Home Klik Di Bawah

Selasa, 28 Februari 2012

Cili Yang Berasa Manis

Pedasnya cili kerap menjadi pembuka selera makan. Bagi yang tak suka pedas, kini sudah ada cili tanpa biji yang rasanya manis.

Cili jenis baru yang diberi nama Angello ini adalah hasil projek penyelidikanSyngenta, institusi di Inggeris yang bergerak di bidang makanan. Selama 15 tahun,mereka mencari cara agar cili boleh diambil oleh semua pecinta masakan - tak hanya bagi mereka yang suka pedas.

 

 

Ditanam di Sepanyol, Israel, dan Belanda, cili varian baru ini didakwa mempunyaitekstur yang lebih rangup jika dikunyah. Cili ini juga mengandungi brix 25 peratus lebih tinggi daripada cili biasa. - Brix biasa digunakan untuk mengukur kadar manis pada buah-buahan dan tanaman.


Seperti dipetik dari dailymail, Jumaat (9/12/2011), Marks & Spencer adalah rangkaian kedai yang pertama di dunia memasarkan cili tanpa biji. Dengan rasayang manis, cili ini diharapkan tak sekadar menjadi salah satu bahan masakan.

"Kami berharap masyarakat boleh membawanya untuk berkelah, menjadi alternatifsnek, atau bahkan salah satu menu bekal sekolah," ujar Zeina Orfali dari Marks &Spencer.

Per 4 Disember 2011 lalu, rangkaian Marks & Spencer di Inggeris sudahmemasarkan Angello dengan harga 1.79 pound sterling.



OPEN : Wah lepas ni bidalan Melayu yang kata Pedas seperti Cili dah kira tak relevan lagi kot.

takmungkinbenar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan