Home Klik Di Bawah

Isnin, 24 Oktober 2011

Kedai 1Malaysia : Semakin banyak kedai runcit gulung tikar

Kewujudan pasaraya besar dan kedai 1Malaysia di seluruh menyebabkan semakin banyak kedai-kedai runcit gulung tikar kerana tidak mampu bersaing. Ini kerana kedai runcit tidak mampu menawarkan harga yang rendah berbanding pasaraya besar.

Kerajaan diseru agar menangani perkara ini dengan bijaksana bagi menjamin kebajikan pengusaha kedai-kedai runcit yang hilang mata pencarian mereka. Bagi saya kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menurunkan harga barangan bukannya semata-mata menubuhkan kedai 1Malaysia yang terdiri dari kroni mereka untuk menawarkan harga murah.

Apakah kerajaan mahu melihat pekedai-pekedai runcit terus menderita hilang mata pencarian. Mahu tida mahu kerajaan mesti mencari jalan bagi mengawal harga barangan untuk memastikan rakyat tidak terbeban.

Sofi Wahab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan