Home Klik Di Bawah

Rabu, 29 Februari 2012

Abby Fana Bersara Dari MHI TV3 Tetap Cintakan Kerjaya Sebagai DJ

Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Omar 46, sudah bersara dari pengacara sambilan MHI di tv3 dan tugas terakhir beliau di MHI ialah pada 27 Disember 2011. Abby Fana sudah lama memendamkan hasrat mahu bersara dari bidang pengacara sambilan rancangan itu sejak tahun lepas.
 Abby  pulang dari mengerjakan Haji pada November 2011 dan kemudian memakai tudung  menganggap ianya sudah tersurat yang dia akan bersara dari MHI selepas pulang dari Mekah.
 
 

Bagi Abby Malaysia bukan seperti Amerikan Syarikat yang masih menerima pengacara yang lanjut usia. Dia bimbang penonton akan berasa bosan dengan pengacara yang sama dalam tempoh yang lama.

Jangan bimbang buat peminat radio Sinar fm kerana Abby Fana tetap bersama anda di Radio Sinar sebagai penyampai radio. Nuriz pun suka sangat mendengar celoteh Abby yang ceria dan suka buat lawak. Sentiasa ada ide baru dan tidak membosankan.

Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat.
“Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang,”

Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.

Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu.
Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.
sumber : mstar online
Penglibatan Abby dalam industri penyiaran

Kerjaya beliau di bidang penyiaran bermula apabila Abby menemani seorang rakan ke ujibakat untuk menjadi host tv di RTM. Secara tidak sengaja dia juga turut menyertai ujibakat itu, apabila ada seorang wanita menyuruh Abby masuk selepas giliran rakannya.

Semasa itu Abby masih menuntut di Institut Teknologi Mara atau kini UiTM.  Abby menjadi pengacara dalam segmen Nada Budaya (1987-1988) di RTM. Sebelum berehat seketika untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya. Dia kembali mendapat perhatian pada tahun 1993 dan mempunyai Pembangunan Usahawan, Selamat Pagi Malaysia.

Abby pernah menjadi penyampai berita apabila  menyertai MetroNews (MetroVision) pada tahun 1995 dan jugak sebagai wartawan penyiaran, sebelum menjadi penerbit kanan pada tahun 1997.
Pada tahun 1997 juga, Abby mula berkhidmat radio dengan THR sebagai penyampai berita dan editor. Selepas 3 tahun, Abby bersedia untuk  mencuba jadi penyampai radio di dalam satu  rancangan, Cik Seri Pagi. Abyy berkhidmat di THR dari 1997- 2005.

Dia mulai jatuh cinta dengan kerjaya sebagai penyampai radio atau DJ. Abby pernah tercalon  untuk Deejay Radio Paling Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) selama lima tahun (2004-2006) tetapi nasib tidak menyebelahi beliau lagi.Sekarang Abby masih menjadi dj di Sinar fm.

nurizspace.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur. Tanda-tanda haji mabrur telah ada seperti yg diceritakan oleh banyak ustaz. Dengan ini saya memohon kemaafan jika tersinggung dengan teguran saya kepada pengacara tv tentang pemaiaian tudung, kekadang agak keras. Saya yg benar KENAPA DIBUNUH.

    BalasPadam