Isnin, 31 Ogos 2015

Tpis -Daging Lebih Cepat Empuk Dengan 4 Cara

Daging Lebih Cepat Empuk Dengan 4 Cara

Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tetapi tahukah anda jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap. 
 
Bajet kalau rebus lama, daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna dua cara untuk melembutkan daging iaitu satu cara tradisional dan kedua cara moden. Jom kita lihat satu persatu...
 

Ahad, 30 Ogos 2015

Apakah Tidur? Jom Bongkar!

Tidur boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Tidur lena
2. Tidur-tidur ayam
3. Tidur berjalan
4. Tidur dalam sedar
5. Tidur hipnotis
 
 
 

Tanda Baju Anda Terlalu Banyak

10 Tanda Baju Anda Terlalu Banyak
Setiap kali nak bersiap ke pejebat atau keluar berjalan, wanita akan ambil masa beberapa minit termenung depan almari. 
 
 
Ada banyak sebab yang berkait dengan masalah ini, antaranya, terlalu banyak pilihan atau mungkin sukar nak cari baju yang sesuai setiap hari.
 
 
Adakah anda sedar yang sebenarnya anda sudah mempunyai baju terlalu banyak? Tak percaya dan masih rasa tiada koleksi terbaru? Ok, jom kita lihat tanda-tanda seseorang yang mempunyai baju melebihi had...
 

IbuBapa, Mohon Ambil Pengajaran Dari Keluhan Seorang Anak Yang Sangat Menyedihkan Ini



Ebit Lew, seorang penceramah agama berbangsa Cina yang terkenal menceritakan tentang keluhan dari seorang anak selepas beliau memberi ceramah.

Resepi - Kaswi pandan lemak dan kenyal..sedapnya..

Resepi nie saya amik di dapur anymz, resepi asalnya dari kak besah. Memang sedap kuih nie. Tapi lain kali saya nak kurangkan tepung ubinya sebab saya lagi suka kalau kuih kaswi tu ada goyang2 sikit, lembut2 gitu....... Resepi ni ok sahaja, terasa lemaknya......bau pun wangi jer........masing2 punya seleralah kan tapi rasanya tetap sama.......


 
 

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kisah 9 Mayat Pemimpin Yang Di Awetkan

Vladimir Lenin
Vladimir Ilyich Lenin adalah ahli politik dan pemimpin terkenal dari Kesatuan Soviet pada 1917. Dia meninggal pada 1924. Lenin diserang stroke beberapa kali setelah ditembak musuh politiknya, Fanny Kaplan.
Sebelum meninggal Lenin sebenarnya berwasiat untuk dimakamkan di samping makam ibunya. Namun diktator Joseph Stalin tetap membenarkan rakyatnya untuk menziarahi jasad Lenin. Kerana yang datang makin banyak, maka kerajaan Kesatuan Soviet memutuskan untuk tidak menanam dan mengawetnya.
Kemudian jasad Lenin disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Lenin, yang terletak di Lapangan Merah Moscow. Hingga kini, masih banyak orang melawat jasad Lenin di Mausoleum itu.


Perangai Pelik Kawan Yang Buat Korang Rasa Meluat Gila

Korang mesti akan ada sekurang-kurangya seorang kawan yang buatkan korang rasa annoyed dengan perangai pelik dia tu. Bukanlah nak kata rasa meluat tu sampai nak putus kawan, cuma ini beberapa perkara yang ada pada diri diaorang.

Kitaorang faham perangai itu korang dah anggap sebagai kelemahan pada diri dia. Kitaorang pun macam tu juga, mungkin perangai ni juga ada pada diri kita tanpa kita sedar yang kawan kita sendiri annoyed dengan kita. Nak tahu apa perangai yang kami maksudkan tu? Jom kita tengok kat bawah ni.



TIPS - Makanan Penyubur Untuk Cepat Dapat Anak


bu
Makanan Penyubur.Terdapat beberapa menu makanan yang dapat menyuburkan kandungan yang boleh ada ambil setiap hari.

Untuk lebih mudah dan cepat mengandung ada beberapa proses yang perlu anda lakukan, selain melakukan gaya hidup sihat. Makanan yang dimakan juga boleh meningkatkan kesuburan anda.

Berikut makanan penyubur yang perlu anda ketahui, antaranya…


Resepi - Apam coklat!

hi korang!!!
lama tak buat entry resepi...sebab dah lama tak cuba resepi baru...banyak sangat hal yang perlu diuruskan minggu lepas...

resepi apam coklat yang super senang ni i tengok kat blog kak nannie...senang je bahan-bahan dia...jom tengok....

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan air
11 gram instant yeast

cara-cara nak buat apam coklat ni pulak...


Fakta Menjijikkan Tentang Fast Food Yang Anda Perlu Tahu!

Siapa yang tidak sukakan fast food atau makanan segera? Tidak kira muda ataupun tua, semua orang sangat sukakan fast food.

Walaupun sedap, namun banyak kajian menyatakan, makan fast food terlalu banyak boleh membahayakan kesihatan.
6 Fakta Menjijikkan Tentang Fast Food Yang Anda Perlu Tahu!
6 Fakta Menjijikkan Tentang Fast Food Yang Anda Perlu Tahu!

Jadi, sebelum anda nak makan fast food, ketahui fakta yang sangat mengejutkan ini!

Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 2

 Salam sejahtera...

Tanpa membuang masa...saya sambung tips mudah tinggal sebumbung dengan ibu mertua.


Bagi yang dah baca boleh sambung baca tips seterusnya ye..

4. SENTIASA MOHON DIPERMUDAHKAN 
Sebenarnya, dalam mengharungi hidup kita memang digalakkan memohon supaya segala perancangan & perjalanan hidup kita dimudahkan. Sebab kita sebagai manusia hidup bertuhan. Jadi, mintalah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya Dia yang memegang hati setiap manusia. So, tak mustahil hati ibu mertua akan lembut & mudah bertolak ansur dengan kita.

Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

KOPI
Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari.


Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.


Khamis, 27 Ogos 2015

Kita Tergolong Dalam 10 Jenis Orang Islam Yang Kejam Tanpa Kita Sedari.


Sufyan Atsauri berkata:

"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah":

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.



Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 1

Diam tak diam dah hampir setahun kami tinggal sebumbung. Dalam rumah ni tiada adik beradik ipar yang tinggal bersama(bapa mertua sudah meninggal)..jadi, saya agak selesa. hehe..Ipar-ipar cuma pulang sekali sekali saja...ini seronok! sebab ada geng bersembang hingga larut malam...ada geng masak memasak kat dapur... orang perempuan..biasa la hehe

Di awal tempoh saya mula pindah , ramai kawan saya ragui keputusan yang saya ambil. Tak kurang juga ada ahli keluarga yang persoalkan. Tambahan pula..saya bukan menantu favourite! teet

Saya faham...mereka sayang saya hehe... Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan sesetengah orang bahawa ibu mertua vs menantu adalah sentiasa menantu kene beralah..menantu selalu sedih meratapi kesedihan...menantu selalu kene mengalah dengan tindak tanduk mentua..bla bla.. u know..all the negative thing!

Ok..here's the thing...

Yes...at first saya juga beranggapan begitu. Bila suami dengan tiba-tiba menyuarakan perkara ini..saya cuba berlapang dada..berfikiran positif.. dan fikir DUNIA BELUM KIAMAT. Memang bukan satu perkara yang mudah bagi saya yang belum pernah tinggal dengan orang tua sejak habis SPM sehingga selepas kahwin. Ya, ini adalah sangat mencabar bagi saya. Well..i love cabaran!

Sudah -sudah... habis terbebel pulak..

Jadi, sepanjang hampir setahun tinggal sebumbung dengan ibu mertua..saya cuba explore...kenapa sesetengah orang berfikir negatif tentang perkara ni..Sebab tu saya rasa menarik untuk saya kongsikan tips mudah untuk rasa bahagia tinggal bersama ibu mertua...ok tips ni dari pengalaman & hasil eksperimen saya:

Syurga dan Neraka



Suatu ketika Allah s.w.t. berfirman kepada Jibrail a.s. 'Pergilah engkau lihat syurga yang Aku ciptakan' maka Malaikat Jibrail a.s. pun pergilah melihatnya. Setelah kembali maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah s.w.t., 'Wahai Allah, dengan keadaan syurga yang sedemikian aku pasti tidak ada seorang pun yang tidak berhajat untuk masuk kesana.' Kemudian Allah s.w.t. meletakkan hukum-hakam dalam beragama sebagai garis serta hiasan untuk ke syurga kemudian sekali lagi Allah ta'ala menyuruh Malaikat Jibrail a.s. pergi melihatnya. Setelah melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s. pun berkata, 'Wahai Allah, aku bimbang tiada seorang pun yang akan layak kesyurga'. Malaikat Jibrail a.s. berkata sedemikian kerana syurga telah ditutup dengan hukum-hakam dalam beragama sehingga sukar dimasuki kecuali bagi sesiapa yang dapat mengikut hukum-hakam tersebut semasa menjalani kehidupan di dunia.


Resepi Lepat Cendol Sedap

 Salam sejahtera

Teruja nak berkongsi resepi pencuci mulut yang sangat-sangat sedap & mudah untuk dibuat.

Ni la kuih yang saya sukaaa sangat!
 

Masuk Islam, Ahmad Thomson Dedah Sistem Dajjal

Untuk para pemerhati nubuwat akhir zaman sekarang ini, nama Ahmad Thomson tentu tidak asing lagi. Bukunya "Sistem Dajjal" menjadi salah satu buku pegangan "wajib" bagi umat Islam yang ingin mengetahui konspirasi tangan-tangan besar penguasa dunia. Ia begitu fasih memaparkan fenomena-fenomena akhir zaman. Tak disangka mungkin kalau Ahmad Thomson sebenarnya adalah seorang mualaf.

Ahmad Thomson masuk Islam 38 tahun lalu. Dilahirkan di Rhodesia Utara (sekarang Zambia), Thomson menempuh pendidikan dasar serta menengahnya di Rhodesia Selatan (sekarang Zimbabwe). Masa awal hidupnya, ia lalui di daerah-daerah terpencil Afrika yang kala itu belum tersentuh peradaban moden, seperti elektrik, gas, dan saluran air bersih.

Sejak remaja, Thomson merasa tidak puas pada ajaran Kristian. Ia mula mempersoalkan banyak perkara seperti, "Jika setiap manusia itu sama di hadapan Tuhan, lalu mengapa kaum Afrika kulit putih seperti dia harus beribadah di gereja yang berbeza dengan kaum kulit hitam?"


Khamis, 20 Ogos 2015

INFO -Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?


Demam 
Kajian seorang pakar otak, V.G. Rocine, mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah selsius (108 darjah fahrenheit).

Kecairan fosforus otak boleh terjadi sekiranya seseorang itu terdedah di bawah terik matahari bagi suatu tempoh jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup atau pelindung kepala.

Kesan kepanasan suhu kepala yang melampau ini boleh mengakibatkan fosforus otak mencair sehingga fungsi otak menurun selain menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak, kehilangan memori dan kehilangan sebahagian fungsi otak.

Kuasa Seorang Perempuan ♥


KUASA LAYANAN PEREMPUAN
 
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


Rabu, 19 Ogos 2015

Kejar 8 Perkara Ini Selagi Anda Muda

Umur mungkin sekadar angka, tetapi kita sendiri kena sedar bahawa pertambahan umur akan mengubah bentuk fizikal dan semangat setiap hari mengikut hormon. Kadang akan rasa moody dan tetiba terlebih excited untuk berbuat sesuatu mengikut perancangan. Jadi seeloknya anda nikmatilah segala hal ketika muda sepuas-puasnya. Cuba tengok sebab lain pula...
 
 

1. Cari minat  

Cuba cari minat sendiri untuk buat sesuatu, jangan paksa diri atau ikut cara orang. Selagi tidak mencapai kehendak, anda perlu usaha keras jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.
 
 

Loyar Buruk

Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia 
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya 
membaca macam orang lain?"
 
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, 
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
 

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui

Bila sebut tentang basuh kereta, biasanya masyarakat kita lebih gemar menghantar kereta ke kedai car wash atau car wash pandu lalu untuk menjimatkan masa. Hasilnya kadang kala tidak memuaskan malah lebih teruk lagi ada segelintir kereta yang calar balar dan sebagainya. Jadi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lebih baik basuh sendiri kereta tersebut untuk hasil yang lebih sempurna.

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui
Biasanya masyarakat kita suka membasuh kereta ikut suka mereka seperti di body kereta atau di bonet kereta terlebih dahulu dan seterusnya keseluruhan body baru menyembur dengan air. Ini akan menyebabkan water spot kat cat kereta kerana buih sabun yang kering akan meninggalkan kesan. Jadi di sini dikongsikan cara basuhan kereta yang betul yang dikongsikan oleh Lai Fatt Chua di dinding facebook beliau.
 

Perkara Bakal Ayah Perlu Tahu Di Bilik Bersalin

bakal ayah
Bukan bakal ibu sahaja yang berdebar, bakal ayah juga tidak kurang hebatnya debaran menanti kelahiran anak. Apa kata ayah semua ambil tahu apa perkara yang boleh dijangka berlaku sepanjang proses kelahiran si comel.Takut atau bimbang, ayah wajib ambil tahu 10 perkara tersebut.
 
1. Isteri mengadu sakit perut,anda apa lagi kelam kabutlah sebab takut hendak bersalin. Tetapi doktor pula beritahu "Oh ini cuma false alarm saja. Tak perlu risau. Belum nak bersalin lagi."
 
Senyum sahaja dan terus balik rumah. Tak perlu cakap "Kenapa awak tak tahu ke ini false alarm?" Ia hanya akan membuatkan si isteri tarik muka masam!
 

7 Pintu Neraka Dan 7 Anggota Badan


IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.

Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi s.a.w. bersabda, “ Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.”

Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.
 
 

Selasa, 18 Ogos 2015

(KISAH BENAR!!) Cerita Seram Badi Mayat Terkena Pada Bayi.




Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

DULU PONDAN, SEKARANG JADI PENDAKWAH TERKENAL......SIAPAKAH BELIAU?

Lebih malang lagi, dia juga pernah diperdagangkan sebagai seorang pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun... Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini telah pun bergelar guru dan pendakwah, Khairiri mengisi masa lapangnya dengan aktiviti kemasyarakatan berdakwah dan membantu masyarakat. ... 

 
 
 

Tips - Cara Mudah Merawat Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja.

nyamuk aedes

Simptom Demam Denggi

  • Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba ~  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah ~ Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan ~ Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi

Bagaimana Jadikan Diri Mudah Bersyukur

Disaat orang lain lebih berjaya dan bernasib baik, kita pula masih merangkak meraba-raba dalam kegelapan. Persoalannya, bagaimanakah untuk jadikan diri kita mudah bersyukur dalam menghadapi situasi tersebut?

(Tips) Bagaimana Jadikan Diri Mudah Bersyukur
Ikuti tips berikut sebagai muhasabah diri masing-masing:


Terowong Rahsia di Putrajaya.jpg 
Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu

Sejak kebelakangan ini mula tersebar berita mengenai “Terowong Rahsia di Putrajaya” yang menghubungkan bangunan “xxx” ke Lapangan Terbang Antarabangsa(KLIA). Ianya nampak seperti satu misteri yang tidak pernah dirungkai oleh rakyat biasa.

Ada yang membuat andaian bahawa terowong ini adalah satu langkah kerajaan(era pemerintahan Dr.Mahathir) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak. Kemungkinan terowong ini dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya berlaku peperangan.

Menerusi kajian yang dibuat oleh penulis di internet terdapat dua versi cerita mengenai terowong ini. Mari kita baca kedua-dua versi cerita ini.


Resepi -Puding Biskut 'Cream Cracker' Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum,


Ramai yang menayang, hati pun turut membuak-buak rasa nak mencuba, haha.. resepi pula agak mudah.
see... cantikkan kejadiannya!(up diri sendiri).. very recommended! yaya guna biskut cap ping pong..rasa lemak-lemak masin tu..nyum nyum...


Apa lagi..jom masuk dapur....

Kenali Ciri-ciri Orang Makan Gaji Tapi Kaya Harta

(Senarai) 6 Ciri-ciri Orang Makan Gaji Tapi Kaya Harta
Mungkin ramai yang pelik macam mana ada orang yang makan gaji tapi bila lihat hartanya, agak tak padan dengan status kerjayanya. Sedangkan kita yang setaraf pekerjaannya dengan si dia pun agak cukup-cukup makan.

Jangan terkejut kerana golongan yang makan gaji tapi kaya harta ini sebenarnya mempunyai habit yang tersendiri. Mungkin inilah masanya kita tukar cara hidup dan belajar menguruskan harta dengan lebih bijak. Bukannya dengan nafsu

Artikel ini telah dikongsi oleh saudara Izwan Robotys untuk bacaan bersama di Facebook beliau. Semoga bermanfaat:




Kisah Rasulullah SAW Yang Wajib Anda Ketahui


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.”
 
 

Jumaat, 14 Ogos 2015

Tips - Bahan Dapur Hilangkan Blackhead Lagi Cepat

3 Bahan Dapur Hilangkan Blackheads Lagi Cepat

Blackhead semakin penuh di bahagia hidung? Anda mungkin biasa menggunakan produk yang dibeli di pasar raya untuk hilangkan masalah kulit wajah ini, tetapi apa kata kalau anda cuba petua tradisional ini pula:
 

Khamis, 13 Ogos 2015

Sebab Dikemukan Oleh Emmanuel Adebayor Kenapa Beliau Memeluk Islam


Sebelum ini menjadi sebutan ramai netizens tentang berita seorang permain bola sepak terkenal, Adebayor atau nama penuhnya Sheyi Emmanuel Adebayor memeluk Islam.

Beliau yang merupakan bekas penyerang pasukan Arsenal, Manchester City, Real Madrid dan kini Tottenham Hotspurs berasal dari Togo ini mengumumkan bahawa dia telah memeluk Islam selepas tidak lagi yakin dengan agama lamannya selepas mengkaji agama Islam dan memilih agama tersebut sebagai jalan hidup. Jalan kebenaran yang dia yakini.



Wanita-wanita Hebat Idaman Lelaki, Apakah Anda Termasuk Di Dalamnya?


setiap wanita sesungguhnya berpotensi menjadi wanita hebat! Nah, berikut ini Tanda Wanita yang Hebat.

Apakah kita telah termasuk di antaranya? Yuk mari kita cek bersama!


INFO - Cara Untuk Mengetahui Badan Anda Kurang Air Putih


Cara Untuk Mengetahui Badan Anda Kurang Air Putih | Bagaimana untuk mengetahui samada badan kita cukup atau tidak dengan air? Terutama air putih. Seperti diketahui umum, air putih sangat penting untuk badan. Secara ringkasnya, minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

air masak 

Tetapi bagaimana untuk mengetahui samada badan kita cukup atau tidak dengan air?

Resepi - Nsi Dalca Daging


Assalamualaikum semua...

Pernah makan nasi Dalca ?
Resepi saya kali ini Nasi Dalca Daging yang perggh !!!

emm.. tak tahu nak perincikan macam mana...

enak lah ...
memang enak ..............
....dengan tumisan dan bauan daun kari bersama rempah empat sekawan...

memang cun lah ...



Isnin, 10 Ogos 2015

Tips -Memilih Pasangan Yang Ideal

Memilih Pasangan Yang Ideal


Rakan-rakan yang saya kasihi kerana Allah SWT,

Kita semua mengimpikan pasangan yang mampu membahagiakan kita. Mampu menyejukkan hati kita, menggembirakan dan menyenangkan kita. Kita mengharapkan pasangan yang kuat ibadah, yang amat memahami kita, mampu bertolak ansur dengan kelemahan kita, yang penyayang dan amat mengasihi kita, mampu mengingatkan kita pada Allah SWT, dan macam-macam lagi ciri-ciri yang kita hajatkan.
Kita hajatkan pasangan yang ideal lagi sempurna.
Namun kita lupa bahawa, tiada manusia yang sempurna.

Minuman Lai Chi Kang Penyejuk Badan

Lai Chi Kang Penyejuk Badan




Lai Chi Kang salah satu minuman yang akan di cari ketika cuaca panas...

Minuman penyejuk badan.. Salah satu minuman kegemaran aku..

Sangat sedap, manis manis masam dan banyak khasiat juga..

Bahan-bahan yang ada dalam Lai Chi Kang ini mampu menyejukkan badan dan sangat berkhasiat..

Antara isi bahan-bahan Lai Chi Kang dan khasiat nya..

Nikmat Bercinta Selepas Nikah


3 Nikmat Bercinta Selepas Nikah

Tanggapan perlu mengenali pasangan dengan lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa ‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.



Jalan-Jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


Ahad, 9 Ogos 2015

Kreatif - Konsep Tanaman Pasu Tertumpah Yang Kedengaran Cacat Tapi Sebenarnya Cantik..

Kalau sekali pandang nampak macam tak jadi....kenapa pulak la kan pasu ni jatuh..tapi itulah yang menjadi konsep dan bila dipandang dua tiga kali ada penceritaan disebaliknya menjadikannya sesuatu yang lain daripada yang lain.

Jadi jom kita selongkar hiasan pasu tertumpah yang kedengaran cacat tapi sebenarnya cool




Perbuatan Melambangkan Kamu Bukan Lagi Seorang Isteri


1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.

2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.



INFO -5 Faedah Kulit Pisang Tiada Siapa Tahu!

SELEPAS makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan? Daripada kecantikan sehinggalah tanaman.
Dalam laporan kali ini, MYNEWSHUB bawakan beberapa manfaat kulit pisang yang menakjubkan, tetapi jarang diketahui, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Times of India dan dipetik portal Merdeka.com.

CARA MENGELAK DARI BERSALAMAN BUKAN MAHRAM


salam tangan
salam tangan
Cara Mengelak dari Bersalaman Bukan Mahram – Setiap masa bila ada event kita tidak lari dari terpaksa bersalaman dengan orang yang bukan dari mahram kita terutamanya tiba waktu hari raya. Disini saya kongsikan sedikit tips bagi mengelak dari bersalaman dengan orang bukan mahram kita.
Tips Mengelak dari bersalaman bukan Mahram.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Wanita Yang Dicari

 

Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

Ciri-Ciri Anda Mempunyai Pasangan Yang Setia Santai

Setiap daripada kita mesti mahukan pasangan yang setia. Pasangan yang setia, pasti tidak akan menduakan kita walau apa keadaan sekali pun. Jadi, anda nak tahu apakah ciri-ciri pasangan yang setia? jom kita baca.




1.Orang yang mencintai kamu tidak akan pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu.


Perkara yang akan KURANGKAN REZEKI!

Selalu kita berusaha untuk meningkatkan rezeki kita. Jangan pula kita melakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan rezeki. Moga dijauhkan dari melakukan 10 perkara ini…

kurangrezeki 

Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran


Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran | Seperti yang umum mengetahui, kitab suci Al-Quran sememangnya sebuh kitab rujukan lengkap yang mempunyai jawapan kepada segala persoalan, terserah kepada kita untuk mencari atau sebaliknya. 

Ramai orang bukan muslim yang memeluk agama Islam setelah membaca terjemahan Al-Quran mengikut bahasa ibunda masing-masing. Termasuk juga saudara baru kita yang berkongi kisahnya seperti berikut:

Saya dibesarkan dalam persekitaran konservatif-evangelis dan telah (sejak umur yang masih muda) mengadaptasi pandangan tersebut sebagai pandangan sendiri. Saya kerapa bercakap dengan bersungguh-sungguh mengenai kepercayaan Kristian dan peranannya dalam kehidupan saya. Walaupun begitu kuat pegangan saya, saya tidak pernah rasa begitu rapat dengan Maha Pencipta dan keliru dengan percanggahan yang terdapat dalam kitab Bible dan teologi Kristian. Tentang Islam dan orang muslim pula, saya tidak pernah beri mereka perhatian dan melihat mereka sebagai sesat dan ancaman kepada agama Kristian.
 

Khamis, 6 Ogos 2015

CARA MALAIKAT MEMBERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI




Mati ? adalah suatu perkara yang pasti berlaku pada semua hambaNya . Namun , yang membezakan kita antara yang lainnya adalah amalannya . Hari ini , admin mahu berkongsi sedikit tanda awal malaikat memberitahu ajal kita akan tiba .

Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Tahukah Anda Kenapa Kucing Makan Rumput?
Kucing memakan rumput adalah untuk mengawal hairball ataupun gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut kerana kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.
Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu/hairball.
 

Beza Dunia Lelaki & Perempuan

9 Beza Dunia Lelaki & Perempuan

Susah sangat untuk faham dunia wanita dan lelaki? Mungkin sebab anda masih tidak tahu kelebihan masing-masing. Cuba selongkar secara jelas apa yang buatkan anda dan pasangan selalu salah faham, dengan lihat perbezaan ini anda pasti akan lebih memahami dan dekat hati. 
 
 

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
 
 

Rabu, 5 Ogos 2015

MENARIK - Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

Perkongsian ini adalah dari Fadhil Azman yang berasal dari Singapura. Berusia 22 tahun, beliau kini  menyambung pelajaran di University of Jordan dalam bidang Islamic Theology.

Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Kami menukarkannya ke Bahasa Melayu untuk memudahkan kita semua memahaminya, dan semoga dapat memberi inspirasi pada yang lain.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala rezeki dan rahmat yang diberi. Aku bermohon pada Allah agar selalu permudahkan urusanku dalam mengulang al-Quran & berikan aku petunjuk untuk berkongsi dan memberi inspirasi pada orang lain.”

Saya ingin berkongsi bahawa saya telah menghafal lebih kurang 9 juzu’ semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi.

Jadi, sebenarnya saya cuma menghafal lebih kurang 20 juzu’ yang baru dan hanya mengulang 9 juzu’ lama sahaja dalam masa 4 bulan.

Saya juga tidak mempunyai komitmen lain selain dari berbuat baik kepada ibu bapa. Tetapi, bagi sesiapa yang berkehendak menghafal ayat al-Quran kerana Allah, Insya Allah, Allah akan permudahkan.

Ini adalah pengalaman saya dan semoga ia dapat memberikan inspirasi pada yang lain.

Berikut adalah tips yang saya amalkan;


Sakit Itu Nikmat


“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
Terubat hati dan jasad yang sedang meronta pilu kesakitan ini dipujuk hadis ini. Digagah juga untuk terus bangun menyempurnakan misi perjuangan hidup yang berliku-liku. Perjuangan mesti diteruskan!

Untuk kesekian kalinya ana diuji lagi dengan ujian dari Nya. Puas sudah berjumpa doktor, namu tiap kali diajukan soalan yang sama, jawapannya masih terus membuat ana tersenyum sinis. Membuatkan ana berfikir sejenak, apakah para doktor hanya tahu menghafal ubat tanpa punya rasa ingin tahu akan sebab dan punca terjadinya penyakit itu. Pesanan untuk para bakal doktor sekalian, elakkan daripada bertanya pesakit anda apakah masalah yang dihadapi mereka kerana soalan itu sepatutnya mereka tujukan kepada kalian! dan kini mungkin ana pengumpul ubat paling berjaya di institut ini..

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...