Ahad, 31 Mei 2015

Sarinja Terima Hidayah, Kongsi Keindahan Islam


PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang digelar Sarinja ini?

Mungkin ada yang terpinga-pinga memikirkan kenapakah nama itu kini menjadi sebutan menerusi laman-laman media sosial sekarang.

Rata-rata netizen kini sangat mengagumi serta mendapat inspirasi daripada gadis kacukan Sweeden-Thailand ini kerana berjaya memperoleh hidayah Allah SWT dan kini sering berkongsi pengalaman istimewanya sebagai saudara baharu dalam Islam.


Sebab Kita Akan Cakap ‘Eh Mampus Lah Kau’

10-couple-fighting-lgn
Sepanjang kehidupan korang yang dah bertahun-tahun ni, pasti ada saat dan ketikanya apabila korang rasa fedup sangat dan tak mampu nak berkata-kata kan?

Hinggakan terkeluar ayat paling menusuk kalbu sekali iaitu ‘Eh, mampuslah kau’. Haaa, ni kira kes dah bengang abadi lah ni.

Tapi, sedar atau tidak, situasi dibawah ini turut menjadi penyumbang kepada korang melontarkan ayat tersebut. Tak percaya? Meh baca :


Kenali Cara Lelaki Merajuk


merajuk lelaki 
Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


5 kisah kematian paling pelik

5 kisah kematian paling pelik
Antara kisah yang pelik ialah bagaimana penggemar makanan organik meninggal dunia. - Gambar Hiasan 
 
KUALA LUMPUR: Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.

Lima kisah kematian di bawah mungkin antara yang paling pelik (dan mungkin juga ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.
 

Info - Keajaiban Setelah Kita Menangis


menangis 
Siapa kata menangis tak ada gunanya?Jika anda menangis terlalu lama, ia mampu membuat mata anda merah dan bengkak. Tetapi anda tidak perlu khuatir..menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan fikiran anda. Nampak macam pelikkan??Tapi percayalah….Jom kita lihat, bagaimana air mata & tangisan boleh membantu anda…..

Resepi Roti Bun Mudah & Lembut Homemade

 
Bahan-bahan
 
1/2 Cawan Air Suam
1 sudu kecil serbuk yis marzipan
3 sudu besar susu pekat
(Semua bahan di atas dicampurkan didalam satu bekas. Biarkan bahan tersebut berbuih)
 
2 Cawan tepung gandum
1sudu makan butter/majerin
1 sudu the gula (ikut kehendak masing-masing jika nak manis boleh tambah)
(bahan ini digaul dijadikan peroi)
 

Jumaat, 29 Mei 2015

Home / Information / Pendapatan Gaji Di Dubai Adalah Yang Tertinggi di Dunia Pendapatan Gaji Di Dubai Adalah Yang Tertinggi di Dunia



Walaupun peningkatan kos hidup di Emiriah Arab, tetapi para pekerja yang berada di kedudukan pengurusan dan senior di negara ini mempunyai pendapatan yang termasuk dalam senarai 10 negara dengan bayaran tertinggi di dunia.

Kajian Mercer 's 2014 International Geographic Salary Differentials yang melihat pendapatan kasar dan bersih di semua jenis kerjaya di 79 negara, menunjukkan gaji pekerja profesional senior dan junior di Dubai tahun lalu berkisar US $ 51.5 ribu hingga US $ 76 ribu per tahun.

Berdasarkan Gulf News yang dikutip, Isnin 14 Julai 2014, para pemerhati menilai negara ini masuk dalam senarai 10 negara yang paling dermawan menawarkan gaji.
 

Langkah YG Anda Patut Buat Selepas Dipatuk Ular.

Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular.
1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 17 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'.
2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone 
 

Kenali Jenis Makanan Kurangkan Mual Mengandung

Rasa loya dan mual semasa trimester pertama kehamilan adakalanya membuatkan bakal ibu menjadi malas untuk makan, padahal waktu itu adalah saat kritikal pertumbuhan janin. Sepatutnya pada trimester pertama, ibu perlu makan banyak makanan berkhasiat bagi memastikan janin membesar dengan sihat.

Namun demikian, sikap tidak lalu makan di awal kehamilan adalah perkara normal kerana ketika ini berlakunya perubahan hormon dalam badan ibu. Tetapi jangan terlalu melayan perasaan tersebut kerana ibu perlu tahu bahawa pemakanan ibu memberi kesan terhadap perkembangan bayi di awal kehamilan.

Oleh itu ibu perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat kepada ‘orang di dalam’. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.

Kisah Wanita Berwajah Buruk Yang Sangat Taat




Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.

Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi seolah-olah mereka kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya,
“Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”

Khamis, 28 Mei 2015

Pemandu F1 berpendapatan tinggi


Umum sedia tahu mengenai gaji pemain-pemain bola sepak terutamanya di Eropah dengan gaji mencecah ratusan ribu seminggu sebagai contoh pemain Manchester United iaitu Wayne Rooney yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM1.2 juta setiap minggu iaitu bersamaan dengan RM4.8 juta sebulan.

Selain sukan bola sepak, sukan yang membabitkan gaji lumayan tidak lain lagi pastinya sukan permotoran iaitu Formula Satu (F1). F1 yang mula diperkenalkan pada 1906 ini sangat terkenal dan mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia termasuklah di Malaysia sendiri yang turut merupakan salah satu lokasi perlumbaan F1 Grand Prix.

La' Tahzan, Jangan bersedih, Allah Bersama Kita !!! - Dr MAZA


Jam 5.16 pm - Istiwa’ Utama Matahari, Petunjuk Arah Kiblat Paling Tepat

Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di atas Kaabah).

Istiwa’ Utama Matahari

Peristiwa ini akan berlaku dua kali tahun ini, 2015, (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.


Tips Membentuk Keluarga Islam Berkualiti

Saban hari, kita dipaparkan dengan pelbagai isu dan masalah kepincangan masyarakat seperti masalah rogol, buang bayi, gangsterisma di sekolah, permusuhan keluarga, perceraian ibu-bapa dan malah isu penderaan kanak-kanak oleh ibubapa mereka sendiri. Fenomena yang kian menjadi-jadi ini ditambah pula dengan kecanggihan teknologi telah seolah-olah menambah parahkan situasi kecelaruan dalam satu-satu masyarakat, lebih-lebih lagi kerapuhan dan kepincangan institusi keluarga. Kejadian sebegini menyebabkan kita berfikir, termenung bahkan mungkin terus berbicara sendirian akan realiti yang berlaku di sekeliling kita ini.


Apakah kesilapan yang kita sebagai ahli masyarakat amnya dan ahli keluarga khasnya telah lakukan sehingga kejadian ini seolah-olah tidak terbendung lagi. Di manakah nilai-nilai kehidupan sebenar sesebuah institusi keluarga? Apakah yang menyebabkan kerapuhan dan keruntuhan institusi tersebut? Di manakah silap kita?

Wajarkah kita menuding jari kepada sesuatu pihak?


Resepi - Ikan kembung rebus air asam

Menu nie mmg sesuai lah kalau kiter nk lari dr menu yg lain2.. Bukan saja mudah n senang nk buat nyer malahan sedap dimakan sehinggan menjilat pinggan gitu hhahahhahha teroverdose lak aku nie ekekk.. ok lah jom kiter layan resepi nyer ek...


Ermmm nyaman jer tgk terliur sudah kan kan kan....
 

Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Efektif

ibu bapa
Mendidik anak membesar sebagai indvidu yang berperibadian mulia bukan tugas yang mudah dan singkat. Anak adalah amanah dari Allah dan ujian kepada ibu bapa. Kesabaran dan ketelitian memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.

Tuntutan kerjaya dan kos hidup yang semakin tinggi setiap hari membuatkan ada ibu bapa yang terlepas pandang memberikan didikan sempurna kepada anak-anak. Jangan sekali-kali bersikap sambil lewa dalam mendidik anak terutama semasa enam tahun pertama mereka yang merupakan tahun terpenting dalam kehidupan mereka.

Kepada yang bergelar ibu ayah, marilah mengamalkan tabiat berikut untuk  menjadi ibu bapa yang efektif.

Rabu, 27 Mei 2015

Resepi - Apam Gula Hangus


Apam Gula Hangus

Masih menjadi pilihan anak-anak muda hari ini, Apam Gula Hangus, kuih kukus yang paling ringkas untuk dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan dan sangat sesuai dihidang kepada anak kecil.

Perkara Yang Spoilkan Mood Korang Pagi-pagi Buta

PerkaraYangBuatKorangMarah 

Korang pernah tak rasa nak marah tahap dewa tapi tak dapat nak lepaskan sebab benda tu perkara kecil je.
Kadang-kadang habis korang menyumpah kat orang/benda tu, jadi  kat sini kitaorang nak share sikit pasal apa korang sampai nak menyumpah tu, kitaorang sendiri kadang-kadang ada kena tau.


Sebab Orang Jepun Lebih Islam Dari Orang Islam Ditu

Imam Abdullah Taqy, seorang Imam berbangsa Jepun di Tokyo merupakan seorang bekas pembuat tatu
Jepun, sebuah negara maju yang pesat membangun tetapi masih lagi mengekalkan nilai-nilai murni  dalam setiap penduduknya. Malah akhlak ini sama seperti yang diterapkan dalam agama Islam seperti menepati masa, jujur, dan lain-lain. Namun, ada yang berpendapat orang Jepun lebih Islam daripada orang Islam sendiri. Cuba lihat sebab dibawah.

Selasa, 26 Mei 2015

Peta Kehidupan


Pejalanan Manusia
 http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

'Supercar', 'Hypercar' Paling Mahal Di Dunia


Harga bukan menjadi satu masalah buat ramai jutawan kerana apa yang penting bagi mereka adalah memiliki kereta paling eksotik dalam koleksi mereka.

Apa yang anda akan terbayangkan jika kereta tersebut berada dalam kategori kereta 'supercar' atau 'hypercar'? Pastinya kemewahan, kelajuan dan semestinya pada harganya yang amat mahal.

Berikut merupakan 10 jenis 'supercar' dan 'hypercar' paling mahal di dunia!

Zenvo ST1
Harga: RM4.39 juta

Zenvo ST1

Kereta buatan Denmark ini hanya dihasilkan sebanyak 15 unit sahaja. Ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 375km/jam dan boleh memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 2.9 saat sahaja. Apa yang membuatkan kereta ini sangat eksklusif adalah setiap pembeli akan mendapat khidmat servis di mana-mana sahaja berada. Bermakna mereka akan menerbangkan pakar ke serata dunia di mana pembeli berada untuk memastikan kereta pembeli sentiasa berada dalam keadaan baik.

AWAS Kolagen pembunuh senyap


JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.

Tips - Cara Senang Tarik Hati Mentua


Cara Senang Tarik Hati Mentua

Ramai menantu yang mungkin tidak sejiwa dengan mentua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mentua terlalu cerewet. Sebenarnya ada banyak cara yang lebih manis untuk anda dekat dengan hati mentua, malah sekelip mata akan disenangi di kalangan ipar-duai. 
 
 
Kenapa perlu pilih jalan negatif kalau cara positif dan hasilnya semua bahagia dalam hubungan kekeluargaan. Jom ikut cara ini...
 
 

Wajib Baca - Cara Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anak

Mari sama-sama belajar. Sebagai guru, saya sentiasa mencari pendekatan terbaik untuk menyelami hati anak-anak. Teknik Nabi SAW ini juga baik untuk dikongsi kepada pembaca selaku ibu dan ayah.

Kita yang bujang ni tak salah belajar sama, insyaAllah nanti dekat jodohnya dan rapat rezekinya mendapat cahaya mata soleh/solehah.
  

Kisah Dan Fadhilat Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW

Dikisahkan Kisah Dan Fadhilat Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW bahawa ada seorang ibu yang berguru kepada Syeikh Hassan Al-Bashri. Pada suatu hari seorang wanita menghadap gurunya seraya berkata :"Guru puteriku telah lama meninggal dunia, aku ingin sekali menemuinya melalui mimpi. Maka perkenankan guru agar mengajarkan kepadaku agar aku dapat menemuinya." 

Lalu Syeikh Hassan Al-Basri pun mengajar wanita itu agar membaca selawat Nabi dan pahalanya ditujukan kepada roh puterinya itu. 

Setelah beberapa hari ibu itu mengamalkan apa yang diajarkan oleh Syeikh Hassan Al-Basri. Maka pada suatu hari ibu itu telah bermimpi bertemu dengan puterinya. Dilihatnya, si puterinya sedang mengenakan baju yang diperbuat daripada api neraka. Lehernya terbelenggu dan kedua kakinya terikat oleh tali yang diperbuat daripada api. 
 

Resepi - Ikan Masak Asam Rebus

Resepi mudah dan sedap di makan dengan kicap...... ummmmph...Selain ikan selar, boleh juga digantikan dengan ikan kembung.

Ikan Masak Asam Rebus
I

Isnin, 25 Mei 2015

Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC

Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC
Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC
Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC | Assalamualaikum. Beberapa hari yang lalu aku dengan rajin telah mengoogle blog blog yang berkisarkan fotografi. Entah macam mana potret ni betul betul buat aku teruja. Potret ni setanding dengan potret Monalisa yang pernah di hasilkan oleh Leonardo Da Vincci. Hebatnya fotografi sehingga mampu terlihat gah dan mampu ditafsir jika kita betul betul menghayati sesuatu potret tersebut. 

Doa Mudah Dapat Ikan Ketika Memancing

Maksudnya, "Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Resepi - Tauhu sumbat Daging/ Ayam


Masak ni senang jer, cuma tauhu akak beli lembik sangat,kalau boleh cari yang keras sikit. Dia ada sos nya tapi akak malas nak buat . Makan dengan sos cili jer atau makan cam tu jer...


Cara Paling Sempoi Untuk Uji Kesetiaan Suami Atau Boyfriend Korang

Pertama sekali post ini bukan lah nak mengajak korang ramai-ramai untuk meragui kesetiaan pasangan. Memang beruntunglah kalau korang dapat suami atau pun kekasih hati yang cukup setia.

Kata orang hati manusia ni berubah-ubah, hari ni cakap lain esok cakap lain. Jadi apa salahnya cuba uji si dia dengan 7 cara paling win ni.

1. Eh kenapa baju abang bau perfume Victoria Secret ni?

funny
Yang sebenarnya tak ada bau apa-apa perfume wanita pun tapi saja nk uji dan tengok reaksi si dia bila diajukan soalan demikian.

Korang ‘petik’ je apa-apa jenama. Kalau si dia menggelabah tu, ada la yang tak kena.


Kenapa kau nak sombong sangat?

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ada orang mungkin lebih dari satu segi, tapi kurang pula dari segi yang lain.

Kita mungkin pandai dalam sesuatu perkara, tapi ada perkara-perkara yang langsung kita tak tahu apa pun.

Jadi, usah la sombong. Jangan berlagak macam kita ni bagus sangat, seolah-olah kita tak punya kelemahan.

Apabila orang buat silap, jangan la cepat sangat menghukum dan pandang hina padanya. Kerana kita juga terkadang melakukan kesilapan.

Apabila kita berjaya dalam sesuatu perkara, usahlah sombong dan bangga diri. Kerana itu semua berlaku hanya dengan izinNya.


Kenali Kerajaan Iblis Kenali Kerajaan Iblis



Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
  • Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
  • Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. 
 

Ahad, 24 Mei 2015

Cute - Begini Rupanya Bagaimana Zirafah Tidur

Setiap haiwan mempunyai cara tidur yang tersendiri dan sangat unik. Ia mungkin berbeza dengan haiwan lain mengikut bentuk fizikal mereka. Post kali ini kami nak kongsikan kepada anda bagaimana rupanya bila zirafah tidur. Sangat unik dan sakit jugak rasa bila tengok hehe.

sleeping-giraffes-1__880 

Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

Kenapa kita suka kritik orang?

Saya lihat, kita ni suka betul mengkritik. Suka benar menyalahkan orang lain. Hampir dalam semua hal, kita suka tuding jari pada orang lain.

kritik
Bukan tak boleh nak kritik.

Sudah tentu, boleh saja kita menyatakan ketidaksetujuan. Kita memang ada hak bersuara. Bebas untuk meluah pendapat dan sebagainya…


Fakta Menarik - 5 Mitos Pemakanan Yang Popular Di Malaysia

Kita sering dimomokkan atau diwar-warkan dengan pelbagai mitos berkaitan diet dan pemakanan. 

Kebanyakan rakyat Malaysia mudah percaya bulat-bulat tentang mitos yang disampaikan kepada mereka. Kesannya, ramai yang mempraktikkan mitos-mitos ini tanpa mengkaji kesahihannya atau merujuk kepada yang pakar.

Antara mitos pemakanan yang terkenal di Malaysia ialah:

Ikan Kembung Masak Asam Pedas

"asam pedas"
 Petua untuk membuat asam pedas yang sedap 
1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap)
 

Sebab Kenapa Kita Makan BERLEBIHAN Sampai Berat Naik 10Kg Seminggu

Assalamualaikum

Antara masalah biasa yang kita dengar kalau kita makan berlebihan, adalah KEGEMUKAN. Selalu je kita dengar, kawan kawan kita cakap, "kau ni makan banyak, gemuk kang tahu la!" Mesti rasa macam nak bertumbuk je dengan kawan tu kan? Haha. Yela tengah syok makan kot! So kenapa agaknya kita ni tanpa sedar boleh makan secara berlebihan? Check it out!
 
 

Jumaat, 22 Mei 2015

Resepi - Kek Kacang Istimewa


Kek Kacang Istimewa 
 

Punca Besar Suami Suka Merajuk


Punca Besar Suami Suka Merajuk
 
Sebenarnya hati lelaki juga adalah lembut dan lebih sensitif daripada perempuan jika tidak menjaganya dengan betul. Ada kalanya perlakuan kita yang dianggap remeh tetapi tidak bagi diri mereka. Biarpun mereka nampak tegas sebagai ketua keluarga, tetapi jauh di sudut hati mereka juga perlukan belaian mesra dan manja seperti seorang bayi.
 
 
Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan elakkan anda daripada melakukannya. Jika kita bijak menyelesaikan masalah remeh ini pastinya hubungan suami isteri anda berdua sentiasa hangat dan membara.
 
 

Kisah Malaikat Izrail Mencabut Nyawanya Sendiri

Assalamu'alaikum wr. wb sahabat..

Pada pagi hari ini ingin berkisah tentang malaikat, seorang malaikat disuruh Allah SWT untuk mencabut nyawanya sendiri. 
Bagaimanakah rasanya jika si pencabut nyawa mencabut nyawanya sendiri?
Kenapa tidak dicabut oleh malaikat Izrail? ya karena yang dicabut nyawanya adalah ya malaikat izrail itu sendiri. Karena begitu taatnya malaikat kepada Allah SWT, maka dicabut jualah nyawanya sendiri itu.
Bagaimana Kisahnya...




  

Khamis, 21 Mei 2015

Amalan bertukar menjadi cahaya didalam kubur nanti.

Sebelum Ajal Datang & Hilangnya Nyawa, Segeralah isi Baterai Lampu Kubur Kita

Sebelum ajal datang menjemput dan selepas nyawa dicabut serta ditempatkan di kubur, iman dan perbuatan baik kita menghasilkan cahaya yang secara automatik menerangi kegelapan kubur yang akan memberikan keselesaan di alam kubur sampai Hari Kiamat.

Disejumlah tempat di mana ada gangguan kuasa, kita lihat begitu banyak iklan beredar untuk menawarkan lampu kecemasan berupa generator, dapur gas dan apa pun yang menawarkan penyelesaian segera untuk mengatasi gangguan kuasa yang dapat dipastikan akan merugikan si pengguna elektrik, terutama dalam hal materi.
 

Jenis Denda Di Zaman Sekolah Yang Diingati Sampai Bila-Bila

kami senaraikan denda-denda yang pelajar paling nakal di sekolah pasti ingat.
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/13-jenis-denda-di-zaman-sekolah-yang.html 
 

Tips - Cara Senang Tarik Hati Mentua

Ramai menantu yang mungkin tidak sejiwa dengan mentua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mentua terlalu cerewet. Sebenarnya ada banyak cara yang lebih manis untuk anda dekat dengan hati mentua, malah sekelip mata akan disenangi di kalangan ipar-duai. 
 
 
Kenapa perlu pilih jalan negatif kalau cara positif dan hasilnya semua bahagia dalam hubungan kekeluargaan. Jom ikut cara ini...
 
  1. Elak Tanggapan Buruk
Wanita selalu bersangka buruk dengan ibu mertua kerana perasaan takut tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada anaknya. Sebab pemikiran inilah yang membawa kepada aura negatif. Cuba anda bersangka baik dengan ibu mertua anda, pasti semua akan baik-baik sahaja. 
 

Resepi - Kuih Nona Manis yang enak bangat!


Seperti yang di janjikan, ita akan kongsikan resepi kuih Nona Manis. Tapi ita minta maaf sebab ita tak sempat buat step by step sebab ita buat lewat malam.

Tapi jangan bimbang.. jangan risau kerana kuih ini cukup mudah cara penyediaannya. Ita rasa semua pon boleh cuba!


Mengapa Allah Mengganti Kulit Penghuni Neraka?

Di dalam Surat An Nisa ayat 56, Allah berfrman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآَيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus,Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Siapapun yang mentadaburi ayat di atas pastilah bertanya-tanya, mengapa Allah Yang Maha Kuasa mengganti kulit yang hangus karena luka bakar akibat panasnya api neraka diganti dengan kulit  yang baru?

Rabu, 20 Mei 2015

Selasa, 19 Mei 2015

Fakta Sejarah Menarik Tentang Malaysia Yang Mesti Anda Ketahui


1. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Burung Pelik di Amazon Boleh Menyamar Menjadi Ulat Beracun.

 Kemampuan menyamar atau berkamuflase sangat penting bagi meneruskan hidup  di alam bebas. Penyamaran juga boleh dalam pelbagai bentuk, burung unik di Amazon ini boleh menyamar seperti ulat bulu beracun.

Burung Cinereous mourner boleh berubah menyerupai ulat bulu beracun. Ia mampu mengubah bulu di tubuhnya menjadi kelihatan seperti ulat oren tebal yang dikenali beracun. Bahkan ia juga boleh meniru gerakan menggeliat-geliat yang kerap dilakukan ulat.


Kapal Terbang Bersaiz Raksasa Paling Terbesar Didunia.


Inilah kapal terbang terbesar di dunia ketika ini: Antonov An-225 Mriya. Kapal terbang yang dibuat oleh Soviet Union (sekarang Ukraine) pada tahun 1988 ini hanya ada satu di dunia dan masih beroperasi hingga sekarang.

Kapal terbang raksasa dengan berat 285 tan ini awalnya adalah sebahagian dari projek Buran, iaitu projek luar angkasa milik Soviet. Kerana Soviet runtuh pada tahun 1991, maka projek Buran berhenti dan pesawat yang kini dimiliki oleh Ukraine ini beralih menjadi pesawat kargo. 
 

Info - Jangan Panaskan 6 Jenis Makanan Ini!Ianya Sangat Berbahaya…



panaskan 
Biasanya kalau ada makanan yang masih ada lebihan semalam, Kita akan memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula keesokkannya. Hal ini nampaknya macam sesuatu yang biasa namun memakan makanan yang dipanaskan semula boleh mendatangkan bahaya.

Hal ini disebabkan karena beberapa makanan bakan  berubah komposisinya setelah dipanaskan semula. Banyak kandungan gizi yang akan hilang dan mungkin  mengandungi racun yang sangat berbahaya jika dimakan lagi. Berikut ini beberapa jenis makanan yang kita tidak boleh panaskan semula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...