Home Klik Di Bawah

Jumaat, 2 Disember 2011

Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot!!

indeks persepsi rasuah 3 Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot!!
Sekitar 15 tahun lalu iaitu pada tahun 1995, Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia berada pada tangga yang ke 23 daripada 41 buah negara dengan 5.28 mata. Masa itu, Malaysia bukan calang-calang kedudukannya sehingga boleh sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura & Jepun bagi kalangan negara-negara Asia Pasifik. Hebat bukan? Kami yang menulis pun terbit rasa bangga pun ada.

Tetapi itu semua tinggal sejarah sahaja sekarang ini. Sepatutnya daripada tahun ke tahun, pencapaian Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah akan menjadi lebih baik tetapi lain pula jadinya sekarang ini. Makin tahun makin teruk. Terbaru, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2011 makin merosot.

indeks persepsi rasuah 2 Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot!!
 Anda boleh semak semula rekod pencapaian negara kita dalam membanteras dan menangani rasuah dalam tempoh 10 tahun terakhir:

indeks persepsi rasuah 4 Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot!!
sumber grafik: Malaysiakini
Apabila gejala rasuah makin “menjadi-jadi” di Malaysia. Secara faktanya, kesannya :
  • akan mengakibatkan ekonomi merosot
  • matawang Malaysaia akan menjadi semakin lemah
Sepatutnya Malaysia mencontohi negara seangkatannya dengan dahulu, yang sama-sama diangkat sehingga digelar “Harimau Asia” iaitu Korea Selatan. Tetapi sekarang, segala benda kita jauh tertinggal termasuklah dalam Indeks Persepsi Rasuah pun kita ketinggalan. Korea Selatan di era 1990 dulu yang keluar daripada kepompong rasuah & membanteras habis-habisan salah laku dan sekarang apa jadi? Korea Selatan merupakan negara maju & boleh dikatakan lebih bersih daripada tahun-tahun sebelumnya daripada pimpinan politik yang rasuah serta menyalah gunakan kuasa.
  • Kami sangat musykil dengan negara yang terperosok seperti Bhutan pun, Malaysia masih lagi tertinggal? “Ilmu” apa yang kerajaan mereka gunakan?
  • Kami hairan bagaimana negara jiran kita, Brunei yang mengamalkan full monarki pun Indeks Persepsi Rasuah mereka lebih baik daripada Malaysia?
indeks persepsi rasuah Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot!!
 Cuba kita semak 4 negara yang tergolong dalam “Harimau Asia” bersama-sama dengan Malaysia sekitar 90 an dahulu, di mana mereka sekarang:
  • Singapura 9.2 (nombor 5)
  • Korea Selatan 5.4 9 (nombor 43)
  • Taiwan 6.1 (nombor 32)
  • Malaysia 4.3 (nombor 60) 
P/S : Di mana silapnya? Apa kurangnya Malaysia? Kenapa Malaysia tidak boleh?
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan