WASHINGTON - Para saintis telah menjumpai deria rasa yang keenam, yang boleh dirasa oleh lidah manusia iaitu lemak.
Selama beberapa generasi, para saintis berfikir bahawa lidah manusia hanya boleh mengesan empat deria rasa, iaitu manis, asam, garam dan pahit. Kemudian gurih atau umami , sebagai dasar rasa kelima telah ditemui. Baru-baru ini penyelidik juga telah mengenalpasti rasa keenam iaitu lemak.
Sebuah pasukan di Amerika Syarikat telah mencari sebuah reseptor kimia, dalam pengecap di lidah yang mengakui molekul lemak dan mendapati bahawa sensitiviti berbeza antara individu. Penemuan ini mungkin boleh membantu menjelaskan mengapa beberapa orang mengambil lebih banyak makanan berlemak, kerana mereka kurang menyedari rasa saat mereka makan.Para penyelidik berharap penemuan mereka dapat dimanfaatkan, untuk memerangi obesiti dengan meningkatkan sensitiviti masyarakat terhadap lemak dalam makanan mereka. Terlepas rasa dasar, aspek lain dari rasa makanan sebenarnya berasal dari bau dan yang dikesan di hidung.
Pasukan penyelidik dari sekolah perubatan di Wahington University, St Louis menunjukkan bahawa orang dengan lebih banyak reseptor yang disebut dengan CD36 lebih baik dalam mengesan kehadiran lemak dalam makanan. Mereka mendapati bahawa, variasi dalam gen yang menghasilkan CD36 membuat orang lebih atau kurang sensifit terhadap kehadiran lemak.
“Tujuan utamanya adalah untuk memahami bagaimana persepsi lemak kita dalam makanan boleh mempengaruhi makanan apa yang kita makan dan kualiti lemak yang kita makan,” ujar Profesor Nada Abumrad, pemimpin kajian seperti dikutip dari Telegraph, Selasa (17/1/2012).
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, mendapati bahawa mereka yang dengan setengah dari CD36 lapan kali kurang sensitif terhadap kehadiran lemak.
Yanina Pepino, yang juga melakukan kajian menambah, “Jika kita mengikuti hasil pada haiwan, diet tinggi lemak akan mengakibatkan pengeluaran CD36 berkurang, dan pada akhirnya boleh membuat orang kurang peka terhadap lemak.”
“Dari hasil kajian ini, kita akan berpendapat bahawa orang dengan obesiti mungkin boleh mengurangkan protein CD36. jadi nampaknya logik bahawa, jumlah protein yang kita buat dapat diubahsuai, baik oleh genetik seseorang dan oleh pola makanan yang mereka makan, “jawabnya.
anakulucheka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan