Home Klik Di Bawah

Selasa, 17 Januari 2012

Mewahnya : NFC Malaysia : Keluarga Shahrizat Jalil Belanja RM593,500 Kad Kredit Guna Duit “Lembu” NFC?

 nfc malaysia lembu NFC Malaysia : Keluarga Shahrizat Jalil Belanja RM593,500 Kad Kredit Guna Duit Lembu NFC?
Kalau diri sudah merasakan serba tak cukup atau kukuh kewangannya, belanja biarlah berpada. Tetapi kalau sudah berbelanja mengikut nafsu dan  boros menggunakan kad kredit untuk kepentingan diri sendiri sehingga tergamak menggunakan wang rakyat Malaysia melalui dana NFC Malaysia, ini sudah melampaui batas

Satu demi satu pembongkaran mengenai kes isu NFC Malaysia, tetapi kami lihat semacam lambat dan lembap sahaja penyiasatan skandal penyelewengan ini. Perlu sentiasa disergah dan diperhatikan sepanjang siasatan berlangsung. Media arus perdana di Malaysia juga kurang memberikan liputan mengenai skandal penyelewengan NFC Malaysia ini. Semacam tiada apa-apa yang serius berlaku sekarang ini.
Dan pembongkaran terbaru dibuat oleh saudara Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat penyalahgunaan dana “lembu” NFC Malaysia yang telah digunakan untuk tujuan persendirian.

NFC Malaysia : Butiran Belanja Kad Kredit Ahli Keluarga Shahizat Jalil (tahun 2009)

1) Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
  • RM15,210 (purata belanja sebulan)
  • RM182,525  (purata belanja setahun)
2) Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
  • RM13,389 (purata belanja sebulan)
  • RM160,673 (purata belanja setahun)
3) Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh
  • RM10,658 (purata belanja sebulan)
  • RM127,900 (purata belanja setahun)
4) Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh
  • RM10,200 (purata belanja sebulan)
  • RM122,402 (purata belanja setahun)
Kalau dikirakan perbelanjaan kad kredit ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini telah mencecah RM593,500. Kepada pihak polis terus kan menyiasat. Sekarang ini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu.
Lagi satu yang menjadi persoalan kami sekarang mengenai tindakan bekukan aset NFC kerana
  • kerajaan masih tidak memaklumkan lagi apa yang dibekukan sebenarnya, bagaimana ia dibeku dan atas permohonan siapa dan bawah undang-undang apa ianya dibekukan.
  • Dalam pada masa yang sama, NFC Malaysia berani memberikan kenyataan perniagaan mereka masih lagi berjalan seperti biasa. Macam mana tu?
P/S : Kami harap skandal penyelewengan lembu NFC Malaysia ini tidak dibuat ibarat seperti “drama” dibelakang tabir pula. Yang salah tetap salah. Jika kerajaan mahu ambilalih projek ini, tuntut semula wang rakyat yang telah dibelanjakan pada cara yang salah, sambil itu dakwa pihak-pihak yang terlibat.

PP/S : Diharap juga, jangan cuba-cuba mereka-reka personaliti baru untuk dijadikan “kambing hitam” dalam skandal NFC Malaysia ini.

beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan