Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 Januari 2012

101 Sebab Kenapa Saya Menutup Aurat - Bahagian 2

Seterusnya :-
  1. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
  2. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
  3. Tudung bukan sesuatu yang kuno.
  4. Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
  5. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
  6. Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
  7. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
  8. Membezakan diri dari penganut agama lain.
  9. Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
  10. Memperkuat tali silaturahmi dan ukhuwah sesama muslimah.
  11. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
  12. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
  13. Membuat saya lebih terlihat anggun.
  14. Membuat saya terlihat menyenangkan.
  15. Membuat saya lebih terlihat wanita.
  16. Tidak terlihat seperti laki-laki.
  17. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
  18. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
  19. Memudahkan saya, dengan izin Allah, mengenal lelaki yang soleh.
  20. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
  21. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang soleh.
  22. Jodoh merupakan urusan Allah.
  23. Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
  24. Memudahkan saya dalam berdakwah..
  25. Membuat lebih mudah bergerak.
  26. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
  27. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
  28. Saya tidak suka memakai seluar yang ketat.
  29. Seluar yang ketat dapat menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
  30. Jimat masa dalam berpakaian.
  31. Jimat masa dalam berhias.
  32. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
  33. Jimat untuk membeli pakaian yang sedang trend.
  34. Jimat untuk membeli make up.
  35. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merosak kulit.
  36. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
  37. Mengurangkan risiko penyakit kanser kulit.
  38. Pancaran matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
  39. Mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
  40. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
  41. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
  42. Membuatkan saya untuk hidup lebih sederhana.
  43. Menghindari hidup yang membazir.
  44. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
  45. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
  46. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
  47. Lebih mudah dalam menabung.
  48. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
  49. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
  50. Itu bererti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
  51. Membuat saya merasa menjadi wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
wanitasihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan