Home Klik Di Bawah

Rabu, 25 Januari 2012

21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan -Bahagian 1

daunkaduk1_thumb.gif
Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Daun Misai Kucing dan herba seumpamanya empunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik yang digunakan sekarang, banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai khasiat kesihatan semulajadi.

Pada entri ini, saya hanya ingin memaparkan hanya 10 herba terpilih mengisi slot kesihatan ini. Antaranya ialah:

1) Hempedu Bumi
Nama Saintifik Andrographis Paniculata                          (Bum. f.) wall.ex Nees
Nama Lain Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia
Famili Acanthaceae
hempedu bumi 
Kegunaan dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.
Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan  darah tinggi meningkat.
Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

2) Sambung Nyawa

Nama Saintifik Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Nama Lain Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akar
sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),
beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina
Famili Asteraceae
sambung nyawa
Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam


Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

3)Kunyit Hitam

Nama Saintifik Curcuma Caesia
Nama Lain Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary
Famili zingiberaceae
kunyit hitam
Kegunaan dan Khasiat
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan
usia seseorang.

4)Pegaga

Nama Saintifik Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Nama Lain Tapak Kuda(Indonesia),Indian
Pennywort, Gotu Kola
Famili Apiaceae/Umbelliferae
pegaga 

Khasiat dan Kegunaan
Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.
Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan  menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah:
  • Pembengkakan Hati
    Demam, Campak
    Sakit Tekak, Batuk Kering,
    Asma, Brokitis, Pleuritis
    Radang Mata Merah
    Keputihan
    Tekanan Darah Tinggi
    Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
    Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir  Keracunan Makanan
    Batuk Darah, Muntah Darah
    Busung, bisul
    Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
5)Temulawak

Nama Saintifik curcuma xanthorrhiza
Nama Lain Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili Zingiberaceae
Kegunaan dan Khasiat
temulawak

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
1.    Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.    Ubat demam( anti-pyretic)
3.    Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.    Penyakit kulit
5.    Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.    Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.    Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.    Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.    Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada  vagina.
10.  Penyakit kencing manis.
11.  Gastrik dan gas berlebihan
Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver). Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa
penyakit liver yang lain.
Kegunaan-kegunaan lain
Boleh digunakan untuk merawat :
1.    Batuk
2.    Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
3.    Bronchitis
4.    Jerawat
5.    Keputihan
6.    Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
7.    Demam berdarah
8.    Bau mulut
9.    Haid tidak teratur
10.  Asma
11.  Radang kerongkong
12.  Luka terbakar
13.  Kudis, kurap kaki
14.  Bisul dan menghilangkan gatal
15.  Sakit mata

6) Dukung Anak

Nama Saintifik Phyllanthus Niruri
Nama Lain Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India)
Famili Eurphorbiacea
dukung anak 
Kegunaan dan Khasiat
Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam. Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.
Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

7) Misai Kucing

Nama Saintifik Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain Kumis kucing, cat whisker,
kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis  Koetjing  and Yaa Nuat Maeo
Famili Lamiaceae
misai kucing
Kegunaan dan Khasiat
Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah.

Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing   manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya

8) Ulam Raja
Nama Saintifik Cosmos Caudatus
Nama Lain King Salad, Intan Berayun
Famili Asteraceae
ulam raja 
Kegunaan dan Khasiat
Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

9) Kacip Fatimah
Nama Saintifik Labisia Pumila
Nama Lain Mata Pelanduk hutan
Famili Myrsinaceae
Lokasi dijumpai   :  Malaysia, Thailand, Indochina
kacip fatimah
Kegunaan dan Khasiat
Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile)
Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

10) Tongkat Ali

Nama Saintifik Eurycoma longifolia Jack
Nama Lain Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili Simaroubaceae
Kegunaan dan Khasiat

tongkat_ali 
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian). 

panduanpercuma
 

1 ulasan:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam