Selasa, 31 Disember 2013

Pulau Romantik

Tavarua Island, Fiji merupakan salah satu pulau paling romantik di dunia. Sebenarnya pulau ini tiada langsung kemudahan asas untuk pasangan bercinta seperti saat-saat romantik yang diidamkan. Apa yang menjadikan ia tarikan ialah bentuk pulau ini sama seperti hati. Tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menggelarkan pulau ini sebagai Syurga Cinta.
Pulau Paling Romantik Di Dunia  


Kenali 7 Ciri Isteri Yang Sering Di Ceraikan Suami

 Time bujang, time anak dara. Ko gatal nak kawin. Mak bapak larang ko buat tak reti. Dah ibarat dalam dunia ni kekasih hati ko jelah yang duk tatang minyak sejak kluar dari perut ibu. Tup tap bila kawin.. Baru ko tahu langit ni tinggi ke rendah, hutang belantara celah ketiak bini or suami ko tu lebat ke tidak. Tidur ko boleh lena or ada musik gazal untuk rabiah seumur hidup.

Tapi tulah onak duri rumahtangga. Time kapel lain, time mula2 kenal lain. Bila dah kawin lain. Dapat anak jadi lain. Bila tua kerepot pun lain. Apa yang penting, toleransi antara pasangan tu paling penting. Orang cakap, tak cantik tak pe. Asal baik hati. Tapi bila kawin ko nak yang cantik pulak. Yang seksi pulak. Ape cerr derr..

Ni baru 7 tujuk ciri. Ciri suami pun ada. Aku tunjuk yang bini je lah dulu. Nanti jumpa artikel yang pasal suami yang simple ringkas n korang mudah faham. Nanti aku post kan.


Jambatan Yang Unik Dan Berpenghuni Di Dunia

Jambatan kediaman atau jambatan yang juga berfungsi sebagai rumah, merupakan salah satu struktur bangun yang unik di dunia. Selain berfungsi sebagai salah satu penghubung satu kawasan dengan kawasan-kawasan lain, jambatan yang satu ini menjadi tempat tinggal komersial (disewa). Jambatan kediaman ada yang sudah dibina sejak abad ke-13, sehingga menjadi daya tarik tersendiri. Berikut kami merangkumi 5 jambatan kediaman di dunia:

1. Ponte Vecchio, Itali
5 Jambatan Yang Unik Dan Berpenghuni Di Dunia 5 Jambatan Yang Unik Dan Berpenghuni Di Dunia 
Ponten Vecchio merupakan jambatan tertua yang ada di Florence, Itali. Dipercayai jambatan ini sudah ada sejak zaman Kerajaan Romawi, sebuah sumber menyebutkan bahawa Ponte Vecchio dibina pada 1345 untuk menggantikan jambatan lamanya yang hancur akibat banjir. Baru-baru ini pada abad pertengahan, masyarakat membina rumah di atas Jambatan Ponte Vecchio.


Teknik Fotografi - Refleksi Botol Kaca

Nikmati teknik fotografi yang menarik ini.

Teknik Fotografi - Refleksi Botol Kaca 
 
 

Fakta - Top 5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia

Kali ini, kita akan melihat jenama pakaian mana yang paling mahal dan menjadi kegilaan ramai orang. Jadi, di bawah adalah senarai antara 5 jenama pakaian paling mahal di dunia.

Armani


Armani

Nama besar dalam dunia fesyen antarabangsa, Jenama Armani diasaskan oleh Girgio Armani dan Sergio Galeotti. Girgio Armani S.P.A mendapat tempat dikalangan peminat fesyen antarabangsa kerana kualiti dan bermutu tinggi. Armani sememangnya sentiasa menyediakan pilihan fesyen yang banyak dan terkini juga bermutu merangkumi pakaian untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.


Trick Mengapa Cincin Nikah Disarungkan ke Jari Manis

Mengapa cincin nikah disarungkan ke jari manis? Nak tahu, cuba trick ini!


Laksa beras dan rezeki bersama ! ( perlu Baca)

Subhanallah, perkongsian yg amat bererti. Matlamat yang jelas. Kalau boleh nyatakan sekali sumbernya, penulisnya, kisah benar atau rekaan. anda akan dapat masak seperiuk besar kuah Laksa Perlis .seorang peminat laksa utara yg tegar, melihat dari cara pembuatan.

Laksa beras dan rezeki bersama !
Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.


Isnin, 30 Disember 2013

TIPS Untuk Meraih CINTA ALLAH SWT

Berikut adalah 10 tips untuk meraih cinta Allah swt.
10 TIPS untuk meraih CINTA ALLAH SWT
1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.
 

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Misteri Air Terjun Berubah Warna Menjadi Merah


Air terjun di Cameron Falls, Alberta, Kanada tiba-tiba bertukar menjadi warna merah seperti buah tomato selepas hujan lebat, lapor sebuah akhbar .
Gambar air terjun yang bertukar menjadi merah itu dirakamkan oleh seorang ibu dua anak, Rochelle Coffey yang bercuti bersama keluarganya.

Rochelle tidak menyangka dia dapat melihat fenomena alam semula jadi itu.

Air terjun itu bertukar menjadi merah kerana hujan lebat menyebabkan endapan pada batu-batu mengalir ke dalam kawasan air terjun sekali gus mengakibatkan perubahan warna berlaku.
zamripoon

Bintulu Dilanda Banjir Besar Untuk Pertama Kali


 

Hampir kesemua tempat di Bintulu dilanda banjir yang tidak diduga. Ramai yang terkedu dengan bencana yang terjadi. Bintulu yang selama ini tidak pernah dilanda banjir mencatatkan rekod pertama kalinya dilanda banjir besar-besaran.

Sumber tidak rasmi mengatakan, limpahan air dari bukit menjadi punca kepada bencana banjir. 

Ramai mangsa banjir terperangkap di rumah/bangunan masing-masing. Bantuan pula lambat tiba berikutan tiada persediaan dan bencana terjadi tanpa diduga.


Info -39 Nombor Dail Untuk Mengetahui Kod Rahsia Telefon Android Anda

Peranti Android mempunyai banyak perkara untuk ditemui. Pertama, apabila anda membeli mana-mana peranti android, ia datang dengan beberapa ciri-ciri tambahan yang bersepadu dengan sistem operasi maka kita mempunyai 775,000 + aplikasi di Google Play Store untuk diteroka dan diketahui, Peranti Android mempunyai kod rahsia juga.

Kod-kod ini apabila dilaksanakan, membuka beberapa pilihan yang tersembunyi, tetapan dan menu untuk peranti tertentu. Jika anda berfikir  seperti seorang geek android maka anda mesti ingin tahu ini (atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka) Kod rahsia. Secara amnya, kod ini digunakan oleh pemaju, syarikat dan Geeks untuk mengubah beberapa konfigurasi sistem, menyesuaikan telefon Android, dan lain-lain

 

Luahan ..Seksi Dan Lincah Atas Pentas…Mizz Nina Dah Tak Rindu Dirinya Yang Dulu…


Mizz Nina Tak Rindu Dirinya Yang Dulu 
TANPA sebarang pengumuman khas atau publisiti, penyanyi Mizz Nina yang bertudung selepas menunaikan haji beberapa bulan lalu terus positif melangkah dengan imej barunya itu.

Jika anda terfikir adakah penyanyi yang cukup ligat di pentas hiburan ini tidak merindui imejnya yang dulu, ini jawapannya menerusi sebuah sisipan hiburan akhbar tempatan, semalam:


Ahad, 29 Disember 2013

Info -Rahsia Ceria Di Tempat Kerja

Anda bosan untuk pergi ke tempat kerja setiap hari di waktu pagi atau anda rasa sudah terlalu lama makan gaji dan sudah sampai masanya bekerja sendiri atau mungkin juga anda tidak berpuashati dengan pekerjaan anda sekarang! Anda patut mempelajari teknik rahsia bagaimana ceria di tempat kerja. Ikuti langkah-langkah berikut.
  • Pastikan waktu tidur anda mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam dan jangan kurang dari 5 jam.

  • Bangun seawal pagi dan mandi seawal yang boleh untuk mendapatkan kesegaran di hari baru. Digalakkan mandi dengan air suam. Gunakan sabun mandi yang mempunyai keharuman yang menyegarkan 


fakta - Jenis Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik



9 Jenis Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak
Tambah kapsyen





Sikap Isteri Penyejuk Hati Suami

khas buat para isteri.. jom kita ketahui apakah 12 sikap yang boleh kita sejukkan hati suami :)



1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Perhatian tersebut akan membuat seorang     suami merasa nyaman.


Sabtu, 28 Disember 2013

Rahsia Angka 7


Foto 
fb

Misteri Munculnya Tiang-tiang Unik di Giant Causeway Ireland.


  Terdapat  struktur aneh dan unik yang terdapat di Eropah, tempatnya di Ireland Utara. Struktur-struktur ini dikenali dengan nama Giant Causeway, yang ertinya Jalan Pintas Giant.

Giant Causeway terletak di County Antrim, di pantai timur laut Ireland Utara, 3 km dari bandar Bushmills. Menurut para ahli geologi, Giant Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk kurang lebih 40 ribu kumpulan batu-batu basal.
 

Koleksi Penyendal Pintu Kreatif

Pelbagai koleksi penyendal pintu yang sangat kreatif. Inikah yang dinamakan "Think out of the box".
Jom kita tengok koleksi penyendal pintu kreatif. Yang mana satu pilihan anda? Sila jawab di bahagian komen.


 


Keajaiban Burung Penenun.

Pernah cuba untuk menenun bakul rumput atau pelepah kelapa sawit? Ia agak sukar, bukan? Mengambil masa untuk dapat memahaminya ia? Nah bagaimana jika anda cuba untuk menenun bakul dengan hanya menggunakan mulut dan bermula dengan sehelai rumput? Ia akan menjadi benar-benar sukar, bukan? Tetapi ia adalah mudah bagi burung penenun!
 
mari kita lihat gambar2 burung penenun membina sarang ...
 
 

Sekitar Harbin International Ice and Snow Sculpture Festival Di Heilongjiang, China

Harbin International Ice and Snow Sculpture Festival diadakan di Wilayah Heilongjiang, Timur Laut China. Festival ini menjanjikan ukiran salji yang menarik. Arca arca ini diukir dari ais yang beku sepanjang sungai Songhua. Suhu yang amat rendah di kawasan ini memastikan ukiran tetap utuh dan memastikan ukiran tersebut dapat bertahan dalam jangka masa yang lama sepanjang musim sejuk. Pesta ini akan dirasmikan pada 5 Januari ini dan akan berlangsung selama sebulan.

 


Tanda-tanda Terkena Sihir Pukau


http://www.feryco.com/wp-content/uploads/2013/12/sihir-hembusan-rokok.jpg
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Berikut adalah tanda-tanda terkena sihir pukau:

Kenali Peralatan untuk Mendaki Gunung Everest – Dahulu dan Sekarang

Umum mengetahui bahawa Gunung Everest adalah gunung yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter. Walaupun demikian masih ramai lagi orang yang bersemangat waja mahu menakluk gunung yang terletak di banjaran Himalaya itu. Persiapan yang sangat rapi diperlukan untuk menjayakan ekspedisi mendaki gunung yang paling tinggi di dunia ini. Selain daripada persediaan mental dan fizikal, persediaan dari segi peralatan dan kelengkapan juga sangat penting. Post kali ini kami nak kongsikan evolusi peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh para pendaki sejak dari pendakian pertama pada tahun 1920an sehinggalah sekarang.

http://images.nationalgeographic.com/wpf/media-live/photos/000/666/cache/everest-altimeters_66610_600x450.jpg?01AD=3ucKTDsdBvA68WWfgu1i5vOz7dkB1JxnDfbCqk0S6dhFCeO4tWCV05Q&01RI=10548DEEBAA0796&01NA=na 
 altimeters: 1924 vs 2013

Sebab Lelaki Jatuh Cinta Wanita Lebih Tua




12 Sebab Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita Lebih Tua

Cinta
Faktor usia bukanlah faktor yang diutamakan oleh lelaki dalam bercinta dan memilih calon isteri namun mungkin kerana wanita yang lebih tua lebih mudah memahami kerana lelaki juga perlukan perhatian bukan wanita sahaja.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.
 

Hikmah mengapa daging anjing diharamkan

Hikmah mengapa daging anjing diharamkan
Ilustrasi
 Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya. Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahas mengapa daging anjing diharamkan? adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Berikut penjelasannya.


Jumaat, 27 Disember 2013

Kisah Isteri Khalifah Abbasiyah Harun ar-Rasyid - Zubaidah binti Ja’far



kisah-untuk-renungan

Pernah tak kita mendengar dengan istilah "Disebalik kejayaan seseorang bernama lelaki ada wanita atau isteri" yang mendokong dan sentiasa membantu dalam susah dan senang. Hal ini memang tidak dapat kita nafikan. Lihatlah kepada tokoh-tokoh wanita di zaman Rasullulah seperti Khadijah,Aisyah, dan lain-lain sangat menyokong perjuangan dan rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan syiar islam agar terus berkembang ke serata dunia. 
 

Al Sharq : Lebuhraya Tenggelam Timbul Di Doha

Cool!

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Bagi memastikan tiada masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan Qatar akan membina lebuhraya Al Sharq merentasi Teluk Doha. Lebuhraya ini unik kerana ianya tenggelam dan timbul di permukaan laut. Lebuhraya sepanjang 9.7 kilometer ini akan menjadi jalan pintar bagi mereka yang mahu memandu dari bahagian utara ke selatan Doha. Dengan melalui lebuhraya ini mereka dapat mengelakkan kesesakan pusat bandar Doha. Di atas beberapa jambatan lebuhraya ini juga akan dibina taman yang boleh digunakan oleh pemandu kenderaan untyk berehat di tengah-tengah laut. Coolness! Ini mengingatkan kami kepada cadangan membina kawasan rehat dan rawat di atas jambatan Pulau Pinang kedua yang dibatalkan pembinaannya. 


Pemenang Pertandingan Foto National Geographic 2013

Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, pada tahun 2013 ini jugak National Geographic telah menganjurkan satu pertandingan fotografi yang memang dinantikan oleh ramai peminat fotografi. Sama seperti edisi sebelum ini, tiga kategori dipertandingkan iaitu; “people”, “nature” dan juga “places”. Sebanyak 7000 gambar telah dihantar oleh jurugambar dari 150 buah negara untuk merebut hadiah utama bernilai 10, 000 USD. Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kategori.

Pemenang Kategori Nature & Grand Prize: The Ice Bear

  The Ice Bear oleh Paul Souders

 

Rahsia Disebalik Lesung Pipit

Lesung Pipit
Lesung pipit
Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap
 
 

Pengorek Terowong Terbesar Di Dunia

terowong
Mesin pengorek terowong sudah wujud sejak tahun 1845. Ianya digunakan bagi mengorek terowong keretapi Frejus di Itali. Sejak itu mesin pengorek terowong ataupun TBM digunakan dalam pelbagai projek mega seperti penggalian Channel Tunnel di bawah Selat Inggeris dan terowong SMART di Kuala Lumpur.

Tarikh Peperiksaan UPSR, STAM & SPM Tahun 2014


Tarikh periksa


Tarikh PeperiksaanTahun 2014


Berikut disertakan tarikh penting peperiksaan awam untuk tahun 2014 untuk panduan pelajar dan ibu bapa.
 
 

Resepi - Nasi Arab Ayam Kabsa


Mula-mula kena sediakan rempah Kabsah, secara homemade je sebab cari kat kedai tak jumpa, so godek2 kat Mr Google ada pulak insan yang berkongsi idea...., not bad gak resepinya sebab ada rasa mcm ala-ala Saba' gak rasanya.... ( ke perasan je... hehehe)


Info - Sebab Jepun Maju.


1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

Apa Yang Paling Hebat di Dunia Ini??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.pagi ni aku nak sambung semula penulisan yang aku ter'publish' petang semalam. Entah apa benda yang aku fikirkan masa tu sampai tak sedar tertekan 'publish' tu. Sejak dua menjak ini, otak aku fikir banyak sangat benda yang aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti fikirkan perkara sebegitu. Tapi tak mengapa, itu hanya sekadar pembuka bicara dan ia langsung tiada hubungan persaudaraan pun dengan 'entry' kali ini.

Berbalik pada soalan yang juga merupakan tajuk utama kepada 'entry' ini.

Apa Yang Paling Hebat di Dunia Ini??

Soalan apa pulak yang sedang aku ajukan ni?? Soalan bonus? Soalan bodoh? Soalan kepada persoalan??
 

Perasaan Hebat

Gambar sekedar hiasan sahaja

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat , masyhur, kaya , tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti: 
 

Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur

 
 
 

Rabu, 25 Disember 2013

Cool – 10 Tempat Eksotik & Menarik Di Dunia


Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik. Ada antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini, kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana kesemuanya tidak pernah pun kami ketahui (dan mungkin anda juga).. Cekidaut~

1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Wisteria Tunnel
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman.
 

Fakta - 5 Bahasa Yang Paling Susah Dipelajari

Mempelajari bahasa asing memang bukan hal yang mudah. Ada huruf yang berbeza, susunan kata yang tidak biasa, sampai pengucapan kata yang asing di lidah.

Menurut kajian, seseorang paling mudah mempelajari bahasa dengan susunan kata dan pengucapan yang mirip dengan bahasa sehari-harinya. Masing-masing bahasa mempunyai kesulitan yang berbeza.Berikut lima bahasa yang paling sukar dipelajari seperti dikutip dari thirdage.

1. China
Bahasa China dianggap sukar dipelajari kerana sangat menekankan pada intonasi. Penekanan intonasi yang berbeza boleh membuat erti kata yang diucapkan sangat berbeza. Tak hanya itu, ribuan huruf China yang sukar dan rumit membuat bahasa yang cukup popular di dunia tersebut makin susah untuk dipelajari.
 

Pengalaman dua lelaki bantu buruh paksa Landasan Maut


Tahanan perang sedang mengangkat kayu-kayu untuk membina landasan kereta api pada tahun 1943 sambil diperhatikan tentera Jepun. - AGENSI

LANDASAN kereta api Thailand- Burma yang digelar sebagai 'Landasan Maut', dibina dalam tempoh masa yang agak singkat oleh 60,000 tahanan Perang Dunia Kedua serta 200,000 buruh kasar.

Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer itu dimulakan pada Oktober 1942 dan berakhir di Konkoita, utara Thailand pada Oktober 1943.

Ia digunakan dalam rancangan serangan Jepun terhadap tentera Britain di India serta menguasai jalan dan ruang udara yang digunakan tentera bersekutu.
 

Perubatan Tradisional Yang Pelik Lagi Mengerikan Di India

ZON BEBAS
Klinik terbuka yang walaupun nampak serba kekurangan ini, namun ianya mendapat sambutan daripada masyarakat setiap hari. Beroperasi dan dikendalikan di luar masjid terbesar Delhi. Pemiliknya Hakim Ghyas menyatakan yang perubatan ini dapat merawati pelbagai penyakit seperti kanser pada peringkat awal. 

Cara perubatannya adalah pesakit akan dibiarkan berdarah dalam cuaca panas untuk 30 minit, diikat pada bahagian tertentu dan darah dibiarkan mengalir sehingga ianya berhenti sendiri. Menurut kajian, cara ini sebenarnya dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi serta kolestrol tinggi.


Kenali Sepuluh Negara terkaya pada 2013


 
Berikut adalah nama sepuluh negara paling kaya pada tahun 2013. Negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negarakasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang dikumpulkan.

1.Qatar -   adalah negara Arab yang berdaulat, adalah di bahagian atas senarai dan adalah negara yang paling kaya di dunia walaupun penduduk negara inihanya 2 Juta. Ekonomi Qatar sepenuhnya bergantung kepada bekalan minyak, mereka adalah pengeksport terbesar minyak dan Gas Asli di dunia dan tidak mempunyai dasar  cukai di negara ini.

 KDNK-$ 102,211 lebih kurang
 
 

Guna Minyak Tanah Terhasillah Lukisan Yang Menakjubkan.


Seniman memang biasanya suka menggunakan peralatan aneh  untuk berkarya , seperti yang satu ini . Seorang pelukis berasal dari Belarus menggunakan minyak tanah untuk menghasilkan karya lukisan .
 

Ikan Arcerfish Guna Teknik Meludah Dalam Memburu Mangsa.

Semua makhluk diberi keunikannya masing - masing dalam bertahan hidup di alam . Salah satu yang unik adalah Arcerfish dengan menggunakan teknik meludah dalam memburu mangsa .

Arcerfish menggunakan senjata pelumpuh mangsa dengan menyemburkan air melalui mulutnya . Namun semburan hanya satu saat itu sangat keras hingga boleh terus membunuh serangga  .

Tips - Membentuk Tabiat Makan Untuk Anak


 
Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan....
 

Ini mungkin menggembirakan hati ibubapa. Sungguhpun begitu, beberapa perkara mengenai tabiat makan perlu diberi perhatian; bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga kesihatan mereka.
 

Ribuan Ikan Tamban TIBA-TIBA Naik Ke Darat Di Sabah Pagi Tadi, Adakah Petanda


LAHAD DATU - Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.  Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban 
Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
 
 

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' ( ithmi'naan ).

Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini.

Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal semua proses penangkapan dan pengenalan isyarat yang masuk ke dalam tubuh.
 
 

Selasa, 24 Disember 2013

Aurat Lelaki Yang Jarang Dibincangkan

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
baby 

Suka Duka Sepanjang 2013

10 photos that shocked the world 
Kanak-Kanak Lelaki Yang Hilang Kedua Mata Kerana Di Cungkil Penculik

10 Gambar Suka Duka Sepanjang 2013 kini menemui semua pembaca Blog Santai dalam siri kedua. Kalau dalam siri pertama, kita berkongsi 10 gambar Tragis diseluruh dunia, siri kedua memaparkan pelbagai peristiwa menarik. Ada sedih dan ada yang gembira. So stay tune semua!!!!!
 
 

Kenali - Makhluk Aneh Seperti Belon Tetapi Sangat Bahaya

Mahkluk laut ini dikenali dengan nama Portuguese Man of War Jellyfish (sejenis obor-obor).
The Portuguese Man of War ini biasa ditemui di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean, dan Laut Sargasso. Biasanya mahkluk ini ditemui terapung di atas atau hampir permukaan air dengan bentuknya yang lutsinar.
 

Kapal Terbesar di Dunia Bersaiz Monster Berjaya Diapungkan

Syarikat pembuat kapal Korea , Samsung Heavy Industries ( Samsung ) telah berjaya mengapungkan kapal terbesar dunia dengan panjangnya melebihi ketinggian bangunan Empire State .

Jurucakap Samsung berkata , kapal tangki gas asli ( LNG ) berkenaan yang dikenali sebagai Prelude telah diapungkan di bahagian selatan pelabuhan Geoje pada 30 November lalu .
 
 

Fakta Menarik Serta Kemewahan Istana Terbesar di Dunia

Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman dan istana paling besar di dunia

 
 

Saat Selepas Pembunuhan Terkenal Dalam Sejarah

Terdapat pelbagai peristiwa mengejutkan yang terjadi dalam sejarah. Sebagai contoh, pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat (AS) yang masih muda iaitu John F. Kennedy (JFK) sedang menaiki kereta di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Hari itu seperti hari indah yang lain dan harapan orang ramai menggunung tinggi. Hanya sesaat, peluru menembusi kepala JFK dan isterinya, Jackie merangkak atas kereta untuk mengaut cebisan otak suaminya dalam keadaan terpempan.
JFK telah ditembak mati. Set gambar kali ini merakamkan detik-detik vital selepas berlakunya pembunuhan terkenal yang tidak dijangka dalam sejarah.

 photo 1.jpg 
 
 

Syukur isteri ambil keputusan berhijab

Aaron Aziz   
Manis. Wajah Diyana Halik ketika ayu tatkala menggayakan hijab. - Foto Ihsan Aaron Aziz
PELAKON terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.

Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.
 

Kisah Benar – Hakikat Mengherdik Anak Yatim


herdik anak yatim 
Kisah agar panjang........ akak nasihat anda semua perlu membaca hingga habis agar mesej yang disampaikan akan jelas kefahamannya

(Sila sebarkan kisah ini demi keadilan untuk anak-anak yatim yang terlibat)


Isnin, 23 Disember 2013

Kenali Masjid Terbesar Didunia (2013)

Meh sini baca sekejap. Sekurang-kurangnya dapat pengetahuan mengenai Islam. Kan bagus itu. Senarai yang dibawah ini menyenaraikan masjid - masjid yang terbesar di dunia sekarang dan semuanya dibina di Negara Islam (tentulah kan..). Masjid Negara dan Masjid Shah Alam maaf, tak tersenarai. Tapi kalau SHOPPING MALL ya. One Utama ialah shopping mall ke 5 terbesar di DUNIA!

10. Baitul Mukarram (Dhaka, Bangladesh) - Kapasiti 30,000 jemaah, dibuka tahun 1960

  
 
 

Rahsia Di Sebalik Tangga Kenari 1,000 Tahun


http://static.panoramio.com/photos/large/23286561.jpg
Tangga Kenari 1,000 Tahun

Tangga Kenari 1,000 Tahun


You all tau tak di Malaysia ada tempat yang bernama Tangga Kenari 1,000 tahun. Kalau dilihat pada nama pasti ramai yang menyangka Tangga Kenari ni dah berusia 1000 tahun kan. Sebenarnya tidak tapi ada rahsia lain disebalik nama ni. 
 

Info ..Ikuti Sejarah Mulanya Nasi Lemak

Meh kita belajar sejarah malam ni...sejarah nasi lemak....
Jom..kita start

Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.

Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...