Ciri-ciri bulu BABI :-
- Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
- Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
- Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
- Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok…
Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking
China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. :
pemaniskata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan