Home Klik Di Bawah

Khamis, 29 Disember 2011

Tips Anak Bijak guna Otak Kanan

Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)


1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...


2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..


3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha


4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. cewahhh... hihii


5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. "tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk" hihii... Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha



6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii


7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh

ihaveasweetsmile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan