Home Klik Di Bawah

Sabtu, 19 November 2011

Tokyo Sky Tree bangunan tertinggi dunia?

Tapi pagi ni aku nak share dengan korang tentang 1 mercu tanda baru Jepun dan juga dunia.

Tokyo Sky Tree, Tokyo
Semalam, 17 November 2011 Guiness World Records dah iktiraf Tokyo Sky Tree sebagai bangunan yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 643 meter. Sebenarnya aku agak konpius, apa beza bangunan tertinggi dengan menara tertinggi? sebab setakat ni menara tertinggi di dunia ada kat Dubai tu dan sekarang ni bangunan tertinggi kat Jepun pulak. 

Ape pun, bangunan ni dah mengatasi bangunan tertinggi di dunia sebelum ni; Canton Tower di China (600 meter). 

Menara ni dibina bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap lewat tahun ni dan nampaknya dah siap ikut jadual. Kalau korang tengok kan bentuk menara ni agak unik sebab base dia berbentuk segi 3 dan atasnya bulat, ko mampu ke nak construct? Tengok kat gambar sebelah ni..

..

Kalau ikut apa yang aku baca, fungsi utama bangunan ini adalah sebagai pusat penyiaran, ada antenna tinggi kat atas tu macam Menara Kuala Lumpur la kan. Cube tengok gambar kat bawah ni:

Rasa pelik bila Menara Berkembar Petronas tersenarai sekali, menara penyiaran ke? Yang lain tu okay la.. Kat sini Tokyo Sky Tree tulis 601 meter ketinggiannya tapi kalau ikut sumber 634 meter. Mungkin masa awal-awal concept development dulu dah rancang nak buat 601 meter je tapi lepas tu ada lagi penaja yang nak tambah duit, so tambah la lagi beberapa level. Tu yang jadi 634 meter HAHA pandai2 je aku buat spekulasi! sila abaikan..

mohdkhairi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan