Home Klik Di Bawah

Isnin, 2 Januari 2012

Pen Ini Masih Berfungsi Setelah 25 Tahun Di Dalam Perut Seorang Wanita



SEORANG wanita berusia 76-tahun, yang namanya tidak disiarkan pernahtertelan sebatang pen hitam pada tahun 1980-an.

Sewaktu kejadian itu, dia sedang menggunakan sebatang pen untuk menahan lidahnya ketika dia mahu melihat tonsil ditekaknya dihadapan cermin tetapi dengan tidak sengaja tercekik pen itu.


Tiada siapa mempercayainya ketika dia memberitahu dia tertelan pen pada masa itu kerana ia tidak muncul pada imbasan hospital ketika dia membuat pemeriksaan di hospital.

Selepas 25 tahun, dia pergi menemui doktor pakar gastro-usus kerana mengalami sakit perut, kehilangan berat badan dan cirit-birit.

Wanita itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pen dan pakar bedah terperanjat apabila mendapati bahawa pen itu masih mempunyai dakwat,boleh digunakan dan tidak menyebakan apa-apa kecedaraan dalaman pada wanita itu.

Penemuan yang menakjubkan mendapat liputan selepas laporan oleh doktor dari Royal Devon dan Yayasan Amanah Exeter NHS dihantar ke ke Jurnal Perubatan British.

Ia berkata bahawa selepas dia menelan pen, suaminya tidak mempercayai dia tertelan pen dan x-ray abdomen melaporkan tubuhnya normal seperti biasadan tiada tanda-tanda dia tercekik pen.

Wanita itu dilaporkan stabil selepas pembedahan.

Pen Yang Dikeluarkan Dari Perut Wanita Itu Selepas 25 Tahun

wartagua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan