Jumaat, 26 September 2014

Rumah Mewah Tan Sri Francis Yeoh YTL. Empayar Kekayaan Kumpulan YTL

Kalau anda naik tren ERL, mesti ada kaitan dengan syarikat YTL. CEO YTL adalah Tan Sri Francis Yeoh (CEO of the Year 2005). Kemudian yang terbaru, YTL sanggup melabur sekitar RM500 juta semata-semata menjayakan meluaskan lagi projek YES 4G. Kalau pergi ke kawasan Sentul pun banyak pembinaan bangunan  di bawah YTL.
 
Gambar Rumah Mewah Tan Sri Francis Yeoh YTL. Empayar Kekayaan Kumpulan YTL
Gambar Rumah Mewah Tan Sri Francis Yeoh YTL. Empayar Kekayaan Kumpulan YTL







 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan..jangan dilupakan IPP yang dikendalikan oleh YTL. Bukan setakat perniagaan IPP sahaja tetapi juga rangkaian resort dan hotel mewah seperti Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu, Kumpulan Vistana Hotel, Majestic Hotel, JW Marriott Hotel dan Ritz Carlton dan beberapa hotel di luar negara seperti di Paris dan Japan (yang boleh Berita Semasa katakan di sini, empayar perniagaan keluarga Francis Yeoh melibatkan Kumpulan YTL adalah “close rival” kepada Berjaya Hotels milik seorang lagi billionaire Tan Sri Vincent Tan) dan banyak lagi rangkaian perniagaannya.

Berita Semasa tidak pasti, tak pasti nak istilahkan rumah mewah VVIP seperti Francis Yeoh ini bagaimana. Melihatkan sahaja ruang dalaman dan senibina daripada permandangan jauh mahligai & rumah VVIP seperti Francis Yeoh jauh meninggalkan deretan rumah yang mengelilinginya. Bersesuaian dengan empayar kekayaan & perniagaan yang dimiliki keluarga Francis Yeoh pada ketika ini.

Firma Jouin Manku yang berpengkalan di Paris, Perancis ini telah dilantik oleh keluarga kaya dari Kumpulan YTL untuk merebentuk senibina dan hiasan dalaman bagi rumah keluarga VVIP Kumpulan YTL sekaligus menempatkan 3 generasi keluarga Kumpulan YTL ini :

Butiran Rumah Francis Yeoh & Keluarga Kumpulan YTL

  • Rumah Rumah Francis Yeoh & Keluarga berkeluasan 3,000 meter persegi’
  • Projek rumah mewah ini telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan siap sepenuhnya pada tahun 2008.
  • Mempunyai 9 bilik tidur, 2 bilik berkeluarga, dapur, ruang makan peribadi, perpustakaan, bilik permainan, ruang menerima kehadiran rakan VVIP dan kenamaan, ruang makan rasmi, bilik tarian, gereja, 21 bilik mandi, kolam renang, 2 bilik tidur tetamu, tempat letak kereta peribadi, tempat letak kereta tetamu
Semak satu persatu koleksi gambar rumah mewah keluarga Francis Yeoh dari Kumpulan YTL ini dari ruang luar sehingga hiasan dalamannya…
Sumber : Berita Semasa / menerusi terbakor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...