Home Klik Di Bawah

Jumaat, 27 Januari 2012

Gambar Sebuah Pulau Mendadak Muncul Membelah Laut Merah

Sebuah Pulau Mendadak Muncul Membelah Laut Merah TEMPO.COM, Washington - Sebuah pulau mendadak muncul di Laut Merah ke barat Yaman. Empat satelit milik lembaga penerbangan dan angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) dikerahkan untuk melihat daratan baru ini. Dalam website rasminya, NASA menyebutkan lokasi pulau baru sebelumnya tertutup oleh air laut.
Hal ini dibuktikan melalui imej satelit yang dikumpulkan pada tahun 2007. Laporan pertama kehadiran pulau baru ini berasal dari nelayan yang melihat sumber lava menyeruak dari laut hingga ketinggian 30 meter. pada tarikh 19 Disember 2011. NASA menyusul laporan ini dengan meninjau lokasi menggunakan satelit pengindraan jauh bernama Terra dan Aqua, masing-masing pada tarikh 20 dan 22 Disember. Satelit pemantau ozon bernama Aura juga diminta mengukur komposisi atmosfera di daerah ini. Hasilnya, ditemui peningkatan kadar sulfur dioksida. "Bukti satelit menunjukkan terjadinya erupsi," sebut NASA dalam website rasminya. Pada 23 Disember 2011, NASA mencari sebuah pulau baru betul-betul di lokasi erupsi. 


Pulau hasil erupsi ini diapit oleh Pulau Haycock di utara dan Pulau Rugged di Selatan. Masing-masing pulau membentang kira-kira 1 kilometer. Adalah satelit Earth Observing-1 dilengkapi peralatan bernama The Advanced Land Imager (ALI) yang boleh menangkap gambar resolusi tinggi yang menangkap daratan baru di Laut Merah. Selain daratan, imej juga memaparkan munculnya asap tebal di atas pulau yang dianggarkan mempunyai abu gunung berapi, dan wap air. 


Penemuan ini boleh terjadi kerana lokasi kejadian merupakan sebahagian daripada retakan di dasar Laut Merah yang membelah benua Afrika dan Arab. Kelompok pulau yang kini mendapatkan ahli baru ini berada pada Kumpulan Zubair, iaitu kumpulan pulau kecil yang memanjang dari barat laut hingga tenggara.

lamankongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan