Home Klik Di Bawah

Khamis, 3 November 2011

KETAM MASAK LEMAK BEREMPAH

rsz_dsc_5335(2)
Entri terakhir malam ni, ingat nak letak esok, tapi takpe lah. Ini semua gara2 tergeram tengok ketam masa pi pasar basah di Parit Jawa Muar tempoh hari, besar2 dan segar. Harga ada sikit mahal lah RM 24 sekilo, tapi untung beli sebab isi dia banyak. Sebab saiz dia besar 4 ekor siaa sudah lebih 1 kg..huhu. Seperti biasa, orang2 kat rumah lebih suka masak lemak, jadi mat masak lemak berempah campur sama nenas...hmmm, memang ngam. Tu hari masa singgah di rumah Mak Jah, geng kolek PML (pingggan mangkuk lama), dia hidangkan masakan ketam, aduhh terangkat sehh mak jah masak, tapi paling suka sekali itu kangkung belacan, belacan dari Sarawak. Ok..sebelum mat tulis resipi, meh singgah sini kejap... Dah tengok? Ok tak kalau letak kat dapur.. tak pun kat bilik tidur, senang kalau nak makan ubat kan..tak yah pi dapur memalam hari kan.... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 -5 ekor ketam bunga (sepit warna biru)
1 biji nenas madu, hiris
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping sam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 biji buah keras
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 camca besar penuh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, buang kulit kerasnya, sepit ketam diasingkan dan ketuk sedikit. Ketam dibelah 2 setiap seekor, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serai dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ketam gaul rata dan bila ketam berubah warna, tuang santan cair. Bila mendidih, masukkan nenas dan asam gelugor.
  3. Masak hingga nenas lembut, tambah daun limau purut dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain./mat gebu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan