Home Klik Di Bawah

Rabu, 1 Februari 2012

Ada pihak pelik kerana tiada kes rasuah di Kedah

 Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak yang ingin menyiasat kerajaan negeri mengenai rasuah.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri sedang berusaha bagi menghapuskan gejala rasuah di negeri ini, kerana orang yang sukakan rasuah adalah orang yang pemalas.


Beliau berkata demikian semasa berucap di Sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Dewan Perhimpunan Cina, di Jalan Tunku Bendahara.

“Ada pihak yang mahu menyiasat kerajaan negeri kerana mereka pelik di negeri ini tiada kes rasuah.

“Oleh itu, saya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin menghapuskan jenayah rasuah ini,” terangnya.

Menurut beliau lagi, sifat si perasuah adalah apabila terdapat wang yang perlu disalurkan kepada rakyat, maka dia akan gunakan wang tersebut kepada tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau juga bersyukur kerana buat masa sekarang tiada lagi kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan di negeri Kedah.

OPEN- Tu dia aiiiii. Ni baru boleh  dikatakan kerajaan yang telus....... Teruskan tugasmu Ostaz..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan