Home Klik Di Bawah

Rabu, 18 Januari 2012

pencuri 'jadi orang baik' Anak Wardina mahu pencuri 'jadi orang baik'



KUALA LUMPUR – “Azra nak pencuri jadi baik, Azra tak nak dia masuk penjara.” Itulah yang sering diperkatakan Azra Fareera Ikhwan, 5, anak kedua selebriti, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot apabila teringat peristiwa hitam yang meragut perasaan selamat mereka, Khamis lalu.

Wardina berkata, sejak mereka sekeluarga berdepan situasi mencemaskan apabila rumahnya disamun tempoh hari, anak- anaknya masih lagi trauma terutamanya anak keduanya itu
Azra tidak banyak bercakap, sering terjaga dari tidur, tidak bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kini menjadi pendiam.

“Saya terpaksa memujuk Azra dengan mengatakan bahawa pencuri tersebut telah ditangkap polis dan segalanya selamat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Azra sering mengingatkan agar pencuri tersebut tidak dimasukkan ke penjara dan diberi peluang menjadi baik.

“Hati saya tersentuh apabila mendengar permintaan Azra. Mulia sungguh hati anak kecil ini.

“Saya terpaksa menenangkannya dengan mengatakan pencuri itu tidak masuk penjara, tetapi kita suruh dia mengaji al-Quran dan berdoa jadi baik,” katanya.

Wardina berkata, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan anak bongsunya Imran Ar-Razi, 3, kini beransur melupakan peristiwa pahit itu selepas dibawa bercuti ke Janda Baik minggu lalu.

“Imran masih kecil, dia mudah lupa. Amna pula sentiasa mengingatkan kami agar lebih berhati-hati.

“Saya risaukan perubahan Azra kerana dia masih trauma dan ketakutan,” katanya

uptomu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan