Home Klik Di Bawah

Khamis, 26 Januari 2012

21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan -Bahagian 2

Bahagian2.  Kenali khasiat herba yang ada dipersekitaran kita. 

                 11) Mas Cotek
Nama Saintifik Ficus Deltoidea
Nama Lain Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe  fig, dan Kangkalibang
Famili Moraceae
MAS COTEK 
Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.


Kegunaan dan Khasiat

Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

12) Gandarusa

Nama Saintifik Justicia Gendarussa Linn
Nama Lain Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English
Famili Acanthaceae
gandarusa 
Kegunaan dan Khasiat:

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.
Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

13) Kucing Galak

Nama Saintifik Acalypha Indica
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Kegunaan dan khasiat:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin
Penyakit yang di ubati
1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis
7. Menambahkan Tenaga Batin.

14) Cekur

Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Zingiberaceae
Pokok_Cikur_Daun_Cekur 
Kegunaan dan Khasiat
Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak

15) Kapal terbang

Nama Saintifik Eupatorium odoratum Linn
Nama Lain Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea
Famili Asteraceae
kapal terbang 
Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).

Sifat Asal Pokok Kapalterbang

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3′-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan Khasiat
Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya mesti digunakan secara luaran sahaja.  Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.
Rujukan: http://naturecures.forestexplorers.com/pokokkapalterbang.shtml

(16) Senduduk Putih

Nama Saintifik Melastoma malabathricum
Nama Lain Senduduk Putih
Famili Melastomaceae

senduduk_putih 
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.

Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya
.
Kegunaan dan khasiat

Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah
.
Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air
Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut
.
(17) Gelenggang Besar
Nama Saintifik Cassia alata Linn
Nama Lain Gelenggang Besar
Famili Leguminosae
Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat
.
Kegunaan dan khasiat

 Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau  dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan
.
Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)
Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal
.
**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik
.
(18) Patawali
Nama Saintifik Tinospora crispa(miers)
Nama Lain Akar seruntun, brotowali, batang wali
Famili Menispermaceae
patawali 
Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.


Kegunaan  dan Khasiat

Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.

(19) Kadok
Nama Saintifik Piper sarmentosum
Nama Lain Sireh duduk
Famili piperaceae
daun kaduk 1 
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

(20) Bangun-bangun
Nama Saintifik Solenostemon amboinicus
Nama Lain Ati-ati hijau, allspice
Famili Labiatae
bangun-bangun 
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan dan Khasiat:

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.

Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

(21) Letup-letup
Nama Saintifik Physalis minima
Nama Lain Wild capegooseberry
Famili Solanaceae

letup-letup
Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

Kegunaan dan Khasiat:

Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk  pening , sakit  pinggang  dan  kanser .
Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua. Banyak lagi tumbuhan herba tempatan yang mempunyai khasiat dan untuk keguanaan dalam perubatan tradisional. InsyaAllah, mungkin dientri yang lain boleh dimasukkan sebahagian lagi tumbuhan herba berkenaan. Sila tulis ulasan dan komen ada di bawah,

panduanpercuma

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam