Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 Januari 2012

24 Ahli majlis MBAS angkat sumpah

E-mail
ALOR SETAR, 10 Januari 2012 – Bagi penggal baru tahun 2012 seramai 24 Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengangkat sumpah jawatan iaitu 10 orang wakil jabatan teknikal dan 14 orang wakil parti.

 “Bagi penggal ini tiada lantikan baru daripada jabatan teknikal kerana ianya bergantung kepada jawatan dan tempoh perkhidmatan mereka, ujar Datuk Bandar MBAS, Dato’ Mat Noh Ahmad semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MBAS di Dewan MBAS.


“Manakala bagi wakil politik pula tiada lantikan baru kecuali Chee Woie Hsian, Ahli Majlis Kawasan Kuala Kedah, mewakili DAP yang telah dilantik pada hujung tahun lepas bagi menggantikan Teoh Boon Kok.

“Seramai lima Ahli Majlis mewakili DAP, dua mewakili PKR dan tujuh mewakili PAS termasuk, Saw Lean Keow, Ahli Majlis Alor Janggus dari kelab penyokong PAS,” terangnya.

Menurut beliau lagi, pada tahun lepas beliau mendapat kerjasama yang baik daripada Ahli Majlis walaupun mereka mewakili rakyat dan beliau berharap pada tahun ini agar mereka dapat meneruskan kerjasama yang terjalin seperti penggal sebelum ini untuk merealisasikan matlamat mewujudkan Bandaraya Sejahtera.

Beliau turut berharap agar pada penggal ini Ahli Majlis akan memberi sokongan yang sama kepada setiap program yang dianjurkan oleh MBAS.

Wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan