Jumaat, 28 Februari 2014

Info -Bahaya Penggunaan IPAD/ Tablet Kepada Si Kecil


  

Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.
 
Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.
 

Resepi - Mee Udang Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat mee udang ni. Hari ni merajinkan diri masak mee udang kegemaran kami sekeluarga. Lagipun bahan2 dah ada, senang plk tu menyediakannya. Pada peminat mee udang tu, bolehlah cuba resepi dari Mat Gebu ni. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, sblm ni pun akak dah pernah buat ikut resepi ni...mmng menjadi dan sedap sangat. Sekali lagi akak kongsikan resepinya kat sini ya. Pada peminat mee udang tu, bolehlah cuba, pasni takyah order kat kedai bila nak makan mee udang tomato...kwn2 boleh buat sendiri dan semestinya puashati dan puas makan yg penting. Maklumlah bila anak2 makan sedap, mesti nak ulang2 makan kan. Bila masak sendiri, jimatlah sikit sbb kita masak seperiuk... 


 
 
 

Fakta :20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di Muka Bumi - bah 1

Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada kuasa politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme  dan kolonisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan munculnya beberapa empayar seperti Empayar Maurya dan Gupta di India, Empayar Chin dan Han di China dan Empayar Rom di Eropah.

Kekuatan tentera amat penting. Direkodkan bahawa Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I  mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.
 

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Dirimu

Salam . jom baca Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Dirimu..

Serah-cinta-hanya-pada-isteri-yang-sah1  
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya, dan dia akan selalu bahagia jika melihat kamu bahagia.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Apa Maksud Rezeki Yang Berkat


Sesunguhnya dalam kita mencari rezeki berkat juga dikenali sebagai rezeki yang halal perlu ada satu tanggungjawab dalam setiap apa yang kita cari untuk kita dan keluarga. Kerana apa yang masuk dalam mulut kita dan keluarga akan menjadi darah daging.
 

Senyuman Rasulullah S.A.W

http://pondokalmadinah.com/file/2013/04/sabar.jpg
Sabar Itu Sebahagian Dari Iman

Senyuman Rasulullah S.A.W


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah senyuman Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan seorang Badui yang berkasar dengannya.

Anas bin Malik ra pernah berkata " Aku pernah berjalan bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau mengenakan pakaian buatan Najran. Datanglah seorang Badui mendekati beliau dan kemudian dengan kasar menarik baju yang dikenakan Rasulullah saw tersebut. Akibat kerasnya tarikan orang Badui itu, leher Nabi saw tergores sedikit.
 

Khamis, 27 Februari 2014

Lintasan Hidupan Liar Menarik Di Serata Dunia

Wildlife overpassesgreen bridges dan ecoducts, semua merujuk kepada struktur yang dibina samada di atas atau bawah jalan raya untuk membolehkan hidupan liar menyeberang jalan dengan selamat. Kebanyakan struktur adalah di antara 10 m (30 kaki) dan 60 m (180 kaki) lebar. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies haiwan. Berikut beberapa gambar lintasan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
 Taman Negara Banff, Alberta, Kanada.
 

Fakta- Juruterbang Yang Mengugurkan BOM Atom Di HIROSHIMA

Pada 6 Ogos 1945, juruterbang pesawat B-29 Enola Gay telah menjatuhkan bom atom seberat 5 tan untuk mengakhiri Perang Dunia

 Paul Tibbets adalah juruterbang pesawat B-29, juga dikenali sebagai Gay Enola,yang membawa bom atom yang juga dikenali sebagai nama samaran "Little Boy" adalah juruterbang yang bertanggungjawab menjatuhkan bom tersebut di bandar Hiroshima. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1945.


Ketenangan Itu Tidak Wujud Di mana-mana, Tapi Ia Berada Di Dalam Hati

 
Apabila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai tentu hati kita berdetik; alangkah bahagianya kalau dapat pergi atau tinggal di tempat-tempat tersebut. Di situlah ketenangan dapat diperolehi, di situlah kebahagiaan dapat dikecapi. Paling tidak pun, itulah yang lazim dirasakan oleh sebahagian besar manusia.

Maka menujulah manusia ke pantai-pantai yang permai mencari apa yang mereka namakan sebagai ketenangan. Menjelajahlah manusia ke hutan rimba, ke dataran hijau dan ke bukit serta gunung yang tinggi demi mendapatkan ketenangan yang mereka cari.
 

Info - Hospital Pertama Dunia Dibina Oleh Umat Islam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Boleh kata setiap negara mempunyai hospital untuk merawat pesakit. Di Malaysia sahaja boleh dikatakan setiap daerah memiliki hospital sendiri. Namun pernahkah kita tahu bahawa umat Islam sendiri adalah pencipta pertama hospital di dunia? Jom baca sejarahnya!
 

Muslim make the 1st hospital

Hospital pertama di dunia telah didirikan oleh orang Islam dan dinamakan sebagai Bimaristan. Sarjana perubatan Islam Parsi merupakan pelopor dalam pembinaan hospital ini. Malah, nama hospital berkenaan juga diambil sempena perkataan Parsi.

I Love You Dinda



Tadi.. Orang rumah mesej aku. Dia tanya aku nak makan apa malam ni. Tapi, bentuk pertanyaannya itu terus disertakan jawapan. Kira soalan berbentuk objektif la ni.


Resepi -Sambal Hitam Ikan Bilis

SAMBAL HITAM IKAN BILIS

Bahan-bahan:
200 gm ikan bilis – ditumbuk
2 biji bawang besar – ditumbuk
15 tangkai cili padi – ditumbuk
3 biji belimbing buluh – direbus dan ditumbuk
2 sm kunyit – ditumbuk
10 ml minyak masak
Garam secukup rasa


Selasa, 25 Februari 2014

Tazkirah : Apa yang terjadi Pada tubuh kita setelah dikuburkan?


Tazkirah..
APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?
Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..  Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..
 

Ayat budak sekolah sekarang


Budak sekolah
Gambar dari IG Zara Zya
Tak pakai dah nama Abu, Aminah Hussin, Hassan dan seangkatannya. Itu nama orang dulu-dulu. Tapi sekarang..
 http://emarieys.com/

Resepi Nasi Lobak Merah Special dan Mudah


  

Resepi Nasi Lobak Merah ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.


Penyamaran Seorang Penembak Tepat Yang Sangat Sukar Dikesan.

 

Kemampuan menyamar atau menyembunyikan diri ternyata tidak hanya dimiliki oleh haiwan saja . Baru - baru ini beredar foto yang memperlihatkan bagaimana seorang penembak tepat menyamar ketika menjalankan aksinya .

Seorang jurugambar bernama Simon Menner , diberi kebenaran khusus untuk mengikuti latihan para penembak dan tentera Jerman . Di sana ia mengabadikan segala kegiatan penembak tersebut termasuk bagaimana cara mereka menyamar saat melakukan tugasnya .
 
 

Bagaimana menjadikan Diri Comel dan Cantik dihadapan Allah?

cantik dihadapan

Semua orang nak cantik.. semua orang nak comel.

Mungkin kita akan berusaha membuat apa sahaja supaya orang akan anggap kita cantik dan comel.
Malah kadang-kadang kita sanggup beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus.

Wanita dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin cantik dan kacak. Tak salah nak cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan. Namun perlulah cantik bersyariat.

Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapan-Nya?


Mengapa Redha Suami itu adalah Syurga bagimu Wahai Isteri ?


Para isteri sekalian tolong baca sampai habis kemudian muhasabah diri sendiri.... 
Mengapa Redha Suami itu adalah Syurga bagimu Wahai Isteri ?

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yg mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
 

Harta Sebenar Yang Kita Punya


Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang selalu berkata kekayaannya, hartanya walaupun dari hartanya hanya tiga yang benar-benar menjadi miliknya :

1. Apa yang dibelanjakannya.

2. Apa yang telah digunakan dan rosak.

3. Dan apa yang telah dibelanjakannya di jalan Allah.

Semua yang lain yang ditinggalkannya menjadi habuan orang lain."
(MUSLIM)

Isnin, 24 Februari 2014

Info - Makanan Yang Membuatkan Anda Kelihatan Letih



Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, anda akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih. 


Ahad, 23 Februari 2014

Ciri-Ciri Orang Munafik



tandaorangmunafik
Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

 

Papa, Nanti Bacakan Cerita Ini Kuat-Kuat Pada Ina Ya?(kISAH bENAR)


ayah2
Cerita yang sungguh menyayat hati. Betul2 berbuku di hati untuk sesiapa yang mendalami dan belajar dari pengajaran cerita ini. Sebuah kisah benar..

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
 

Sejarah Sistem Kabinet Pertama Di Malaysia

Pada 9 April tahun 1951, satu percubaan untuk berkerajaan sendiri di mulakan di Persekutuan Tanah Melayu apabila buat pertama kalinya enam orang 'Ahli Tidak Rasmi' dari Perkhidmatan Awam telah dilantik mengetuai urusan pentadbiran beberapa buah Jabatan Kerajaan bertaraf Kementerian dan untuk turut sama bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

Perlantikan adalah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan secara kabinet yang dipanggil 'Sistem Ahli' dalam usaha mencapai matlamat berkerajaan sendiri. Enam orang 'Ahli Tidak Rasmi' yang dilantik itu ialah:
 

Kenali 4 Jalan Paling Sempit di Dunia

Inilah 4 Jalan Paling Sempit di Dunia - Berjalan-jalan melewati gang ke gang biasanya gang tersebut memiliki luas yang cukup untuk satu mobil bahkan ada yang lebih. Namun di jalan gang kali ini agak sedikit berbeda tentunya. gang ini mungkin hanya cukup dilewati oleh anak-anak dan hewan seperti anjing dan kucing.

Di jalan paling sempit didunia ini memiliki luas kira-kira sekitar 30 cm - 60 cm sangat sempit bukan, untuk berjalan saja sudah susah apalagi kalau berlari ya, sudah pasti banting sana banting sini begitu keluar dari jalan tersebut yang ada hanya baret dan lecet dibahu kiri dan kanan.

Mungkin kebanyakan dari traveler ada yang pernah melewati jalan paling sempit didunia ini yang berkelok, menurun, kotor hingga jalanan yang tertata cantik. Tapi pernahkah Anda melewati jalan tersempit? 
 

Resepi - Daging Masak Palembang

DSC_0482bb
Salam……

Daging Palembang ni lauk kami hari ni…. Memang sedap sangat dan sangat disukai oleh anak2 saya…

Rasa daging ni lebih sedap dari rasa daging masak kicap….  rasanya seperti rasa daging masak  rendang hitam!! Memang sedap bila dimakan dgn nasi putih panas2 dan ulam2an!! Kalau dgn dimakan bersama nasi minyak atau briyani serta acar pun ia sangat sesuai!!!
sesiapa yg belum cuba resepi ni… silalah cuba ya… mesti tak nyesal!!

Info - Kencing Manis Risiko Terbesar Mengundang Serangan Angin Ahmar

1
Oleh Shahfizal Musa (UKM Portal News)
Suatu kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.


Penemuan ini merisaukan kerana jumlah pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat, khususnya di kalangan generasi muda, kata seorang Perunding Neurologi di PPUKM, Prof Datin Dr Norlinah Mohd Ibrahim.
 

Rahsia Rumahtangga Bertambah Bahagia

 
Semalam, kami ada terbaca satu kes tentang tindakan kejam seorang suami menendang perut isterinya yang sedang hamil empat bulan sehingga mati. Di mana silapnya hubungan yang dibina selama lapan tahun ini berakhir dengan tragedi yang menyedihkan? Sebenarnya ada rahsia untuk terus mengekalkan rumahtangga yang bahagia yang bukan hanya sekadar menjaga makan minum pasangan. Tetapi ia boleh bermula dari perasaan.

Iman Yang Paling Menakjubkan


Demikian pertanyaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada sahabatnya di suatu pagi. Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!".

Nabi menangkis, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka pelaksana perintah Allah?" Sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, para Nabi-lah yang imannya paling menakjubkan!"

"Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka," sahut Nabi.

Untuk ketiga kalinya, sahabat mencoba memberikan jawaban, "Kalau begitu, sahabat-sahabatmu ya Rasul."
 
 

Menghargai persahabatan

TIAP orang yang hidup di dunia ini memerlukan teman dan sahabat. Keperluan ini tidak terbatas pada saat dan waktu tertentu sahaja tetapi pada setiap masa, senang atau susah, gembira atau sedih.
Persahabatan pada hakikatnya merupakan satu nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada hati-hati yang ikhlas dalam membina hubungan semata-mata kerana Allah SWT. Kesan daripada itu maka timbullah perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain. 

 
 
 

Sabtu, 22 Februari 2014

Wanita, Apakah Yang Perlu Dijaga?

Wanita Perhiasan Dunia, Wanita juga ramai yang menghuni Neraka. Ayuh muslimah, tutup aurat anda dengan sempurna. Berpakaian kena bijaksana. Apa yang perlu dijaga?:

tumblr_llollkcfF51qfo1m2o1_500
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Jumaat, 21 Februari 2014

Razali Si Deliveri & Wee Kiat dalam drama tahun baru Cina

Assalamualaikum...
Tertarik  dengan Video ni...Agama islam untuk semua orang tak kira apa pun bangsa..
rozisalehin.blogspot

Terbaru - Senarai Orang Terkaya Di Malaysia.

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lalu.
Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lalu, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada
RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.
Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia  pada 2002, gabungan jumlah aset mereka RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.

Info -Tabiat Kecil Buatkan Wanita Cepat Tua



3 kesilapan kecil ini mampu membuatkan anda nampak tua malah wajah anda seakan tidak bermaya dan nampak kusam. Ingin tahu apa dia? Kami kongsikan.
 

Bukti Jimmy Shanley Kahwin Baru

Gambar bukti Jimmy Shanley kahwin baru lagi isteri ke 2. Berita mengenai perkahwinan terbarunya itu diumumkan oleh Jimmy sendiri menerusi sebuah rancangan SIS di TV9. Dalam rancangan tersebut, Jimmy Shanley telah membuat pengakuan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terbarunya. Namun, Jimmy enggan untuk mendedahkan identiti isterinya itu.
Menerusi foto yang dikongskikan oleh Jimmy di Instagram, anak baru Jimmy yang baru lahir dinamakan sebagai Jouseff. Ini menguatkan lagi bukti dakwaan bahawa Jimmy telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri kedua. Terdahulu, Jimmy pernah berkahwin namun bercerai dengan isteri pertama iaitu Suhaila pada 11 Oktober 2012. Hasil perkahwinan pertama juga, Jimmy dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Rania yang kini berusia 3 tahun.
Gambar Bukti Anak Baru Jimmy Shanley
 
 

Apa yang dikeluarkan semasa berbekam?


 

Apa yang dikeluarkan semasa berbekam?

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)


Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)


Resepi - Ikan Siakap Masak KAENG SOM


Kemsom atau Keng Som atau Asam Pedas Thailand / Siam
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
½ biji nanas – dipotong segi tiga
2 batang bunga kantan
3 cawan air
Sedikit daun kesum
Sedikit minyak masak
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Gula secukup rasa


Aksi-aksi Jepun Semasa Perang Dunia Kedua

Jepun merupakan kuasa tentera yang paling digeruni di Asia. Tentera bermata sepet dan hanya mempunyai purata ketinggian 165cm ini telah menawan hampir kesemua rantau Asia Timur menjelang 1944. Tentera Jepun diasaskan semasa pemulihan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji. Modernisasi ketenteraan yang dilakukan oleh beliau telah memberi impak yang cukup besar kepada negara yang sering digelar ‘Negara Matahari Terbit’ ini. Jepun mula menjadi negara industri dan mempunyai teknologi sendiri. Mereka mula membina peralatan dan alatan mereka dengan jenama mereka sendiri.

 Pada masa itu, lahirlah beberapa nama besar industri berat seperti Mitsubishi, Daihatsu dan banyak lagi. Tentera mereka juga tidak terkecuali daripada modernisasi yang dilakukan oleh Meiji. Dengan menerapkan semangat Samurai dalam diri, tentera Jepun terkenal sebagai tentera yang bergitu berdisiplin dan bersemangat kental. Dengan kekuatan lebih sejuta tentera di seluruh Jepun, Jepun telah menakluk Asia dengan moto “Asia untuk orang Asia’.


Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita


menjatuhkan semangat 
Berubah itu mudah.
Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

Sunnah Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya :
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
Berikut merupakan beberapa Sunnah hari jumaat yang boleh kita amalkanJom Sama-sama kita memuliakan Hari Jumaat :
 
luvislam92.blogspot.

Khamis, 20 Februari 2014

Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Campur Inggeris

blggeryasmin 
Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. 

Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!

Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.


Bersyukurlah Jika Anda Seorang Yang Pemalu

Diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah lebih malu sifatnya dari seorang gadis. Itulah pentingnya memiliki sifat malu kerana jika ada perasaan malu, seseorang Muslim dapat mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.


Gadis Pemalu

Mereka akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh, maksiat dan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri, beliau berkata: "Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah, bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (Hadis riwayat Bukhari)
 
 

Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA

Sayap memainkan peranan yang sangat penting dalam menerbang dan mengendalikan pesawat tidak kira sama ada pesawat komersial mahupun pesawat tempur..Namun, pesawat yang direka oleh pihak NASA ini mempunyai reka bentuk yang sangat aneh di mana ia tidak mempunyai sebarang sayap..Justeru, bagaimana ia diterbangkan? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Bagi kebanyakkan rekaan pesawat, dengan memasang sayap, ia boleh menjurus kepada kenaikan kos harga pesawat itu sendiri. Oleh itu, dengan mengelakkan penggunaan sayap, ia mampu menurunkan kos dalam operasi spatial dengan begitu drastik sekali. Kajian terhadap penggunaan pesawat tanpa sayap telah menggunakan HL-10 dan pelbagai peranti lain dari tahun 1966 hingga lah 1975. Tidak dinafikan, sayap yang dipasang pada pesawat hari ini telah banyak membantu kita memahami konsep aerodinamik pada kelajuan hipersonik. 
 

John Ridley, Mantan Jurnalis BBC yang Menemukan Jawaban dalam Islam

john-ridley 
“Aku mendapat kesempatan bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah petualangan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku,” ujar John Ridley, mengawali kisahnya mendapatkan hidayah.

Ia merupakan seorang jurnalis, penyiar sekaligus penulis. Meski diawali tugas yang hanya berjangka waktu enam bulan, ia lalu menghabiskan 30 tahun berpindah-pindah dari satu negara ke negara lain di Timur Tengah. Berbagai peristiwa Timur Tengah pernah menjadi bahan berita dan tulisannya. Beragam gejolak Timur Tengah pun, ia saksikan dan kabarkan. Ia meliput beragam peristiwa dari perang Palestina-Israel, invasi AS ke Irak hingga yang terakhir Arab Spring. Dari pengalamannya inilah John mendapatkan scercah cahaya hidayah.
 

Alonso Mateo Budak Paling Stylo

Gambar Alonso Mateo Budak Paling Stylo | Budak ini berusia 5 tahun sudah pandai bergaya dan ramai meminati fesyen nya. Budak ini lebih di kenali melalui akaun Instagram nya. Maklumlah bapa budak ini merupakan CEO bagi sebuah syarikat berkaitan fesyen.

Memang nampak stylo betul budak nie, bukan main lagi dia berfesyen mengalahkan model terkenal. Nampak comel dan smart, pandai bergaya pulak tu. 


Sayu, Jangan Lihat Saja, Bantulah Si Kecil Yang Memerlukan Bantuan Anda Semua

Sofwatul Amani - Anak kecil yang dilahirkan dengan keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya.
Saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai² tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun. Kasihannya kamu wahai anak kecil.
 


Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu. Sebarkan!

azhar wahab
Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu : Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Cepat menghulur bantuan melihatkan kesusahah orang lain walaupun yang datang meminta bantuan, tidak tahu “asal-usulnya”. Malangnya….

Malangnya keprihatinan rakyat Malaysia telah disalahguna oleh golongan yang sanggup mengambil kesempatan dengan memperhambakan anak yatim bagi memuaskan misi mengaut kemewahan dengan cara mudah dan juga keji. Inilah yang dilakukan Azhar Wahab, pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.
 

Rabu, 19 Februari 2014

Rompakan Keretapi Terbesar Dalam Sejarah ( 1963 )

Bridego Bridge, tempat rompakan berlaku.
The Great Train Robbery adalah nama yang diberikan untuk sebuah rompakan keretapi terbesar dalam sejarah yang berlaku pada 8 Ogos 1963 di Cheddington, Buckinghamshire, England.

Keretapi Royal Mail dari Glasgow ke London dihentikan dengan cara merosakkan isyarat keretapi. Kumpulan yang terdiri daripada 15 orang ahli yang diketuai oleh Bruce Reynolds termasuk Ronnie Biggs, Charlie Wilson, Jimmy Hussey, John Wheater, Brian Field, Jimmy White, Tommy Wisbey, Gordon Goody dan Edwards Buster, berjaya melarikan diri dengan £2,6 juta bersamaan dengan £40 juta (US $ 80 juta) nilai wang pada tahun 2006.
 

Kategori Takut Ke Tandas Sumber:

 

Sebab asbab kenapa anda, couple anda, adik anda, kakak anda, abang anda, kawan anda, adik kepada kawan anda dan kawan kepada adik anda serta sesiapa sahaja apabila ditanya kenapa takut hendak ke tandas mahupun bilik air sorang-sorang. Inilah jawapan yang anda semua bagi...
 

Tanda-Tanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baru

1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja 
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka. Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.
 

Mandi : Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari?


Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula – mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar )
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci.

Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.

Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu.  Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius. 

Mawaddah & Rahmah, Dua Sayap Cinta dalam Rumah Tangga

Untuk  terbang tinggi, burung membutuhkan dua sayapnya sekaligus. Saat satu sayapnya patah, ia tak bisa membelah angkasa lagi. Pasangan suami istri juga membutuhkan dua sayap cinta agar kehidupan rumah tangganya bahagia. Dua sayap cinta itu adalah mawaddah dan rahmah.

Mawaddah adalah cinta karena faktor fisik; karena gagah dan seksi, tampan dan cantik, menawan dan menarik. Tentu saja setiap orang memiliki sesuatu yang menarik secara fisik, dan sifatnya relatif-subyektif. Ada nuansa syahwat di sana. Dan umumnya masa terbaiknya adalah saat masih muda. Semakin tua, semakin ia pudar dan tak lagi mempesona.
 

Hafsah : Wanita Yang Dibela Jibrail Kerana Tekun Beribadat.



hafsahbintiumar
Hafshah ialah anak perempuan kepada seorang lelaki yang terbaik iaitu Saidina Umar bin Khattab. Aisyah menceritakan sifat Hafshah sama dengan sifat ayahnya dan mempunyai kelebihan kerana mempunyai kepandaian dalam membaca dan menulis yang mana kepandaian yang tidak dimiliki oleh lazimnya wanita lain masa itu. 

Sebelum menikahi Rasullulah saw dia adalah isteri kepada Khunais bin Hudzafah as-Sahami yang berjihad di jalan Allah swt pernah berhujrah ke Habsyah kemudian ke Madinah dan gugur dalam perang badar. 
 

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Riwayat: Bukhari

Hadith: Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”
 

Selasa, 18 Februari 2014

Mesej Ayat Al-Quran Dari Peristiwa Letupan Gunung Kelud

gunung-kelud_misteri-4 

Jakarta: Sebahagian rakyat Indonesia semalam menerima mesej pesanan ringkas yang menghubungkan letusan Gunung Kelud dengan beberapa ayat dalam al-Quran.

Pesanan berantai itu tersebar dengan cepat, berisi maklumat mengenai kronologi letupan itu, yang menurutnya sudah digambarkan di dalam kitab suci itu.


Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia

SEBUAH taman tema futuristik pertama di dunia yang berkonsep robotik akan dibina di Incheon, Korea Selatan.

Menurut laman saluran Discovery, projek robot Land yang menelan kos kira-kira AS $ 625 juta (RM2.1 bilion) itu turut menggabungkan elemen perniagaan.

Ini kerana ia bakal dilengkapi pusat jualan robot berteknologi tinggi terbaru, pusat penyelidikan dan pembangunan robot serta institusi pendidikan tinggi.

Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia2 Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia 


10 Rekaan Jam Yang Unik Dan Lain Dari Yang Lain..

am...ada jam tangan, jam dinding, jam loceng. Apapun jenisnya yang pastinya jam menggambarkan "Masa adalah emas" itulah yang sering ditunjukkan alat penjaga masa ini.. Jadi jom kita selongkar antara rekaan unik dan lain dari yang lain jam...

10. Jam Director


Rekaan jam ini diinspirasikan daripada pita pengarah yang memaparkan setiap detik dan saat dalam rekaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...