Home Klik Di Bawah

Rabu, 16 November 2011

Tuanku Sultan puji Pelan Strategik Kedah sejahtera



ALOR SETAR, 15 November - Pelan Strategik Kedah Sejahtera mendapat kepujian  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ketika memberi  titah ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet Penggal Yang Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Titah baginda, melalui buku tersebut perancangan dan pelaksanaan projek pertanian, akuakultur, pembuatan, pelancongan, prasarana dan pembangunan insan telah memberi impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Oleh itu baginda berharap semua pihak beri kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan agar pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar demi faedah kepada negeri Kedah.

Sehubungan itu titah baginda lagi, usaha menarik masuk pelaburan swasta giat dijalankan dengan memberi tumpuan bidang pembuatan, pengeluaran dan pemerosesan makanan serta perkhidmatan.

“Beta yakin negeri Kedah memilikki potensi yang besar dalam beberapa bidang yang boleh diterokai oleh pihak swasta  apabila kerajaan  menyediakan asas pembangunan dalam pengeluaran makanan melalui penubuhan Taman Industri Halal dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani dan Zon Insdustri Akuakultur serta  ikan dalam sangkar di Langkawi dan member galakan memelihara burung walit,” titah baginda.

Baginda  memuji usaha murni ini demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan harapan inisiatif ini akan lebih berkembang apabila melibatkan pihak swasta yang memilikki keupayaan kewangan  serta teknologi jaringan pemasaran.

“Beta berharap kerajaan beta dapat menggembleng pihak swasta melabur dan menerajui bidang yang dimaksudkan,” katanya.

Dalam usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat kerajaan memberi penekanan kepada sektor perumahan bagi menyediakan tempat berteduh untuk semua rakyat yang memerlukan.

Dalam hal ini kerajaan berusaha menyediakan rumah-rumah bagi membela nasib rakyat yang tinggal di kawasan setinggan dan menyalurkan bantuan kepada golongan miskin yang berdaftar dengan e-Sinar.
Melalui Jabatan Zakat bantuan dihulurkan mengikut kadar kelayakan yang ditetapkan. Selain itu anak syarikat  milik kerajaan dan swasta digalakan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Baginda menyeru agar program yang lebih komprehensif disediakan bagi memastikan keluarga miskin dapat mengubah hidup mereka seterusnya dapat keluar dari lingakaran kemiskinan.
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan