Home Klik Di Bawah

Rabu, 21 Disember 2011

Resepi - Mahligai Bahagia

Sekadar ingin berkongsi satu artikel yang saya jumpa kat FB.. Manatau.. dengan mencuba "RESEPI" ini.. dapat melahirkan MAHLIGAI BAHAGIA antara suami isteri..
Jom try!

Bahan-bahannya:
  • 2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
  • 1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
  • 1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
  • 4 cawan rasa tanggungjawab
  • 3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
  • 2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
  • 2 cawan pati kemanusiaan
  • 2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
  • 1 cawan rasa kepuasan.
  • 1 cawan budi bahasa.
  • 1 cawan perasaan timbang rasa.
  • 1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
  • 2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
  • 1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi
  • 2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
  • 4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
  • Secubit campur tangan mertua
  • Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikapdingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.

Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.

Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

~ A.M.I.N ~
Semoga Mahligai Yang Kita Bina Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa


cahayahatiku-lyafrina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan