TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela
Tak menghairankan jika kakitangan TNB hanya “merasa” bonus 0.5 bulan buat pertama kalinya walaupun prestasi yang dihadapi TNB sekarang ini kurang teruk jika dibandingkan prestasi TNB sekitar akhir era 90 an.
Walaubagaimanapun, mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh mereka-mereka ini apabila melihat rekod kerugian TNB ketika ini
Menurut laporan Utusan Malaysia. Kerugian TNB yang terbaru adalah sebanyak RM224.7 juta.
- TNB mula rugi teruk dek kerana tindakan Petronas yang tidak mahu jual lagi bahan bakar kepada TNB
- Petronas lebih berminat menjual bahan bakarnya kepada Singapura kerana Singapura “mampu” bayar lebih
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta tempoh suku pertama berakhir 30 November 2011. Kerugian itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dari tahun ke tahun yang berpanjangan. – UTUSAN
(Semakan laporan kewangan TNB)
Walaubagaimanapun, keluar berita susulan selepas itu, mengenai jangkaan keuntungan TNB pula pada suku kedua tahun 2012…
Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dijangka kembali untung pada suku kedua tahun kewangan semasa apabila memperoleh wang perkongsian kos penjanaan elektrik sebanyak RM2 bilion daripada Petronas dan kerajaan.
Wang itu adalah kos tambahan sebanyak RM3.1 bilion yang perlu ditanggung secara sama rata oleh ketiga-tiga pihak termasuk TNB bagi menjana tenaga elektrik daripada bahan bakar alternatif (bukan gas) sehingga Oktober tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohammad Noh (gambar) berkata, Petronas telah membayar wang perkongsian tanggungan itu pada akhir bulan lalu manakala kerajaan dijangka membayar dalam beberapa bulan lagi.
Katanya, jumlah tanggungan perkongsian yang dibayar oleh Petronas akan diambil kira dalam keputusan kewangan untuk suku kedua berakhir Februari 2012. “Setelah kos tambahan penjanaan tenaga elektrik daripada bahan bakar alternatif dibayar sepenuhnya, TNB dijangka mampu kembali untung pada suku kedua tahun kewangan 2012, ” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan suku pertama TNB berakhir 30 November 2011. (Sumber : Utusan)
Pelik? Belum apa-apa lagi dah jangka untung? Kalau tiba-tiba pada waktu itu, harga gas naik mendadak, harga arang batu naik mendadak, dan nilai matawang terus merosot? Apa akan jadi dengan TNB pada waktu itu? Adakah TNB masih mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan? Mungkin ada rakan-rakan TNB kita di sini yang boleh berkongsi maklumat tambahan?
Berdasarkan semakan kami di laman Khazanah Nasional :
- TNB dimiliki 35% oleh kerajaan Malaysia
- Petronas pula dimiliki 100% oleh kerajaan Malaysia.
Jikalau TNB berkongsi kerugian dengan kerajaan Malaysia dan Petronas sebanyak RM2 billion, bererti di sini duit kerajaan sebesar RM2,000,000,000 (RM2 billion) yang mana merupakan sumber dari kerajaan dan Petronas diberikan kepada TNB (untuk mengawal daripada rugi).
Sungguh “bagus” & bernasib baik pemegang saham TNB yang lagi 65% itu, yang seharusnya rugi tetapi kerugian itu akhirnya ditutup kerajaan Malaysia. Ia menjadi sesuatu yang boleh diterima jika 100% saham TNB dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Dan satu lagi, IPP jugalah yang seharusnya berkongsi kerugian tersebut, bukannya rakyat Malaysia.
Kerugian TNB : Laporan Kos Operasi yang Ditanggung TNB
Jikalau subsidi kepada rakyat Malaysia boleh ditarik semula, sekurang-kurangnya subsidi kepada IPP yang dimiliki taikun-taikun :
- YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
- Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
- Powertek Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
- Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Kerugian TNB : Semakan kami di laman MalaysianInsider :
Tan Sri Ani Arope pernah menceritakan :
- bagaimana dia dipaksa oleh kelompok dari EPU untuk beli dengan harga 16 sen
- sedang Tan Sri Ani Arope (CEO TNB) hanya boleh menawarkan 12 sen
- siapa “makan” lagi 4 sen itu? Ehem….
Subsidi kepada IPP pun mesti ditarik semula. Jikalau harga jual kepada IPP tidak boleh disentuh sekalipun, harap subsidi yang diberikan kepada kelompok IPP ini dengan menggunakan duit rakyat dipotong. Takkanlah kebal begitu sekali sehingga “mereka-mereka” ini tidak boleh disentuh?
Perjanjian IPP yang cukup berat sebelah dan tidak masuk akal (Baca penerangan penuh di sini) ini bermula dari tahun dari tahun 1993 sehinggalah sekarang masih lagi dipertahankan dan terus menekan TNB, Petronas dan juga rakyat Malaysia. Adakah lagi persoalan seperti ini akan berulang-ulang 1,2 tahun lagi & terus dibangkitkan tanpa tindakan yang drastik daripada pihak kerajaan?
- Jualan TNB masih lagi pada paras yang stabil, tetapi apabila kos bahan melambung tinggi, akhirnya TNB yang dalam kerugian
- Dan, selagi ada IPP ada, selama itulah TNB akan berhadapan dengan kerugian
- Sehingga sampai satu masa, tarif elektrik akan dinaikkan untuk menampung kerugian TNB
- Seeloknya TNB pergi balik ke LLN, biar kerajaan yang mengawalnya
- Tidak mustahil, TNB juga mungkin akan dijual seperti mana yang dihadapi oleh Proton baru-baru ini jika masalah yang dihadapi oleh TNB tidak dtangani dengan segera
P/S : Kami menjangkakan tarif leketrik akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi. Ini hanya jangkaan sahaja. Agak sukar untuk diterima tetapi tidak mustahil untuk terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan