Home Klik Di Bawah

Rabu, 30 November 2011

Kumbang Khapra Antara Paling Ganas Di Dunia





Walaupun mempunyai fizikal yang kecil kumbang Khapra atau Khapra Bettle (Trogoderma granarium ) antara 100jenis serangga yang paling ditakuti di dalam industri makanan ruji atau bijirin. Kehadiran walaupun seekor serangga ini , akan menyebabkan keadaan huru-hara, Jika dijumpai di lapangan terbang, jadual penerbangan akan ditangguhkan, serta tindakan serta merta diambil sehingga kesemua serangga ini boleh dihapuskan.

 Dianggap sebagai serangga pemusnah industri bijirin yang paling efektif, kumbang khapra boleh tahan hidup di alam suasana makanan yang terhad. Mempunyai rintangan atau ketahanan dari racun serangga biasa, serta boleh menyesuaikan diri dengan suhu yang kering dan panas seperti suhu di stor. Larva kumbang Khapra boleh merosakkan makanan bijrin dengan mudah, dengan meninggalkan, debu-debu dan mencemari bijirin.Akibatnya bijirin yang musnah atau dijangkiti dengan debu, atau bulu dari kumbang ini mempunyai toksid dan tidak boleh lagi dimakan.

 Kumbang ini mampu membiak dengan pantas. Kesan jangka panjang industri bijirin akan musnah dan mengancam kesihatan penduduk atau pengguna, walaupuns aiz serangga ini hanya 2-3 mm.


larva Kumbang Khapra
            Berasal dari Selatan Asia,atau lebih tepat lagi dari India. Kumbang Khapra menghasilkan larva, yang akan memusnahkan keseluruhan berjuta-juta tan bijirin jika tidak dikawal. Oleh kerana haiwan ini begitu mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan suasana, kehadirannya akan dipantau seraca serius oleh pihak berkuasa dan di anggap sebagai antara serangga yang paling ditakuti di USA dan Kanada.

 Jika dijumpai di pelabhan atau di lapangan terbang, maka suasana panik akn timbul, apa taknya kebanyakan negara Eropah termasuklah Amerika Syarikat, makanan ruji mereka ialah gandum, soya, jagung, barli dan lain-lain yang boleh dimushkan oleh kumbang ini, walaupun seeekor sahaja, pada peringkat awal, contohnya macam di sini. Amerika syarikat sangat mengambil berat tentang kumbang ini dan menjadikannya sebagai serangga yang paling dipantau kehadirannya di sana, USA, mewujudkan organisasi khas untuk membenteras serangga ini. Apakah ianya boleh dijadikan sebagai senjata biologi untuk memusnahkan industri atau bekalan makanan USA
love hijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan