Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Oktober 2011

Dedah!!Gambar Papagomo Dan Keluarganya..

Oleh Siasahkini



Ini ialah gambar papa gomo bersama ahli keluarganya. Bukan menjadi cara aku menyerang orang2 yang tak berkaitan bagi melepaskan rasa marah terhadap papa gomo. Selain dari gambar neh ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Aku ulang. Ada banyak lagi gambar2 yang aku ada. Tak kira lah gambar apa dan macam mana yang pasti ia bukan sesuatu yang baik untuk didedahkan. Dan aku juga tidak akan dedahkan. Sebab apa? Mudah. Aku cuma tak suka dengan fitnah2 papa gomo terhadap PR dan PAS. Itu je hal nya. Anak dan isteri dia tiada kaitan dalam hal neh.

Tak kisah lah samada warna rambut isteri dia itu ini ke bukan hal aku. Hal aku cuma dengan papa gomo maka papa gomo je lah yang aku nak persoalkan sekarang. Apa yang aku ingin papa gomo faham ialah mudah je. Hormatilah mereka2 yang menganuti agama selain dari islam. Di dalam islam kita memang di ajar untuk menghormati kebebasan beragama. So ko kena hormat tue. 

Ko pun hidup dalam suasana macam tue. Ko ada pengalaman macam tue. Apa ko suka tengok orang islam dan kristian bergaduh akibat posting2 racist dan fitnah ko? Benda kalau ko cakap pasal fakta takde sapa nak marah beb. Tapi ko fitnah. Kita ada ramai kawan2 bukan islam. So? Takan nak jadikan islam dan bukan islam berperang pula di malaysia neh?

Itu satu hal. Satu hal lagi ko suka mengapi2kan suasana. Ko suka cakap macam ko bagus sangat. Baik sangat. Alim sangat. Aku sungguh siyes tak faham macam mana ye orang macam ko neh boleh hidup? Di depan pembaca ko hipokrit. Macam alim dan takde dosa langsung. Perghh. Terbaek. Tapi realiti kehidupan macam mana? Sapa yang tahu selain dari Allah swt? Mereka bukan orang bisu. 

Bezanya aku dengan ko ialah aku terang2 mengaku jahat. Aku dalam proses untuk tarbiahkan diri aku sebab itu aku masuk pas. Aku yakin rakan2 dalam pas boleh membantu aku jadi lebih baik. Lebih semangat mengejar kebaikan kalau ada dorongan.  Itu yang aku buat. Sebab itu aku masuk pas. 

Ko pula lain. Ko tulis mengutuk, memaki hamun, menfitnah, letak gambar lucah, edit gambar2 ulama, tulis nama2 pemimpin pakatan rakyat yang salah dan bagi gelaran bukan2 segala bagai.. ko fikir orang suka macam tue?  Aku paling berani pun gelar rosmah mansur sebagai mek mah or mem.. tak berani aku tulis lebih2 dari itu.

Hanya orang yang rasa diri dia bagus je dia boleh bagi gelaran yang bukan2 pada orang yang dia benci. Itulah ko. Semua orang yang ko benci macam2 ko gelar dan fitnah. Gambar neh kalau gambar aku, ko akan dedahkan habis. Aku percaya tue. Tapi sayangnya aku bukan macam ko. Aku bukan berblog sebab anti ko. Aku berblog sebab anti kezaliman. Aku mahu kerajaan mendengar suara dan membaca luahan aku. Benda2 yang tiada kaitan macam neh bukan hal aku.

Cuma aku nak ingatkan kepada ko, orang yang dedahkan butiran diri ko dia tak suka ko menghina kristian secara keterlaluan. Ingatlah ada beza antara hinaan, cercaan dengan fakta. Ko boleh kemukakan fakta2 hebat andai benar ada paderi yang memurtadkan umat islam tapi ko tiada hak nak hina orang kristian. Apatah lagi ajaran mereka. Yang memurtadkan = individu. Bukan ajaran kristian. Belajar untuk hormat agama orang lain. Baru dorang akan hormat ko. Sekian.
Amenoworld.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan