang dok sebar berita banjir di Madinah dan makam Sayyidina Hamzah dah terbongkar...

Kami yang ada di Madinah ni baru menerima hujan turun sekejap aje membasahi bumi, hujan rahmat insya' Allah.

Sakit Tanda allah Sayang Pada Kita

Asalamualaikum, apa kahabar semua? diharapkan sihat-sihat belaka, tahukan anda sakit adalah ujian yang diturunkan allah kepada hambanya, ini kerana ingin menguji ketaatan  dan "keredha"  hambanya. Penyakit kadangkala dijadikan penunduk kepada keegoan dan kesombongan hambanya. Kerana sebagai manusia kita sentiasa rasa terlalu hebat dengan tubuh badan yang sihat dan kesihatan yang baik sampai kadang kala lupa pada sang pencipta :)



Di bawah saya senaraikan sebab-sebab Allah turunkan" sakit" kepada hambanya.
 

10 Simpton Dosa

ismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kita peringatan demi peringatan dalam kehidupan seharian. Semoga kita adalah terdiri daripada orang yang sentiasa sedar dan peka terhadap didikan Allah SWT melalui apa yang berlaku dalam jadual harian kita sebagai insan.

Apabila kita melakukan maksiat, sebagai umat Islam kita yakin dosa akan dicatat oleh malaikat. Berkaitan terampunnya dosa bergantung kepada mujahadah kita untuk bertaubat dan berusaha tidak mengulanginya lagi.

Apa kata kita cuba mengenali simptom atau tanda barah dosa di hati yang disebabkan maksiat sebagaimana yang dikenal pasti oleh ulama' :


Isnin, 28 Oktober 2013

81 pekeliling perkhidmatan awam akan dikeluarkan bulan depan


Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan. 

Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan. 
 

Mizz Nina Berhijab Penuh Selepas Tunai Haji

 MIZZ 
Selepas selesai mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, penyanyi lincah, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dilihat mula menggenakan hijab, jauh berbeza dengan imejnya yang seksi dan daring sebelum ini.

Walaupun belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, namun isteri kepada Noh Hujan ini sudah mula berkongsi imej muslimahnya itu kepada pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan

Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan

Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan

Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan | Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.
Dagu berlapis boleh dikesan menerusi cermin muka. Bolehkah masalah dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah cara-cara untuk menghilangkan masalah dagu berlapis ini?

Persoalan yang diyakini timbul ialah, bagaimana masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah seperti berikut:
 

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough

  

Saya tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza kerana saya tidak berapa gemar memakan pizza. Tapi Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai pulak dia nak memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat pizza juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti orang tengok masakan yang sama jer". Hahaha itulah bijak budak kecil tu memainkan perasaan kita. Memang dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya saya bangun pagi pagi dan sediakan cucur udang untuk dia makan sebelum ke sekolah, bila saya beritahu yang saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.
 
 

Sejarah Penjaga Gol Terhebat Malaysia


Sempena kerancakan Paila Malaysia musim 2014 ini, aku ingin berkongsi sikit pasal penjaga gol legend Malaysia.
R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.
 

Cara Tegur Isteri - Adab dan Etika Menegur



Nukilan ini ditujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat manfaat insyaAllah.
Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat?

Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?

Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2, tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang?
 

Buang Sifat Ujub Kerana Ia Membinasakan Diri Anda

Buang Sifat Ujub Kerana Ia Membinasakan Diri Anda

Buang Sifat Ujub Kerana Ia Membinasakan Diri Anda

Buang Sifat Ujub Kerana Ia Membinasakan Diri Anda | Assalamualaikum dan salam sejahtera, Puteri kongsikan satu artikel yang menceritakan bahaya sifat ujub dan juga kesan-kesan sifat ujub kepada diri kita semua. Di harap, artikel ini dapat menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa dan lalai dalam melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
 

Tiada Alasan Dihadapan Allah S.W.T. Nanti

PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : "Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga ttidak sempat mengabdikan diri kepada-Mu."

Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima."
 

Ahad, 27 Oktober 2013

Subhanallah, ombak di bawah laut lebih besar dari ombak di atas permukaan

Begitu dahsyatnya penciptaan bumi ini dan kita sebagai manusia tidak boleh berkata kecuali mengucapkan Subhanallah, yang telah menciptakan alam semesta ini beserta apa yang berada di atasnya sedemikian indah dan mempesona sehingga kita boleh menetap di atasnya dengan tenang dan damai.

Begitupun laut dan samudera yang luas mempunyai rahsia yang telah dibicarakan dalam al- Qur'an sejak 14 abad lalu. Jadi apa pendapat para ilmuwan setelah mereka berjaya menjalankan penyelidikan ilmiah ini ?
 

Fenomena Black Hole – Uniknya Nombor 123


123 book 
Dalam astronomi dan ilmu fizik, kita mengenal adanya suatu fenomena alam yang sangat menarik iaitu lubang hitam (black hole). Lubang hitam adalah suatu entiti yang memiliki medan graviti yang sangat kuat sehingga setiap benda yang telah jatuh di persekitaran zon magnetik tersebut (daerah di sekitar inti lubang hitam), tidak akan boleh keluar lagi. Bahkan radiasi elektromagnetik seperti cahaya pun tidak dapat melarikan diri, akibatnya lubang hitam menjadi “tidak kelihatan”.

Ternyata, dalam matematik juga fenomena yang unik wujud dan mirip dengan fenomena lubang hitam iaitu bilangan lubang hitam. Walau pun ianya hanya sebagai analogi dengan kejadian sebenar lubang hitam, namun uniknya fenomena matematik ini amat menarik sekali. Apakah yang dimaksudkan dengan bilangan lubang hitam ini atau bagaimana sebenarnya bilangan lubang hitam itu? Mari kita bermain-main sebentar dengan angka yang mewujudkan hasil yang unik ini.
 

Stapler Tanpa Bullet Yang Inovatif

Jepun sedang menjalani satu revolusi baru, terima kasih kepada beberapa produk baru inovatif yang lain daripada yang lain, tetapi telah wujud untuk masa yang lama - iaitu stapler tanpa bullet!


Dipercayai bahawa gergasi bekalan pejabat, Syarikat Kokuyo adalah yang pertama memperkenalkan stapler jenama Harinacs yang tidak mempunyai bullet pada tahun 2009.


Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2014 Malaysia

Jadual Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2014 Malaysia. Walaupun tahun 2014 masih jauh, tetapi jadual kalendar cuti umum 2014 ini mungkin penting bagi kita bagi anda semua. Jadual kalendar tahun 2014 ini mungkin dapat membantu dalam merancang cuti sekolah anak-anak atau cuti umum pada tahun 2014 di Malaysia. Semoga jadual ini bermanfaat kepada semua.

 

Selami Maksud ‘Berhijab’ Yang Cukup Menyentuh Dari Oki Setiana Dewi

oki 
Oki Setiana Dewi
Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang sedang membaca. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita bertemu lagi pada lembaran kali ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anda yang membaca dan saya begitu yakin, anda yang sampai ke halaman ini merupakan pembaca-pembaca yang baik yang ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. :) 

Resepi - Lemak cili api ikan Pari

 
 Assalamualaikum wbt... selain asam pedas ikan pari pon sedap dimasak  lemak cili api ....ummmmmph
 

Cara Rasulullah makan kurma

Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:

1 . Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343

Imam ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah ( keju ) dapat berfungsi melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan mempercepatkan pertumbuhan gigi.
 

Sabtu, 26 Oktober 2013

Ketahui BAHASA SENYUM ~

Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita. Kita juga boleh kenal pasti emosi seseorang dengan cara mereka senyum.Apabila seseorang senyum, tidak semestinya dia gembira. Terdapat 3 jenis senyum :-

1-Senyuman tanpa mendedahkan gigi.
 
Ia adalah senyum yang asas.Apabila seorang senyum tanpa mendedahkan giginya, dia sebenarnya senyum kepada dirinya.Ia juga digelar sebagai senyum ahli politik.
 

Resepi - Nasi Briani Udang Istimewa


Bahan Nasi:
1 1/2 kg beras basmati
Air mengikut sukatan beras
200 gm susu cair
2 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 labu bawang besar - dikisar halus
160 gm tairu
Sedikit minyak untuk menumis
Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa
 

Kesilapan yang selalu orang buat ketika di awal alam pekerjaan

Anda dah dapat kerja? tahniah dan diharap agar anda menyukai pekerjaan anda itu dan mula bekerja dengan tekun. Namun untuk kebanyakkan pekerja yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, anda perlu berusaha juga untuk mengelakkan beberapa kesilapan berikut jika mahukan yang terbaik dalam kareer anda.

1. Takut untuk bersuara
Tak kisahlah ianya tentang kenaikkan  pangkat, kenaikan gaji, atau sekadar mahu memberi pendapat, adalah penting untuk anda berdiri dan mempertahankan suara anda di pejabat. Semakin banyak keyakinan diri yang anda ada, semakin baik pengaruh yang anda dapat dari teman-teman sekerja. Cuma perlu ingat, lakukannya dalam cara yang penuh profesionalisme.

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?

Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
 

Diana Amir Bergelar Isteri Habibbullah Dengan Sekali Lafaz


 
Diana Amir (kanan) dan Habibbullah
PUTRAJAYA: Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin.
Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
 

Inti pati Bajet 2014

bajet 2014

KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

Harga Gula Naik Kepada RM2.84 Sen/Kg- Hasan Malek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, kenaikan harga gula yang berkuatkuasa pada sabtu sebenarnya memberi penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan untuk tujuan pembangunan.

Beliau berkata, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga gula akan naik dari RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sekilogram, berkuatkuasa pada Sabtu.

"Bagaimanapun, kita kena lihat dari sudut positif, bagi pemansuhan subsidi gula tersebut... kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun 2013 dan RM551.25 juta pada 2014.
 

Jumaat, 25 Oktober 2013

Motor Chopper Raksasa Diiktiraf Guinness World Records

Chopper raksasa oleh Regio Design yang dipamerkan di Motor Bike Expo 2012 telah dinyatakan sebagai motor berfungsi terbesar di dunia oleh Guinness World Records.

Untuk mendapatkan gelaran ini, Chopper harus membuktikan mampu menempuh jarak 100 meter. Direka oleh pereka Itali, Fabio Reggiani, raksasa ini mempunyai tinggi 3,429 meter, panjang 6,187 meter dan berat 2,948 tan. Motor raksasa yang digelar "Big Bike" ini disokong oleh mesin 5,000 cc, 5.7 liter V8 Chevrolet yang mempunyai 280 tenaga kuda, serta gearbox penghantaran tiga kelajuan.
 

Punca Enjin Kereta Jadi Panas


cooling system radiator 10 Punca Enjin Kereta Jadi Panas
10 Punca Enjin Kereta Jadi Panas | Bukan manusia sahaja bila marah sesuatu perkara hati jadi panas, jantung jadi pantas mengepam. Kereta juga begitu, sekiranya sesuatu peralatan didalam kereta tidak berfungsi dengan baik, kereta anda boleh berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
 

Helmet Batman Dicipta Untuk Peminat Batman



  Kakitangan di Helm Dawg telah membuat helmet seolah-olah helmet batman  untuk para peminat Batman. Helm "Dark As Night" ini direka untuk keselesaan kerana mempunyai pengudaraan dagu yang boleh disesuaikan untuk mencegah fogging, serta eyeport yang besar untuk menangkap penjahat.
 

Majlis Khatam Al Quran, Doa Selamat dan Berinai – Diana Amir Dan Habib


Diana Amir Dan Tunang Bernikah Hari Ini  
Hari ini, Diana Amir dan tunangnya Muhammad Habib Bullah A. Rahman bakal melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Malam tadi pula telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, doa selamat dan berinai mereka di bangunan pejabat Metrowealth.
 

Khamis, 24 Oktober 2013

Kenapa Mufti Australia Menggesa Umat Islam Lakukan Solat Hajat

Mungkin ramai yang tak tau apa yang sedang berlaku di Australia sangat membimbangkan sehinggakan di isytihar darurat dan sehinggakan Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat...Kenapa?
 

Fakta Menarik Untuk Anda Hari Ini….

- Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
 
- Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

images Fakta Menarik Untuk Anda Hari Ini....
- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak,


Pemotong rumput dengan kelajuan terpantas di dunia daripada Honda

Pemotong rumput ini hasil inovasi daripada syarikat Honda UK yang diberi nama Honda HF2620. Apa yang menarik tentang jentera pemotong Rumput ini adalah ia dilengkapi dengan enjin 1000cc yang boleh mencapai kelajuan maksimum 208km/j dan mampu memecut ke 100km/j dalam masa 4 saat sahaja.
 

Lukisan Pensil Berwarna Realistik

tali artis Marcello Barenghi menarik dengan seni pensel warna. Setiap lukisan artis mengambil kira-kira 4 hingga 6 jam untuk disiapkan.

Marcello Barenghi dilahirkan di Milan pada tahun 1969. Sebagai seorang kanak-kanak dia menunjukkan kemahiran seni yang besar, apabila beliau berusia 9 tahun beliau kagum dari Leonardo Mona Lisa dan cuba untuk mengeluarkan semula ia.

Di Marcello 80-an ditemui pensel berwarna, tetapi dia terus merasakan perlu untuk mengetahui teknik yang berbeza yang akan membenarkan dia untuk meliputi kawasan yang besar, teduhan dan mengelakkan rupa kasar pensil berwarna.
 

Tas Tangan Pisau Penuh Dengan Darah

Ini adalah trend design tas tangan yang sangat menarik untuk para wanita. Ianya didesain kreatif agar terlihat seperti sebuah pisau berdarah sebagai aksesori fashion yang unik. Sekarang ini sangat popular dijual dilaman eBay. 
 
 

Resepi Mee Hong Kong

 
Sedap dan mudah disediakan .......... boy akak pun kata sedap
 

Fakta] 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia

Lazimnya, kesilapan atau kecuaian seringkali dikaitkan apabila berlakunya sesuatu kemalangan atau malapetaka..Tidak kurang juga, kesilapan atau kecuaian ini mampu menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kos yang tidak terkira banyaknya..Kalau anda nak tahu apa 6 kesilapan yang paling mahal dalam sejarah manusia, meh usha kat bawah ni..


6. Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl
Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lainnya meninggal dunia sekian lama selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.
 

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...