Home Klik Di Bawah

Isnin, 26 Disember 2011

ASMA UL-HUSNA: Makna & Kegunaannya - Bahagian 1

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Ya Allah

  • Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ya Rahman - Maha Pemurah
  • Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ya Rahim - Maha Penyayang
  • Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Ya Malik - Maha Merajai/Pemerintah
  • Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. Ya Quddus - Maha Suci
  • Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain.

6. Ya Salam - Maha Penyelamat
  • Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. Ya Mukmin - Maha Pengaman
  • Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, Insya Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Ya Muhaimin - Maha Pelindung/Penjaga
  • Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Ya 'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
  • Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, Insya Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10. Ya Jabbar - Maha Pemaksa
  • Apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Ya Mutakabbir - Maha Besar
  • Apabila dizikirkan sebanyak 662 kali, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12. Ya Khaliq - Maha Pencipta
  • Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, Insya Allah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

13. Ya Baarii' - Maha Perancang
  • Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. Ya Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
  • Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan 'Ya Musawwir' sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
  • Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh.

15. Ya Ghaffar - Maha Pengampun
  • Sambil beriktikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16. Ya Qahhaar - Maha Menundukkan
  • Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia

17. Ya Wahhab - Maha Pemberi
  • Dizikir sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. Ya Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
  • Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. Ya Fattah - Maha Pembuka
  • Dizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. Ya 'Alim - Maha Mengetahui
  • Dizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. Ya Qaabidhu - Maha Penyempit Hidup
  • Dizikirkan 100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Ya Baasithu - Maha Pelapang Hidup
  • Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insya Allah rezeki akan menjadi murah.

23. Ya Khaa'fidh - Maha Penghina
  • Dizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, Insya Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ya Raafi - Maha Tinggi
  • Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 kali, Insya Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian.

25. Ya Mu'izz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
  • Dizikirkan sebanyak 140 kali dan setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Ya Muzill - Maha Merendahkan
  • Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, Insya Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. Ya Samii’ - Maha Mendengar
  • Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, Insya Allah doa akan mustajab.

28. Ya Bashiir - Maha Melihat
  • Dizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, Insya Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. Ya Hakam - Maha Menghukum
  • Dizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci, Insya Allah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Ya Adllu - Maha Adil
  • Dizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insya Allah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Ya Lathiif - Maha Halusi
  • Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. Ya Khabiir - Maha Waspada
  • Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Ya Haliim - Maha Penyantun
  • Dizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insya Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. Ya 'Aziim - Maha Agong
  • Dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insya Allah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 kali kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

35. Ya Ghafuur - Maha Pengampun
  • Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insya Allah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. Ya Syakuur - Maha Pengampun
  • Dizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, Insya Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Ya 'Aliy - Maha Tinggi Martabat-Nya
  • Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 kali (di dalam bahasa Arab) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, Insya Allah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang. Insya Allah mujarab.

38. Ya Kabiir - Maha Besar
  • Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. Ya Hafiiz - Maha Pelindung
  • Dizikir sebanyak 99 kali, Insya Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Ya Muqiit - Maha Pemberi Keperluan
  • Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insya Allah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. Ya Hasiib - Maha Mencukupi
  • Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insya Allah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. Ya Jaliil - Maha Luhur
  • Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insya Allah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. Ya Kariim - Maha Mulia
  • Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ya Raqiib - Maha Pengawas
  • Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada ditempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. Insya Allah.

45. Ya Mujiib - Maha Mengabulkan
  • Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba-Nya dan agar doa kita mustajab dan selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 dan sesudah solat subuh. Insya Allah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Ya Waasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
  • Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi & petang, Insya Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, Insya Allah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Ya Hakiim - Maha Bijaksana
  • Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insya Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurangkurangnya 300 kali setiap hari.

48. Ya Waduud - Maha Pencinta
  • Diamalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.

49. Ya Majiid - Maha Mulia
  • Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Ya Baa'its - Maha Membangkitkan
  • Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insya Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah
jejakajiwang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan