Home Klik Di Bawah

Sabtu, 26 November 2011

Zakat Emas dan Perak

Zakat Emas Dan Perak

Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Kenapa Di Kenakan Zakat ?

Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:

"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya."

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-


1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas





Nisab Zakat EmasSabda Rasullullah S.A.W. :
"Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham."


Peringatan

Ijmak Ulama' mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.



ZAKAT EMAS SIMPANAN
Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.


Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.

Nilai emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.



Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gmBaki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5% = RM 255.17

Zakat Perak


Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak

Ijma' ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).
Dalil zakat perak Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )
Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62 Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%= RM 15.50

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

    Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
    Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
    Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
    Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
    Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
    Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
    Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
    Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
    Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
    Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
    Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
    Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
    Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
    Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
anda dah selesai zakat untuk tahun ini
putrideeha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan