Home Klik Di Bawah

Selasa, 22 November 2011

Tips Ubati Bibir Pecah Dan Penyebab Bibir Pecah-Pecah

Siapa tak tahu bibir tu apa ? angkat tangan , tak kan tak tahu kan , saya jarang ada masaalah ini mungkin sebab bibir jenis tahan lasak .. ewahh .. ada jenis bibir yang sensitif tu memang selalu je pecah-pecah kan ? atau kadang-kadang anak-anak demam panas melampau mesti bibir mereka akan pecah-pecah kan ? ok disini ada beberapa tips yang biasa di amalkan untuk ubati bibir pecah. Sebelum tu kita tengok dulu penyebab bibir pecah-pecah , dah tahu sebab nya baru senang nak elakkan betul tak ?

Penyebab bibir pecah-pecah :
  • Bernafas melalui mulut, biasanya disebabkan oleh hidung yang tersumbat yang membuat bibir menjadi kering. Ini juga masalah khusus bagi orang-orang yang bernafas dengan mulut ketika tidur.
  • Terkena elemen cuaca ?yang berubah , seperti matahari, udara dingin, panas, atau kelembaban yang rendah.
  • Makan makanan tetentu yang boleh mengeringkan kulit bibir.
  • Menggigit bibir berulang-ulang.
  • Menjilat bibir saat bibir sedang pecah-pecah, kerana saliva akan mudah menguap dan membuatkan bibir kering.
  • Merokok, kesan dari merokok adalah membuat kulit menjadi kering.
  • Reaksi alergi dari penggunan kosmetik.
  • Demam panas.
  • Alergik terhadap makanan.
  • Kurang minum air kosong.
Tips Ubati Bibir Pecah :

Gunakan Madu

Sapukan beberapa titis madu di bibir , biarkan seminit sapu lagi sehingga mendapat 4 salutan madu di bibir , biarkan selama 30 minit dan bersihkan menggunakan air , bibir akan terasa lebih lembut dan rasa pedih akibat bibir pecah-pecah tersebut akan hilang serta merta.

Gunakan Aloevera

Sapukan beberapa lapisan seperti di atas selama 30 minit dan biarkan aloevera tersebut mengering di atas bibir (jika tak tahan rasa aloevera tersebut eloklah dicuci) Jika boleh tahan biarkan sahaja, fungsi aloevera yang lembab itu dapat melembab kan bibir dan dipercayai aloevera mengandungi agen penyembuhan luka yang baik.

Gunakan produk yang di jual di pasaran

pastikan tiada alergik terhadap bahan dalam produk pelembab bibir tersebut saya cadangkan gunakan Vaseline.
puanbee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan