Home Klik Di Bawah

Khamis, 24 November 2011

Program Mahligai Sejahtera 2011 meriah

http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms2%202.jpg
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms2%201.jpg
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms7%201.jpg
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms4%201.jpg




ALOR SETAR – Seramai 50 pasangan pengantin dari seluruh daerah dalam negeri Kedah diraikan dalam Program Mahligai Sejahtera 2011 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon.

Dalam suasana sederhana tetapi meriah, para pengantin diarak memasuki dewan sebaik sahaja ketibaan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak  serta diiringi oleh paluan kompang.
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms5.jpg

Setiap pasangan pengantin menerima cek ‘Mock’ dari Menteri Besar dan berpeluang bergambar kenangan-kenangan bersama beliau.

Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan menarik yang disampaikan oleh Along, peserta rancangan Bintang Kecil, Adik Shafiqah Fasiha, naib johan rancangan Realiti Adik-Adikku TV1 dan Muhaimin dari Jabatan Kebudayaan Negeri Kedah.
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/ms7%202.jpg

Selain itu, wakil waris pengantin, Encik Mahamad Isa Harun dari Kodiang, wakil pengantin lelaki, Mohamad Nasa’i dari Langkawi dan wakil pengantin perempuan, Siti Khadijah Abdullah dari Kulim, diberi peluang menyampaikan ucapan.

Majlis yang penuh warna warni itu dirasmikan oleh Menteri Besar dan dihadiri kira-kira 2,000 hadirin.

Program Mahligai Sejahtera anjuran kerajaan negeri membuka peluang kepada anak-anak Kedah yang berpendapatan RM1,000 ke bawah untuk menyertainya. Ianya bertujuan membantu meringankan bebanan golongan berpendapatan sederhana untuk melangsungkan perkahwinan. Pada tahun ini setiap pasangan dihadiah RM1,000 sebagai hadiah perkahwinan oleh kerajaan negeri.
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan