Home Klik Di Bawah

Rabu, 21 Disember 2011

Wang Kertas RM20 Baru

21/12/2012
Assalamulaikum dan salam 1Dunia, bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.



 BNM akan mengeluarkan reka bentuk baru untuk wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10 dan RM100 serta mengeluarkan kembali wang kertas RM20. BNM juga akan mengeluarkan reka bentuk baru siling untuk denominasi 5sen, 10sen, 20sen dan 50 sen.

duitrm20 Wang Kertas RM20 baru
Gambar Duit Kertas RM20 yang lama - Sumber Nickasyraf.com

Kakitangan Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia RM20 yang terbaru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)
wang kertas RM20



Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini. Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan secara berkala dalam tempoh 12 bulan. Pengenalan semula wang kertas baru RM20 bakal mengurangkan penggunaan Wang kertas RM10 dan RM50.

Nilai Ringgit juga dijangka akan meningkat berbanding USD untuk tahun-tahun ke depan. Ada baik dan buruknya apabila nilai matawang Ringgit semakin mengukuh berbanding USD. Meningkatan nilai Ringgit adalah akibat daripada menyusutan nilai Dollar yang semakin ketara dan ini sudah pasti memberi daya saing yang lebih positif kepada ekonomi negara. Kalau baca kisah gerakan FREEMASONS mereka sudah keluar dari USA dan ini bermakna ekonomi Amerika akan terus hancur dan tidak akan pulih kembali dan ini bermakna juga nilai USD akan terus merudum. Ini dunia akhir zaman.


denaihati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan