Home Klik Di Bawah

Isnin, 2 Januari 2012

Seorang Bayi Perlu Dikeletek Untuk Mengelakkannya Berhenti Bernafasnya


Benn berhenti bernafas lebih kurang 23 kali setiap malam
BAGI keadaan biasa, menggeletek anak-anak adalah gurauan untuk menggembirakan mereka. Tetapi, bagi Sanchia Norris, ia merupakan satu cara untuk memastikan anaknya terus bernafas.

Anak wanita itu, Benn yang berusia satu tahun berhenti bernafas beberapa kali setiap malam dan ibunya terpaksa menggeletek anaknya untuk memaksa dia bernafas semula.


Wanita berusia 41 tahun itu, akan diberi amaran oleh penggera yang dipasang pada anaknya apabila pernafasannya berhenti dan akan bergegas ke bilik tidur untuk menggeleteknya supaya anaknya bernafas semula.

Ibu kanak-kanak itu, penasihat cukai bertauliah berkata: "Saya perlu merangsangnya dengan beberapa cara untuk membuat dia bernafas lagi. Saya menggeletek dia di tapak kaki, di bawah dagunya atau pada perutnya. Ia cukup untuk membuatkan dia bernafas semula. Setiap malam dia akan berhenti bernafas 23 kali dan saya terpaksa menggeleteknya setiap kali dia berhenti bernafas untuk menbuat dia bernafas semula."

Sanchia Norris bersama anak kesayangannya, Ben.
Benn mengalami apnea, salah satu masalah yang paling biasa memberi kesan kepada bayi-bayi pramatang. Ia menyebabkan pernafasan mereka berhenti selama 20 saat atau lebih apabila mereka sedang tidur dan berlaku apabila otot dan sistem saraf bayi tidak berkembang sepenuhnya ketika lahir.

Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan