Home Klik Di Bawah

Rabu, 28 Disember 2011

Tips & panduan menjelang peperiksaan

Menghampiri minggu-minggu terakhir bagi semester 1, 2011-2012 memang mendebarkan khusus buat mahasiswa seantero.

Ketika inilah pelbagai perasaan bercampur-baur; buat yang lemah semangat dan cepat melatah, mungkin berikut tips dan pesanan yang berguna buat mereka. Juga tips ini boleh digunapakai oleh semua juga !

Persediaan Dalaman

Kesihatan rohani sangat penting utk menghasilkan otak yang cergas dan tajam. "Al-ilmu kannur - Ilmu itu ibarat cahaya" ...Cahaya hanya masuk ke dalam hati yang bersih.
Secara ringkasnya;

1. Jauhi perkara-perkara maksiat dan mazmumah. Contohnya derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..

2. Pohon maaf kepada semua orang, jumpa guru/pensyarah- minta halalkan ilmu; dan juga maafkan orang lain.

3. Bagi yang memerlukan hafalan fakta, tetapi diri susah hendak mengingat apa yang telah dipelajari, cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran. Apabila sudah mula menghafaz ayat-ayat suci al-Quran ni,dengan izin-Nya secara tidak langsung iamemudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.

4. Qiamullail - bangun pada tengah malam. Buat Muslim, melalui amalan ini bakal menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan ibadat solat-solat sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir sekurang-kurangnya.


Persediaan Minda / Akal

1. 'Mind setting' - anggap peperiksaan sesuatu yang positif. Ramai orang yang tertekan dengan musim peperiksan sehingga menyebabkan otak 'gagal berfungsi' dengan baik di hari peperiksaan. Chill ok!

2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. Kadang-kadang soalan peperiksaan berulang-ulang atau seakan-akan sama, dan bagi mata pelajaran bercorak kira-kira, semestinya ia perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada.

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan. Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tidak jumpa tempat duduk sendiri.

Persediaan Fizikal

1. Kesihatan

"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta

b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.

c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.

2. Keselamatan

Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.


Biro Akademik & Keintelektualan
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)

* Sebahagian tips di atas diambil daripada tips oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam Majalah Solusi isu no 12.

1 ulasan: