Home Klik Di Bawah

Isnin, 28 November 2011

Tanda-Tanda Mengalami SAKIT DARAH TINGGI

nfo Sihat kali ini Jz hendak kongsikan bersama pembaca, info berkenaan Tanda-Tanda Penyakit Tekanan Darah Tinggi atau dikenali juga dengan Hypertensi. Untuk semua pembaca, amalkan gayahidup sihat ok. Itu pelindung paling mujarab yang perlu ada dalam asas kehidupan kita. Insyaallah, semoga hidup kita terhindar dari segala penyakit.

Tanda-Tanda Mengalami Sakit Darah Tinggi

Tanda-Tanda 
Tekanan Darah Tinggi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas)
mmHg
Tekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Normal
< 120
dan < 80
Pra Hypertensi
120- 139
atau 80 – 89
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 – 159
atau 90 – 99
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
atau > 100

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi / tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah:

~ Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
~ Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi.

Apakah penyebab Hypertensi / Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Sebab yang tidak diketahui (90%)

Sebab sekunder (10%)
Penyakit buah pinggang

Penyakit sistem endokrin

Penyakit pembuluh darah


Adakah Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala

Pengidap Hypertensi / Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi)

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi (kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi /
Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi / kesan akibat penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

Otak
~ Serangan Stroke / Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti :
~ Coronary Heart Disease
~ Congestive Heart Failure
~ Left Ventricular Hypertrophy
Komplikasi pada mata
Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
Komplikasi pada buah pinggang
~ Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

Peripheral vascular disease seperti :
~ Aneurysm
~ Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive / Tekanan Darah Tinggi?
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan, seperti :
Perlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal / optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi :
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 :
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama. Anda perlu mengubahsuai gaya hidup, seperti :
Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi.

Jika anda disahkan mengidap Hypertensive / Tekanan Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan :
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion / Tekanan darah tinggi

Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan

Pengesanan komplikasi terutamanya :
* Jantung
* Ginjal
* Mata
* Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Sumber : Info Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan