Home Klik Di Bawah

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kerajaan Johor Labur RM1.78 Juta Tetapi Website Tidak Aktif

Oleh Addin


Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit untuk menubuhkan e-portal yang masih belum aktif sejak empat tahun lalu.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, Portal ‘e-nikah Cerai-Rujuk’ (e-NCR) yang menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam itu sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008.Namun, pemindahan atau migrasi data masih belum siap, meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan itu.
“Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja,” petik laporan itu seperti disiar media. Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.

Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan. Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

Kerajaan juga digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi. “Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran. Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8. Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu. 
 
Kementerian Pertahanan juga sebelum ini dilaporkan membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu. Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan