Home Klik Di Bawah

Jumaat, 6 Januari 2012

7 Tips Melawan Rasa Tidak Berdaya Dan Tidak Mampu

Hilangkan semua kata-kata 'tidak boleh' dan 'tidak mampu' dalam kamus diri anda. Yakinlah bahawa anda boleh melakukan semuanya dengan baik dan positif.

 Tahun baru telah bermula dan tahun sebelumnya telah jauh kita tinggalkan. Hari ini kita kembali kepada rutin kehidupan, pekerjaan dan aktiviti kita sehari-hari dengan lebih produktif dan bersemangat. Tetapkan komitmen bahawa tahun ini kita akan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mari kita memulakan


7 cara ialah :-

1. Anda pasti boleh. Jangan pernah menganggap diri kita tidak mampu melakukan suatu pekerjaan, kerana anda pasti boleh. Bagi kebanyakan orang, tekanan justeru boleh menjadi pendorong untuk boleh lebih maju dan berkembang. Yang harus dilakukan adalah mengawal pengurusan masa anda, menetapkan tahap stres, dan menghilangkan hambatan dalam pekerjaan dengan cara anda. Anda mampu melakukan pelbagai perkara dengan baik, kerana itu jangan terus menyerah sebelum mencuba. Percaya diri dengan kemampuan anda, dan belajar untuk menyelesaikan semua tugas tersebut dengan baik.

2. Tentukan target. Untuk mencapai hasil kerja yang maksimum, tentukan target yang ingin anda capai dalam bekerja. Namun, tentukan target yang terukur, dan sesuai kemampuan, agar anda mampu merealisasikannya. Hal ini termasuk target waktu, berapa lama anda boleh mencapai matlamat anda. Adanya target dalam pekerjaan membuat anda akan sedikit mempunyai tekanan, dan membuat anda lebih serius dan lebih produktif dalam melakukan pekerjaan.

3. Memotivasi diri. Seringkali berada didalam zon selesa dalam pekerjaan membuat anda terbuai dan tidak produktif bekerja. Motivasi dan cabaran dalam bekerja merupakan punca penting untuk meningkatkan produktiviti, sehingga anda boleh fokus untuk mencapai matlamat peribadi mahupun profesional. Banyak hal kecil di sekitar anda yang sebenarnya boleh menginspirasi dan memotivasi anda untuk bekerja lebih baik lagi. Moralnya jika kita didatangi cabaran dan dugaan anggaplah itu sebagai satu dorongan, ianya hanya sebagai chobaan :)

4. Jangan mencari alasan. Setiap orang mempunyai alasan mengapa mereka tidak boleh mencapai matlamat, atau memenuhi target mereka masing-masing. Sebagai contoh, anda tidak boleh menumpukan perhatian menyelesaikan tugas kerana banyak tukang yang sedang mengubahsuai bilik mesyuarat di pejabat. Ini bukan alasan yang tepat untuk mengendurkan pekerjaan. Anda perlu berhenti mencari alasan untuk setiap kegagalan yang anda buat sendiri. Carilah penyelesaian yang boleh anda lakukan agar pekerjaan boleh berjalan dengan baik, kerana anda lah yang memegang kawalan ke atas diri anda dan kerja anda.

5. Hilangkan kata "tidak boleh" dari kamus anda. Kata-kata "tidak mampu" atau "tidak boleh" mempunyai makna bahawa anda secara fizikal tidak boleh melakukan apa-apa. Namun hal ini mungkin juga menjadi kod bahawa "saya tidak mahu melakukannya" atau "ini pekerjaan yang terlalu melelahkan". Sebenarnya anda harus menghilangkan kata-kata tersebut dalam fikiran jika anda ingin mencapai tujuan dan target anda. Kata-kata mempunyai pengaruh yang besar bagi psikologi kita. Apabila kita berkata mampu melakukan sesuatu, selalu ada penyelesaian untuk membantu anda mengerjakan tugas-tugas.

6. Berusaha yang terbaik. Untuk medapatkan yang terbaik dan produktif dalam bekerja, anda harus benar-benar komited untuk bekerja lebih keras, dan mencari tahu apa yang boleh memotivasi anda. Berkomitmenlah untuk bersikap proaktif, berani ambil risiko, dan menghilangkan alasan-alasan. Jika anda tidak komited untuk membuat perubahan, maka segala sesuatunya akan selalu tetap sama.

7. Lakukan sekarang. Jangan terus-menerus membuang waktu, untuk memulakan pelbagai hal baik dalam bekerja. Lakukan sekarang juga agar anda semakin mudah untuk mendapatkan tujuan, dan semakin produktif bekerja untuk meningkatkan karier. - Sumber asal kreadit : Smartnewz.info

AAP - Jom sama-sama kita muhasabah diri kearah yang lebih baik dan berpesan juga kepada diri sendiri. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang lebih sempurna. Didalam apa jua perkara yang kita lakukan insyaallah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

akuanakpahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan