Home Klik Di Bawah

Selasa, 27 Disember 2011

Mitos Dan Fakta Mengenai Coklat


  

Salam…

Korang suka makan coklat?Mesti ramai yang suka kan?Sebab rasanya yang manis dan kajian juga telah menunjukkan makanan2 manis seperti coklat dapat membuatkan hati kita menjadi gembira dan menghilangkan stress.

Penyelidikan yang telah dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap calorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.Memang sudah terbukti coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini.

Ada yang kata coklat ni membawa banyak keburukan seperti kerosakan gigi dan juga menjadikan kita gemuk.Mari kita lihat sejauh manakah kebenarannya…

Mitos-Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta-Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbangkan kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan(USRDA):Kalsium-9%, Riboflavin-9%, Protein-6%, Zat Besi-3%, Vitamin A-2.4% dan Thiamine-2%.Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Jadi,coklat sangat berkhasiat.

Mitos-Coklat sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
Fakta-Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat.

Mitos-Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
Fakta-Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5  mg sodium; satu bar coklat susu-40 mg.Cuba bandingkan dengan:1 cawan susu-122 mg; 1 keping roti gandum-132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.

Mitos-Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
Fakta-Kajian mendapati bahawa 1 daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk palk gigi.Oleh itu,coklat bukanlah penyebab jerawat.Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos-Kafein dalam coklat menyebabkan kanak2 terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
Fakta-1 auns coklat adalah 5 miligrams.1 cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan miligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 miligrams bagi 1 tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa makan banyak bar coklat (lebih kurang 50-1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat jika anda tidak nyenyak tidur.

Mitos-Makan coklat dan lain2 konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak2.
Fakta-Kajian menunjukkan kanak2 obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Kesimpulannya,coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang betul.Teima kasih kerana membaca.



rotibutter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan