Home Klik Di Bawah

Sabtu, 29 Oktober 2011

TIDAK ADIL : Semua bangunan DIROBOH, PEJABAT BN SELAMAT

Oleh Sofi Wahab


Penyelia DUn Bukit Baru, Yusof Wahab mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang jelas menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan BN. Ketika bangunan lain habis dirobohkan bangunan kayu (gambar) yang menempatkan  Pejabat BN Bukit Baru terletak berdekatan dengan masjid Bukit Baru tetap berdiri teguh tidak diganggu. 

"Sehingga ke hari ini, bangunan ini masih lagi teguh berdiri walaupun bangunan di sebelah dan belakangnya telah dirobohkan."

"Sepatutnya bangunan di kawasan tersebut perlu dirobohkan atas arahan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut,  yang menjadi persoalan sekarang mengapa ia tidak dirobohkan serta apakah kelebihan bangunan itu kepada kerajaan negeri?"

Yusof berkata ketika bangunan lain telah ranap dimamah jentolak, bangunan istimewa ini seakan-akan dibiarkan dan kemungkinan ia akan digunakan dalam pilihan raya ke-13 nanti.

"Bangunan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini tidak pun beroperasi tetapi 'kuasa' yang ada padanya terus gah berdiri."

Menurutnya perkara ini tidak adil kepada mereka yang dipaksa berpindah semata-mata ingin memenuhi kehendak kerajaan negeri, namun pada masa yang sama ada bangunan yang dibiarkan tidak dirobohkan. 

"Adakah pihak kerajaan Melaka bimbang sekiranya Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini dirobohkan, maka Barisan Nasional Melaka akan turut tumbang pada pilihan raya yang akan datang."

"Keistimewaan itu juga menyerlahkan sikap talam dua muka kerajaan negeri terhadap rakyat."

Yusof berkata rakyat terpaksa mengikut kehendak kerajaan namun pada masa yang sama menjadikan kerajaan jelas menggunakan mandat yang diberi rakyat untuk kepentingan diri dan parti mereka.

Beliau berharap rakyat di negeri Melaka membuka mata terhadap segala kepincangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini yang mementingkan diri sendiri dan memangsakan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan