Home Klik Di Bawah

Selasa, 20 Disember 2011

ALASAN CUEPACS TOLAK SKIM SBPA



Seperti yang telah kita ketahui beberapa hari lepas di entry ini (SKIM SBPA:CUEPACSBANTAH PERLAKSANAAN OPSYEN SBPA), CUEPACS dengan telah meminta semua pegawai JPA agar tidak sewenang wenangnya bersetuju dengan borang opsyen yang telah ditetapkan sebelum pihak CUEPACS bertemu dengan Yang Berhormat Perdana Menteri. Ini kerana CUEPACS telah menyimpulkan yang skim SBPA ini tidak begitu memuaskan hati..

Untuk makluman semalam CUEPACS telah mengadakan perhimpunan bersama PA di Dewan CIDB dan memperjelaskan 5 perkara utama mengapa mereka minta kerajaan khusunya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula atau menolak SBPA
  1. Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.
  2. Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan  tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
  4. Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA.
  5. Tiada sokongan yang jelas untuk ‘exit policy’

ulanweblog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan